Ayah dan Mak
kasih sayang kedua duanya, tingginya melangit,
kasih sayang kedua duanya, tingginya melangit,
taruh lah apa pun, tiada mungkin yang bisa diberi sebagai ganti.
@ 10.17pm
Assalammualaikum baby,
Hai darling, mommy sayang you so much. Comel la you gerak gerak, cuit cuit, terkaih kaih dalam ni (it's that the word baby, hmm mommy belasah je)
Malam ni, mommy rindu sangat dengan dua orang insan yang amat besar peranannya dalam hidup mommy. Dua orang insan yang jaga mommy dari dalam perut, sampai mommy ada kamu pula sekarang ni.
Mommy rindu ayah (pada kamu panggilannya Atok maybe) tapi atok hanya akan ada dalam kenangan kamu saja, sebab atok sudah pergi ke makamnya sendiri. Al fatihah. (Mommy miss him so deeply)
Mommy juga rindu mak, walau selalu tak sebulu. Hee. Ah, mommy rindu family sebenarnya. Rindu semuanya. Sekarang mommy ada kamu yang sedang membesar setiap hari dalam rahim ni. Makin kuat rindu pada mak (nenek-nanny-maktok-opah kamu, sayang). Segenap lingkup rasa pedih, perit, sakit, mual, indah, senyum segalanya yang mommy rasa saat hormon-hormon baru bergerak segenap ruang tubuh ini, membuatkan rindu ini makin membuak-buak.
Baru sekarang mommy dapat rasa bagaimana mak menanggung selama ini. Hati ini jadi sayu, mengenangkan apa saja yang dapat mommy balas untuk mak. Memang tidak akan terbalas. Sebal rasanya, bila mana mengenangkan semua itu. Mommy menulis kerana rasa yang tidak terhingga ini, kerana rasa ini baru sekarang dapat mommy mengertikan. Mana tahu pula, kalau kamu membaca ruang rasa mommy ini kelak kan sayang? Mungkin kamu dapat mengerti akan serba sedikit.
Sekarang kamu makin aktif mencuit-cuit sana sini di dalam tu, kadang jelas kuat cuitan itu. Kadang itu, hanya seperti angin sepoi-sepoi bahasa. Pandai sajalah ibu kamu ini kan anak? Hari-hari, atau lebih tepat tiap waktu mommy fikirkan kamu. Macam-macam yang terlintas, yang lebih mengancam mommy, bagaimana kelak untuk mommy membesar dan mendidik kamu menjadi khalifah di bumi Tuhan ini. Tentang siapakah kamu? Macam-macam tentang. Mommy cuma mampu berdoa, saban waktu agar lahirlah kamu dengan sihat dan sempurna. Mommy juga harap agar Tuhan meniupkan segala sifat baik kepada kamu wahai anak.
Walau jelas, kehadiran kamu ditunggu-tunggu seluruh keluarga, lebih-lebih lagi mommy dan daddy sangatlah tidak bersabar terutamanya. Setiap hari mommy nantikan kamu. Indahnya detik ini, tak tahu mommy mahu tulis yang bagaimana. Semuanya dengan kuasa Allah, memberi dan menurunkan rezeki kepada kita. Mommy bersyukur dan menghargai saat indah ini.
Dari saat mommy bagaikan mahu melompat dan teriak dengan hebat, sebab dapat tahu ujian kehamilan adalah positif. Sampai saat doktor mengesahkan mommy hamil 5 minggu, kemudian pada minggu ke-11 pula, mommy buat imbasan. Mommy lihat kamu, aktif sangat, tangan dan kaki kamu sudah terbentuk, saat dilihat kamu bagaikan mahu memberitahu mommy dan daddy bahawa kamu ok didalam ini, keriangan mungkin bila kami melihat kamu buat kali pertama, saat itu bagaikan magis dari Allah.
Mahu tidak menjerit, mujur ada doktor disitu. Kalau tidak memang mommy mahu jerit sakan, melompat suka tidak terhingga. Comel ok, magis yang indah pernah mommy ada dalam kehidupan ini. Kemudian pula saat minggu ke-20, mommy buat imbasan lagi. Rindu tahu, mahu lihat kamu. Mahu lihat bagaimana cepat kamu membesar. Resah gundah mahu lihat kamu, tidak dapat bersabar pun. Hee. Ya Allah waktu itu, kamu sudah membesar, tidak sekecil yang mommy lihat dulu. Semua sudah ada, hidung, mata, mulut, tulang belakang, semuanya lengkap. Alhamdulillah. Rasa mahu beli alat imbasan itu bawa balik rumah, tengok kamu selalu bila rindu. Hee.

En baby. You're so precious.
Mommy sangat sayang kamu.
Nanti kelak, pasti kamu juga akan sayang mommy dan daddy banyak-banyak.