Esok, you're 22 weeks in the making sayang. Maka genaplah 5 bulan setengah kan? Alhamdulillah. All things getting better seiring dengan cepatnya masa yang berlalu. Lagi cepat lagi mommy suka. Seriously indeed, mommy sangat teruja menanti kehadiran kamu hari demi hari. Daddy pun, mungkin. (He is more relax than me, tenang saja menanti kamu) Selalu suruh mommy bertenang, jangan fikirkan sangat terlalu akan kamu. Biar masanya tiba. Oh so, selalu mommy jadi geram sedikit. Hee. Mommy teruja. Lama tahu, terimpi dan berimpian mempunyai kandungan dan anak sendiri.
Hai lah anak, nanti satu masa kamu pasti mengerti.
Sudah lebih kurang 2 minggu, mommy balik kampung. Kampung daddy, best makan durian baru luruh. Uish, terkulat-kulat mommy makan. Daddy tak bagi. Hee. Daddy oh daddy. Dalam perjalanan ke kampung malam sabtu tu, dengan hujan lebat, dengan kereta bertaburan, dengan nak berhenti makan tak dapat, akhirnya mommy diasak dengan kaki kanan yang cramped. Huh, sakitnya. Then, bila cuba adjust seat untuk baring sesuatu pula di ulu hati. Tahanlah sakit sampai tertidur. Bangun pagi di subuh hari, terasa tak bermaya pula. Satu badan bagai nak runtuh. Kaki dari peha sampai ke bawah berdenyut-denyut, lenguh, entah apa nak rasa. Tangan exspecially tapak tangan, lenguh saja. Ya Allah. Esoknya bila selesai saja majlis tunang pakcik kamu, mommy flaten out. Malu saja pada kakak-kakak ipar semua, tak dapat nak duduk-duduk berbual. Mommy lemah sangat dah.
Lepas maghrib. Mommy tumbang lagi, minta daddy urutkan sampai tak tahu bila mommy tertidur. Akhirnya 130 pagi kejutkan daddy sebab sakit perut. Padan muka kan? Sedap sangat mommy makan durian. Haha. Sampailah esoknya mommy sakit perut. Kelakar sangat, bila mana mommy terlihat perut sendiri, jadi takut. Sebab nampak macam nak pecah dah. Besar dan keras.
Minggu seterusnya, mommy still sakit lenguh-lenguh kaki. Kat bahagian atas tapak tangan kiri, terasa seperti kena hempuk dengan besi. Sakitnya. Sekarang pula musim hujan, musim sejuk selepas saja tsunami terbesar di Jepun. Alhamdulillah, cousin kamu selamat berada di bawah jagaan keluarga di sini. Mujurkan? Itu lah perancangan Tuhan. Kita tak tahu perancanganNYA. Namun itulah yang terbaik.
Motherhood Expo di Mid Valley, Jumaat lepas. Dalam keadaan kaki yang lenguh bukan kepalang, tapi kerana keterujaan mommy. Kerana itu mommy berjaya gagahkan diri. Sampai juga disana. Bagai nak gila, tapi tak gila. Haha. Mommy borong banyak barang kamu. Nanny and makcik kamu pun tak kalah teruja, sebab barang baby sangat comel. Macam-macam mommy beli dalam masa yang singkat tu. Berpusing-pusing macam sihat sangat. Hehe. Habis saja shopping, huh nak jalan pun rasa nak nangis. Kena pegang perut, jalan terkengkang-kengkang. Kejap-kejap mengeras je perut mommy ni, rasa macam perut nak jatuh. Kamu pun nakal juga ye, kat dalam tadi time mommy shopping. Elok saja, bila habis terus buat-buat keras ye. Ke kamu penat? Haha. Macam-macamlah yang mommy fikir. Mana satu betul, Tuhan saja yang tahu. KebesaranNya.
Seksa nak sampai car park, sampai saja dalam kereta tak tahu nak letak kaki macam mana, sakitnya. Ya Allah. Serba duduk tak kena. Padan muka. Jalan tak ingat sakitkan!
Teman mak makan di old town, air cendul tak sedap langsung. Tak payah masuk dah. Crap. Mommy lapar, tapi tak berdaya makan. Jenuh nak habiskan roti telur 2 keping je pun. Sampai rumah, ambil barang landing atas katil. Nak gerak pun sakit. Lemah longlai, 15 minit berdiam atas katil mencari kekuatan untuk hanya buka tudung! Nah gelak lah. Haha. Dapat saja bangun, terus bersihkan badan tampal "koyok" seluruh kaki. Borak-borak bertiga beranak, tengok pamplet. Berangan lagi nak itu ini untuk kamu. Mommy oh mommy. Makan ubat, minum susu Anmum coklat sedap tapi separuh saja. Jadilah tu anak. Tidur dengan posisi bantal tinggi, kaki pun tinggikan. Terus tidur.
Terjaga dari mimpi, entah mimpi apa. Kaki kanan di bahagian bawah pelipat lutut, ada lingkaran bulat berdenyut-denyut macam kena hiris ke apa. Bila mommy gerak, sakit tu menjalar. Maha sakit, tak pernah hadap pun sakit macam tu. 3 kali, macam kene heart attack, ok padahal tak pernah kena. Seakan lah tu. Sumpah, mommy nak daddy time tu. Sumpah takut tidur seorang tanpa teman lagi. Sampai merintih, jerit sakit bagai. Lebih kurang 5 lebih pagi waktu itu.
Mommy kuatkan diri pergi kerja macam biasa, berdenyut tu tanggunglah sendiri. Akhirnya beransur sedikit. Lepas maghrib. mommy singgah berurut. Sakitnya. Fuh. Rasakan.
Laundry time : Pertama Kali
Mommy dah semakin sihat, alah setakat lenguh sedikit tu malas nak ambil peduli lagi dah. Mommy do loundry. Daddy tolong bilas baju mommy. Mommy pula buat baju kecil comel kamu. Seronok. Lagilah tergila bayang mommy. Bila lah mommy dapat dakap kamu kuat. Hee.
Shopping time : Kali ke 4
Semalam lah, terpaling seronok. Nanny dan auntie kamu teman. Mula-mula ke KK, cari bakul pakaian. Ah sudahnya, tidak ada apa disana. Terus ke Mid Valley, tapi parking di Gardens. Kami tak tahu, officially boleh kira pergi kesini. Dapat macam-macam kat sana. *nak dancing*
Daddy, emm dia nak denda mommy sebab sudah berlebih-lebihan dengan kamu. Daddy oh daddy.
Tahu tak sayang apa jadi dengan mommy di gardens and mid valley. Sampai saja mommy kena serangan sakit perut, pedih ulu hati. Kemudian rasa mahu berkejaran mencari toilet. Oh, tak suka. Jalan lagi nak pee pulak, macam-macam hal. Sudahnya mommy sampai penat jelajah toilet. :(
Jalan-jalan shopping barang kamu BEST giler! Tapi, after isi perut di Nando's. Mommy tak boleh jalan, mengeras saja dibahagian perut ni. Kejap-kejap mommy stuck, tertunduk-tunduk tahan serangan bertubi. Jalan apatah lagi. Terkengkang-kengkang you.
Tapi sempat lagi singgah Petaling Street, kuatkan mommy? Haha. Sampai di kedai, daddy dah tunggu. Balik rumah, mommy terus kemas rumah walau jalan pun tak berapa nak cun. Hee. Excited. Sebab lepas saja selesai kerja, mommy nak telek belek satu persatu barang comel kamu. Ya Allah, mommy teruja lagi.
Rasanya stok baju kamu sudah cukup. Cuma mommy perasan banyak belikan kamu rompers. Hee. Seronok betul pengalaman ni. Sakit suka duka. Namun mommy tahu ada ganjaran hebat menanti pasti. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk mommy lahirkan kamu nanti.
Note: Mak dan adik-adik terima kasih. Kasih sayang ini biarlah sampai daku tutup mata. Suami : kamulah yang paling Ok. :)
