Lahirlah mommy. Jadi hari ini adalah ulangtahun yang ke-28. Bagaimana entah mak lahirkan mommy dahulu, dalam keadaan amat susah ketika itu.
Mak bercerita selalu, tidak dapat pun menyediakan satu kelengkapan apa pun untuk mommy lahir ke dunia. Ayah masih membanting tulang mencari rezeki. Alhamdulillah, apabila lahir saja mommy ke dunia, Tuhan itu Maha Kaya, Maha Agung. Datang seorang makhluk di bumi Tuhan ini, seorang tauke Cina memberi wang ringgit sebanyak 500. Syukur, rezeki kan.
Indah, nyaman sejak bangun tidur awal subuh tadi. Segarnya. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmatMu, mommy dapat terus bernyawa malah ada pula kendong satu nyawa kecil didalam rahim ini. Subhanallah. ~Nikmat tahu ada kamu di dalam ini~. Walau banyaknya mommy tanggung sakit, tapi demi kamu mommy redha. Namun terkadang, tersasar juga mommy. Mujur ada daddy, selalu membantu ringankan apa yang patut. Hee.
Usai usia mommy kali ini, moga mommy dapat melahirkan kamu dengan selamat dan dipermudahkan segalanya. Cepatlah lahir, anakku.
Usai usia mommy kali ini, moga mommy dapat melahirkan kamu dengan selamat dan dipermudahkan segalanya. Cepatlah lahir, anakku.
Mommy excited lebih, mahu tunjuk juga kamu semasa berada di alam rahim.
Nah, gambar di bawah untuk tatapan kamu nanti. Macam inilah mommy kamu bila hati tenang dan syukur pada nikmat Allah beri. Hee. Tidaklah, mommy hanya mahu tunjuk bagaimana glowingnya wajah mommy kandungkan kamu hampir 5 bulan ini. Sebelum ini, aduh pucat lesi muka mommy.
Ingatlah anak, bukan mudah menjalani hidup di dunia ini. Saat apa pun datang, ujian mahupun rezeki dari Yang Maha Esa, terimalah seadanya. Syukurilah nikmat tuhan itu sayang. Walau jerih perit yang datang, hadaplah ia. Bukan semua kemahuan kita, kehendak kita dapat dilunaskan. Tuhan beri satu, kemudian ambil lagi yang satu. Syukurilah semua nikmat, sebelum semuanya pergi sayang. Mommy selalu sayang kamu.


