Baby Birthday Ticker Ticker

Ayah.... engkaulah rindu itu

Semalam, dapat makan pulut panggang ikan.
Pagi ini dapat makan keropok lekor.
Masyaallah, sedap. Lepas dah hajat!

Syukur Alhamdulillah mommy sudah semakin sihat dan bertenaga. Rasa lain sangat sekarang ini. Baby, apa khabar kat dalam tu? hehe :) Lama dah mommy tak tulis kat sini kan? Busy, seronok buat kerja, seronok atur itu ini sekarang. Semangat jadi lain sedikit, mungkin sebab kamu selalu aktif dalam perut ni. Mula-mula geli-geli, sekarang tersentak-sentak mommy dibuatnya. 

Hari-hari yang sibuk ni, mommy sampai tak terperasan tarikh yang sangat penting. Tarikh mommy kehilangan seorang ayah yang tiada tandingannya. Mommy rindu ayah. Mommy rindu sangat. Mommy nak ayah sekarang. Susah untuk terima kehilangan ayah. He is so amazing! Malam tadi perut ni keras menegang susah nak jalan, sampai rumah terus baring tak gerak-gerak. Takut sakit. Mata terlelap, kemudian terbuka semula. Tiba-tiba mommy teringat ayah, mommy harap sangat dapat jumpa ayah time itu juga. Rasa sakit sangat sebab tak mungkin pun akan jumpa dalam keadaan nyata macam ni kan? Rindu, Tuhan Engkau saja yang Maha Mengetahui. Rindu anak pada ayah. Rindu anak pada pelindung hidupnya. Sungguh mommy rindu secara tersangat!

Bila keluar saja air mata, kamu kuat menendang. Sampai bergerak perut mommy yang keras tu. Kamu pun dapat rasa kerinduan mommy ke? Ya Allah, beratnya rasa rindu ini. 

Segenap kenangan menerjah ruang ingatan, serasa baru sahaja berlaku. Ya Allah, biarlah kenangan itu terus kekal indah didalam hati ini. Hanya itu saja yang dapat kugapai bila rindu. Moga Ayah tenang saja di sana. Moga ayah damai di makam indah itu. Al Fatihah

Esok genap 3 tahun. Amy rindu kasih ayah. Rindu Ayah.

Dulu ayah pernah beritahu, nyamuk seekor pun ayah tak kasi dekat dengan kamu. Oh ayah. Amy rindu.

up