Plan pagi tu mommy and daddy mahu ke Clearance Sale Pureen. Mommy dah agak mesti ramai orang, tapi mommy tak expect pun ramai macam semalam. Sudahnya, mommy kena berjalan seorang diri sementara daddy cari parking. Nanti bila parking jauh-jauh dah hilang tenaga mommy. Hehe. Mommy berjalan, pilih dan terus grab barang-barang kamu dan juga mommy.
At last jumpa daddy, terus minta daddy beratur saja. Pastu first time mommy pegang barang berat-berat. Hehe. Demi kamu anak. Apa saja. Menggeletar tangan dan kaki. Yang paling best, mommy dapat jalan dengan steady. Perut adalah painless. Syukur.
Kemudian, mommy ajak daddy singgah di BabyJaya Damansara Utama. Best kat situ, macam-macam ada. Banyak yang mommy aimed. Tapi biarlah dulu. Dapat beli barut yang panjang untuk kamu, tapi tak cukup lagi.
Mommy dah penat dan lapar, teringin makan udang galah bakar. Daddy terus ajak ke Muara, Klang. Mana ada kedai seafood buka jam 4 petang. Kesian mommy kan? Tapi tak apa, maybe boleh ajak daddy this week ke Jeram pula.
First time mommy rasa sihat, sepanjang pregnant ni.
Bulat kan perut ni?
Can't wait to have you in my arms, baby
