Baby Birthday Ticker Ticker

Mimpi dipaksa bersalin. Takut!

Pergi ke hospital dengan mak, datang mahu tempah dan bertanya serba sedikit. Apabila nama dipanggil tanpa pemeriksaan detail, nurse kata awak perlu bersalin hari ini. Tapi nurse usia kandungan saya baru 6bulan 1minggu. Awak boleh pergi ke wad ya.

Saya pun masuk ke wad yang sangat penuh dan padat. Suasana bising bingit, hingga binggar seolah-olah sudah jadi tempat sarang perlarian.Saya terus hubungi mak bidan untuk beritahu tolong sambut saya, tak dapat. Saya termanggu-manggu di wad yang binggit tu, ada yang mahu ke bikik air suasana berebut-rebut tak kalah seperti saya sekolah teknik dulu, malah muka-muka yang ada disitu macam kawan-kawan sekolah teknik. Dengan anak kecil umur 2 tahun teriak kuat-kuat lagi.

Kemudian nama saya dipanggil, katanya dah tiba masa. Saya yang ketika itu sedang cuba hubungi mak bidan kelam kabut dibuatnya, satu doa pun saya tak sempat baca. Kawan-kawan saya ada masuk sekali, tapi sampai satu pintu saya ditinggalkan. Waktu itu saya dah dapat hubungi mak bidan, tapi orang lelaki yang jawab, Dia dah on the way.

Masuklah saya dalam bilik tu, tak kalah seperti bilik operation. Bertemu dengan Doktor India lelaki. Saya lupa nama beliau. Friendly, muda, boleh tahan lah. Setelah ditanya itu ini, sampai soalan dirumah bila masanya awak tanpa pakaian. Saya jawablah tak pernah. Bilik operate tadi dekat ada pintu kecil siap ada tembok pagar lagi. Kemudian doktor mahu mulakan procedur, operasi cek bukaan. Saya beritahu dengan baik-baik, doktor kalau boleh saya mahu wanita. Doktor kata maaf hanya saya yang bertugas. Kecut perut tak boleh blah saya dibuatnya time tu. Macam-macam soalan saya lontarkan, doktor betulkan saya perlu beranak hari ini. Kandungan saya tak cukup hari lagi. Oh perut awak ni, dah cukup. Bla bla bla, saya lupa dah.

Kemudian doktor keluarkan mangkuk ada nenas dan carrot, potongan secara membulat sebesar 50sen. Saya, menggelabah dan mengelupur, tak mahu. Ok doktor pasrah, pergi dan kemudian datang lagi bawa ubat apa katanya entah. Sedang. Doktor sediakan ubat tadi, doc ubat tu untuk apa, oh ini saya akan picit dan kamu akan rasa tak senang duduk, macam kaki berdenyut menjalar. Siap ready untuk dicucuk kat bawah tu, saya gelisah. Doc saya tak mahu, takpe pakailah nenas. Time ni doc dah start mengamuk, saya tak pernah jumpa patient yang banyak baca macam you ni. Maaf doc, tapi memang betullah saya tak cukup hari lagi ni, lagipun tiada tanda lagi. Off tiba-tiba doc hilang.

Saya termenung, tiba muncul pula doktor wanita, terus ambil ubat yang doc lelaki nak cucuk tadi untuk terus cucuk kepada saya. Oh keadaan bilik bertukar jadi lain, ada baby jantung lemah dalanm incubator, ada 2 orang lelaki lagak berdiri di besi gaya tunggu bas di Puduraya. Saya berkeras tak mahu juga, gigih melawan, ubat pun tumpah, namun ada orang lain muncul, wanita lagi, ubat yang jatuh tu bewarna kuning, jatuh di permaidani putih IKEA saya, Ya Allah carpet aku. Saya tegur wanita tu, habis karpet saya. Dia jawab bengis tahu carpet mahal belilah lagi. Bla bla ada adengan pertengkaran disitu. Saya masih merayu doc, tanya macam-macam, kemudian saya nampak adik-adik saya masuk tgk baby tadi. 


Pastu, dah lupa apa terjadi. Tengok jam 4:29min pagi. Hari Jumaat 1 minggu nan lepas. 
Sent via BlackBerry from Maxis

up