Hai baby,
Pagi semalam perut ni senak semacam saja. Tapi mommy konon-konon kuat, mommy bertahan saja. Menjelang 11 pagi keatas, makin mecucuk-cucuk saja mommy rasa. Kejap pedih, kejap tegang, kejang macam-macm lah. Terus makan tengahari jam 12 tengahari, itupun tak dapat legakan rasa pedih nyeri kat perut ni.
Perut mommy terus bergasak, dibahagian bawah perut bahagian kanan, punyalah rasa sakit pedih, mommy rasa macam kamu mengeras saja, tapi dalam masa yang sama kat bahagian tengah perut, mommy rasa pergerakkan pula. Makin lama makin pedih dan sesak ulu hati. Jam 4 petang, makin serba tak kena. Serasa sakit perut terus ke bilik air. Selepas tu lagi membuak pedih, mommy kena berjalan sambil bongkokkan badan, macam mommy kena period pain dahulu.
Terus baring dibawah, tapi lagi sakit. Mengelupur dibuatnya. Lama kelamaan baru lega. Bila daddy kamu balik, daddy tolong mommy bangun. Huish sakit betul. Masuk saja dalam kereta, lagi menjadi pula, sesekali datang rasa kejang kat bahagian bawah kanan perut, sambil tu ada semacam rasa menjalar di ulu hati. Bila sampai tempat makan, mommy buat-buat steady lagi. Kejap saja dapat makan, pastu dah serba tak kena lagi.
Bila masuk dalam kereta, serba sakit dibuatnya. Duduk baring serba tak kena. At last mommy cuba baring mengiring, bila datang sakit tu, mommy pegang belt kuat-kuat, rasa berpeluh-peluh badan mommy ni. At last mommy mengalah juga pergi ke DDMC, mujur Dr Kamal dapat luangkan sikit masa untuk check up mommy, supposed doc dah perlu masuk ke dewan bedah.
Mommy kena baring, hah mengelupur la. Tak boleh baring terlentang macam tu. Doc terus scan, mommy tak tengok kamu kat skrin tapi macam tak nampak apa-apa sebab tahan sakit yang amat. Doc kata baby bergerak aktif, memang pun kamu aktif sangat semalam. Then doc cakap air ketuban mommy terlebih. Tapi mommy lupa nak tanya doc kenapa terlebih. Huhu. Next timelah mommy tanya.
Doc tanya mommy makan ke? Rasa loya ke? Rasa pedih sampai ke dada ke? Ada gastrik ke? Then doc cakap mommy kena gastrik tapi bukan normal one. Doc cakap ini perkara biasa selalu terjadi pada ibu-ibu hamil. Doc suruh mommy berehat di wad dahulu, tengok macam mana. Oh sebelum tu doc check tekanan darah mommy. Ok saja rasanya.
Mommy ke wad, suspen tahu. Macam dah nak bersalin saja. Ish. Then nurse datang suruh mommy makan ubat dulu. Then a few minutes after, seorang lagi datang untuk cucuk. Cucuk kat bam bam. Sakit, sampai pagi ni sakit tau.
Kena cucuk terus mommy layu, nurse cakap jangan tahan-tahan ngantuk tau. Mommy terus tertidur, sampai 1030malam. Then nurse check tekana darah lagi, rendah pula. Mommy rasa lega sikit, nurse tanya dah ok ke? If not doc suruh admit saja. Mommy rasa macam dah ok. Tak naklah admit, nanti lagi seram nak bersalin. Hehe. Bila nak bangun dari katil ngeri. sakit bila bergerak-gerak.
Kesan cucuk tu sampai sekarang, mengantuk sakan. Lembik saja badan mommy ni. Ok lah, mommy nak take a nap jap. Ngantuk.
Baby, jangan takutkan mommy lagi ye. Oh ya doc cakap yang mengeras tu bukan baby but rahim. Haha. Malu mommy.
