Baby Birthday Ticker Ticker

Putera hati, naik buai

Putera kecil, tapi dapat tempat besar sampai tak muat; di kalam hati mama. I love you, baby.

4 Disember 2011, hari pengantin baby.

Bersyukur, putera hati sudah pun 4bulan.

Selamat sudah semuanya.

Putera hati, kini semakin bijak pandai.

Pagi hari menjadi pengantin baby, tidur kamu diganggu, jadi haru birulah mama. Kamu tidak selesa usai mandi, tidur pula diganggu. Cubaan memberi susu juga tidak menjadi. Sedikit saja. Sebentar cuma. Kamu alunkan nyanyian syahdu. Sweet.

Pertama kali kamu diletakkan didalam buaian.
Pertama itu juga kamu seperti gelisah tidak selesa, mujur ada andak. Cubaan menenangkan pengantin baby, well done!

Ditingkat atas rumah kampung, bahangnya. Masyaallah, risau mama kamu kepanasan. Mujur kamu OK. Cukup perfect.

Sesekali kamu pandang mama, seperti mahu penjelasan! Hihi.
Sesekali kamu pandang hiasan penuh bunga dibuaian dihiasi anjang.
Sesekali juga kamu mahu lelap.
Ah, semuanya indah saja buat putera hati.

Nanti mama cerita lagi bila ada masa terluang.

Baby, mama love you sangat!

up