Baby Birthday Ticker Ticker

Trimester Ketiga

Trimester Ketiga



Emosi masih macam itu, cepat emo. Tak tahu nak sumbat suplement apa lagi untuk imbang hormon celaru ni. 
Selalu dikelilingi oleh emosi. Kadang rasa longlai dengan emosi yang memang tak mahu stabil ni. Tak kira masa, pagi, siang dan malam. Tak terkira melayan emo. Cepat marah, cepat melenting, garang. Sampai nak bertabur air mata. Sampai sakit dada tahan air mata yang mahu turun. Masalahnya kenapa? Adakah macam ini, pembawakkan anak? 

Pelik sebab sudah berlarutan dari trimester kedua lagi, susah untuk pusing kekiri dan kekanan. Sakitnya, Ya Allah mohon dibantu. Bila diperiksa doktor, mujur baby sihat sentiasa. Alhamdulillah.

Update checkup at Klinik Desa, 5 Mei 2011 - 8 pagi
Berat mommy : 54.8kg (buat muka tak malu naik scale tu berkali-kali, sebab tak percaya)
Kali kedua ditusuk jarum lagi, untuk cegah kancing gigi. Phew... Bila check degupan jantung baby, normal. Nurse periksa kedudukan baby, katanya kepala dibawah. Yang lain, alhamdulillah. Mommy sihat.

Update checkup at DDMC, 5 Mei 2011 - 8 malam
Berat mommy : 55.5kg (lagi pening tengok bacaan scale tu, sekejapan saja)
Beritahu doc sakit untuk pusing kekiri atau kekanan bila mana mahu bangun dari pembaringan, rasa sakit bila berjalan terasa seperti berjalan sambil ada sesuatu yang dikepit, jadi seperti biasa doc buat imbasan. Part ni memang mommy suka sangatlah. Dapat lihat baby di dalam tu. Hello, darling baby *__*

Kedudukan baby; kepala dibahagian atas perut di bahagian kanan. Kaki baby dibawah. Oh now mommy tahu bila mommy jalan rasa perit sikit tu maybe sebab tendangan kaki comel kamu kan? Subhanallah. Sekarang ini baby duduk songsang, doc cakap tidak perlu risau sebab ruang yang masih luas buat baby berpusing-pusing kat dalam tu. Doc cuba kira air ketuban, nampaknya air ketuban mommy sedikit lebih paras normal 18. Mommy : 21. Dengan pemeriksaan lanjut doc cek lagi, takut ada masalah lain. Air ketuban lebih menunjukkan tanda baby ada masalah atau uri yang besar atau bersalin awal. Bila diperiksa tulang belakang baby, semua alhamdulillah. Cantik kejadian Allah.

Tapi kan, baby bergerak dan berpusing sampai tali pusat dah belit leher dia. Doc beritahu jangan risau. it's normal. Ya Allah, bantulah anakku. Semoga sihat sempurna dia. Purata age baby waktu itu adalah 29w 3d (28w 1d-Pregnancy Wheel) dan sudah mencapai berat 1.3kg.

Subhanallah, mommy dengan daddy baba dapat lihat wajah kamu. Mommy hilang arah bila terlihat kamu didalam screen tu. Boleh tanpa disedari akal, mommy terfikir mahu grab saja kamu di screen. Oh no, mujur mommy sedar lagi. Heee. Look, how you make me feel gila bayang? Phew.

Berita baik on this phase: Mommy makin sihat dan cergas. Sikit-sikit sakit itu biasa, mommy tak tahu apa yang tak cukup dimakan. But selera makan, kadang-kadang mahu makan, kadang-kadang sampai tak tahu mahu makan apa. Sampai kadang tu mommy lemah longlai, sebab tak lalu makan. Cari penyakit. Maafkan mommy ye sayang. 

Dengarlah anak

Mommy sudah selesai download bacaan Al-Quran, untuk kita dengar bersama.
Mommy mahu kamu kenal Al-Quran.

Untuk download seluruh surahhttp://www.alafasy.co.nr/

Merdu suaranya. Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Semoga anak mommy ini, akan dilindungi Allah senantiasa.

Ya Allah, Engkau rahmatilah kedua ibu bapaku. Engkau sayangi dan kasihi mereka seperti mana mereka mengasihani diriku sejak dari kecil hinggalah dewasa. Semoga ibu bapa ku memperolehi rahmat dan kebahagiaan dariMu Allah. Aku mohon Engkau rahmatilah dan limpahilah mereka dengan zatMu.





Kasihmu MAK

Selamat Hari Ibu, Mak.

Mak tak pernah kenal penat.
Mak tahu saja apa yang anak-anak mak suka.
Mak masak best sangat.
Mak tak penat kan bercakap, membebel kat anak-anak. Hehe.
Mak superwoman.
Mak kuat sangat.
Mak tabah.
Mak redha bila ayah dijemput Illahi.

Apa saja yang mampu seorang anak ini balas segala jasa dan pengorbanan mak.


Hanya minta pada Tuhan,
Bahagiakanlah mak sehingga keakhirnya
Kurniakanlah mak kesihatan yang baik
Janganlah beri mak kesakitan
Berikanlah segala rahmatMu kepada Mak.


Semoga segala kebaikan didunia ini milik mak. 

~Amy sayang mak.

Esok my baby 28weeks

Assalammualaikum baby,

Entah kenapa hati mommy begitu gusar sekali. Murung. Walau cuaca diluar terik dan panas.
Mommy sebolehnya mahu lepaskan empangan air yang berkaca-kaca. 

Kamu aktif. Sangat aktif. Namun tak berdaya buat hati mommy berkilau saat ini. 
Mommy pusing sayang, mommy sangat tertekan. 

Haraf tiada efek kepada diri kamu.
Mommy love you so much.

up