Baby Birthday Ticker Ticker

Ujian, untuk menguji


Just a short note; perhaps.
I love you baby, I can't describe the deepest feeling inside. One distance day, you will know the feels.

Mama feels guilty when you had a trouble or something happens to you. :(

Last 2 days;
Tidur malam, baby with nanny and your untie and of coz' mama not feeling well to treat you, to feed you, that night (kamu kuat mengempeng) jadi untie feed you through bottle. And of coz' it was mama's milk. Jangan risau, selagi mampu mama berikan yang terbaik buat baby yang sangat mama cintai.
Then bila muncul pagi esoknya, mama terus breasfeed kamu, seperti biasa sendawa and all. But! Suddenly baby mama acting macam nak vomit and tercungap. Juz that!

Then sampai tidur malamnya, mama and baba mesti terjaga untuk lihat kamu. Beberapa kali juga tu, jadi lagi. Even sudah burp secara besar. Baby buat mama tak tentu. Mama takut sangat.
Esoknya pun jadi lagi, around 7pm after mama feed you, and after a big burp. Jadi lagi that thing.

As today,
Mama called first Klinik Desa as they may know more about baby's things and all. The nurse advise to bring you to the hospital.
As that, mama terus brought you to meet up with a doktor baby.

Alhamdulillah.
1) Bout the vomit but not, and tercungap.
2) Perut baby, sometime if usap at perut, baby act like mengelinting macam sakit.
3) Pernafasan di hidung, bunyi nafas kuat.
4) Baby demand susu for moreeeeee ;)
All and all.

Doc terus put baby on the bed, buka barut baby, usap your perut as well. Baby start crying. Doc try to hear your breathing, and try to comfort you with his finger in your mouth.

Baby, doc said that you suck too hard. And of coz kan. Like sometime mama rasa you already have a teeth. Sakit.

Doc beritahu mama,
1) Nothing to do with your lung.

2) The little problem only on your nose, doc said that baby need a time to learn how to breath, how to swallow; so that doc try to spray your nose to help you clear up your nose. Kamu teriak kuat, tak sampai hati mama tengok. And terus, keluar the mucus juz a little. Alhamdulillah.
Then doc juz sedut with nose frida.
(Cara guna; juz pegang like a pen, pastikan baby did'nt move, then sedut)

3) Doc suggest, after bf hold you for 15-20min. Letakkan baby mengiring, tinggikan bantal.

4) Perut if baby got colic; juz usap.

5) Baby demand susu; boleh feed baby 5oz selagi baby mahu and if perut baby tak keras!

6)If ingat mama sambung lagi....

Oh, starting minggu ni. Baby dah selalu senyum, pantang mama tegur. Before ni kamu juz senyum after bangun tidur and dalam mimpi. But now, pantang mama bercakap dengan kamu. I love that. Cair hati mama, hilang sekejap semua sakit dan penat.

Baby, mama still tak percaya. But one thing, mama bersyukur dengan anugerah indah ini.
Ya Allah, Engkau lindungilah bayiku ini.

**start semalam ada putih2 bulat2 di dinding pipi inside your mouth. Ish, mama lupa nak tanya doc!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

my baby boo, 51 days

Mama love you too much.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kelahiran kamu, Seribu Manis


31 July 2011

Saat mama bertarung nyawa melahirkan kamu, ketika itu mahu saja mama minta doktor pakar bius "bawa suami saya masuk. Saya perlukan dia sekarang, sebab hati saya jiwa saya lemah sangat saat itu. Saya hanya rasa takut yang teramat-amat sangat", badan ini lemah longlai menahan segala rasa sakit perit yang ada. Tika itu mama seakan-akan mengalah kerana tak terperi menahan sakit.

Tapi saat mama mahu ucapkan semua itu, mama dengar suara manja baby menangis perlahan, sayup saja. Saat itu mama pandang disebelah kanan didalam bilik bedah, mama lihat kamu baby. Putih gebu, bulat. Subhanallah. Kamu pula sedang didukung untuk ditimbang, mama dengar "Big baby boy".

Kemudian ada nurse beritahu mama, saat mama menggelabah haru biru, seakan mahu apa pun mama tak tahu mahu ungkap sebagaimana. "Nak, dengar tak baby kamu nangis?" Mama terus lihat mereka bersihkan kamu, balut kamu dengan kain.

Mama tanya pada nurse, anak saya dah keluar? Subhanallah, menitik laju air mata mama, tak tergambar rasa seribu manis bergelar ibu. Lihat bayi yang dikendong selama ini keluar melihat dunia.

Terus mama jadi tak keruan selepas itu, mama muntah, azab sangat mama takut sangat. Takut perut terburai.

Nurse yang baik hati dan doktor pakar bius terus menemani mama, " Nak, muntah saja, jangan takut"

Habis saja muntah, terus lega. Mujur masih tak terasa sebahagian badan,


"Saya mahu baby saya, "
Sekejap ye.

Terus mereka letak baby, di bahagian kanan mama sambil selak untuk biar baby melekap didada, namun amazing nya, baby mama terus latch dengan bagus. Alhamdulillah baby dapat kolustrum. Syukur sangat. Saat ini, mama rasa bahagia sangat dapt beri baby minum dari badan mama.

Siap semua prosedur, mereka ambil baby letak di baby cot. Baby mama nangis saja mahu melekap dengan mama. Mama rasa sebal sangat lihat kamu nangis begitu.

Saat segala prosedur bedah selesai, mereka perlu alihkan mama ke katil untuk dibawa ke bahagian pemulihan. Disitu, baby mama nangis dengan kuat, sampai kelam kabut nurse disitu buat kerja laju-laju. Mereka bersihkan mama, suruh mama gerakkan ibu jari. Panic juga sebab masih tak rasa apa-apa. Malah tak dapat gerak pun.

Setelah selesai barulah, mereka letak kamu disisi mama. Mama dapat beri kamu susu lagi ketika itu. Seronok sangat. Dalam menahan sakit dan lelah, mama kuatkan diri demi hanya memeluk kamu erat-erat. Subhanallah. Mama bagaikan tak percaya dapat rasa seribu manis ini.

Doktor beritahu mama, "your uterus contract, bleeding during operation" " it's because your baby are very big, then your uterus became big" "your baby was 3.85kg, not suitable with your uterus". Mama juz dengar, and tak fikir apa dah. Hanya fikir kamu. Mahu peluk kamu erat-erat.

Dari jam 8.45 malam mama berada di bilik bedah, hingga hampir jam 10 lebih malam barulah mama ditolak semula ke Labour Room bersama kamu, untuk pemerhatian lanjut.

Saat keluar saja dari pintu OT, mama lihat semua yang mama sayang ada menunggu diluar. Semua teruja tak sabar lihat kamu. Makcik kamu mahu saja mendukung kamu, namun nurse tak benarkan, mahupun ambil gambar.

Mama happy sangat dapat lihat semula baba, mak, dan adik-adik mama. Semuanya happy sambut kamu wahai anak.

Perit juga saat ditolak, terasa perut ditoreh.

Sampai di LR, mak masuk lihat kamu dan mama. Mak pun mahu dakap kamu, namun kamu teriak dengan hebat bila siapa saja mahu pisahkan kamu dari mama. Sudahnya mak dapat cium kamu saja.

Kemudian itu baba pula masuk, mama pandang baba. Rasa nak peluk saja baba. Sebab dapat lihat baba. Mama jadi heppy. Baba pun cuba ambil untuk peluk kamu, cium kamu, namun baby mama teriak hebat lagi. Comelnya. Mama minta baba azankan ditelinga kamu saja.

Nurse datang mahu ambil kamu, katanya nak bersihkan. Rindu sangat, mama pun tak sanggup kamu tiada dalam dakapan. Jenuh juga mama tunggu.

Baba keluar dulu untuk jumpa family lain, kemudian baba masuk semula. Baba kata doktor suruh baba tunggu didalam bilik wad saja. Mama pesan suruh baba datang awal pagi sebab mama tak larat lagi.

Baby tidur dalam dakapan mama, disebelah kanan, sambil menyusu. Sebelum baba balik ke wad untuk rehat, mama minta baba air suam. Mama minum laju-laju sebab haus, akhirnya mama rasa nak muntah. Bertarung nyawa mama tahan untuk muntah, mama lupa untuk tahan perut. Lalu membuak muntah keluar, perut pula bagaikan explode, mujur tiada apa, walau rasa seperti direntap jahitan di perut. Peritnya. 
Bau kamu harum manis, badan kamu gebunya, putih bersih, bibir comel kamu merah mekar seperti delima. Bila dakap kamu, Ya Allah syurga kah itu?

Sehabis boleh mama jaga kamu, dakap erat kamu sepanjang malam hingga ke pagi. Mama sungguh terharu sebab anak mama pandai latch dengan baik.

Around 6 pagi macam tu, baba datang. Teman kita berdua. Sepanjang malam juga mama kehausan. Mujur nurse yang menjaga baik hati. Sentiasa tukarkan pad, sebab darah keluar tanpa henti. Kamu pula lena didalam dakapan. Tiada tangis mahu teriak. Sepanjang malam walau tak berdaya, mama hanya tidur tak tidur, sebab mahu lihat kamu, mahu bau manis kamu, terima kasih Allah diatas kurnian manis ini.

Awal pagi doktor dah datang, periksa mama. Yang bestnya, doktor kata at 9am nurse hantar you ke wad. And continue breast feed.

At one point, ada nurse datang cek suhu mama, mama demam. Mama kata tiada apa, maybe coz saya tak tidur semalaman jaga baby. Then dia cek suhu baby, baby pun suhu tinggi. Mama tak percaya sebab mama tahu anak mama very healthy. Mama beritahu nurse, maybe sebab saya peluk baby, then bahang badan saya go into my baby. Then dia buka semua balutan baby tinggal pampers saja, then biar for 20min, ambil suhu lagi, then confirmed baby mama tak demam.


Tunggu punya tunggu, jam dah turn to 11am, nurse busy sambut kelahiran. And mama disappointed sangat, ada doc muda bahagian baby datang mahu beri baby suntikan antibiotik coz risau baby demam and kene virus. Namun mama tak berjaya halang.

Then after waktu nurse tolak mama ke wad they give back my baby, baby teriak kuat. Entah apa yang dorang check.

Sampai saja di wad, supposed mama perlu feed baby, but datang lagi doktor muda asked the same, want to give antibiotic to baby. She took away my baby. Mama down sangat time tu.

Bila baby dihantar semula ke bilik, mama tengok baby nangis then started to vomit. Keluar cairan merah + brownish. Mama rasa nak pengsan. Rasa takut sangat. What had happen to my dear baby! Baby terus vomit, bila mama beritahu doktor, they took back my baby to nursery untuk pemerhatiaan. So since early morning mama tak dapat feed baby.

Sampai ke petang baby vomit sampai enam kali, jam 6pm ++, datang doktor muda beritahu baby need to charged in NICU. Mama dah mengamuk time tu, I know my baby, after kene cucuk all off this crap terjadi. I know my baby tak demam. So why they need to cucuk him with those crap!

Mama makin sakit sebab stress, risau baby tak lapar ke? Sampai ke petang apa yang anak aku minum.


Malamnya mama cuba bangun dari katil, azab tapi mama nak juga bangun untuk pam susu supaya baby dapat minum susu mama. Sampai kat bilik pam, nurse tunjuk ajar, then terus pam tu sedut breast dengan kuat. Ya Allah, mama rasa macam lihat orang perah lembu. Haha. Sakit nipple mama, susu pun dapat sedikit sangat 1 sudu kecil saja. Mama berkeras suruh baba hantar juga susu sedikit tu.

Paginya, perkara pertama mama fikirkan baby. Tapi perut mama sakit. Nak bangun tu, fikir banyak kali. Mama bersiap-siap jumpa baby, lambat tapi asalkan dapat jumpa baby mama.

Baba tolak wheelchair untuk mama, sampai NICU. Di wad baby mama kena bangun untuk masuk kedalam tu, bersusah payah mama gagahkan diri, terbongkok-bongkok. Sebak sangat tengok baby tengah tidur.  Bila mama lihat dikaki baby dicucuk untuk drip air, lagi mama rasa marah sangat. Apa yang baby rasa? Mama risau sangat.

Yang paling mama tak dapat terima, kamu sudah semakin kecil. Hilang tubuh bulat gebu kamu. Terus mama lihat catitan berat kamu hanya tinggal 3.66kg. Damn. What they have done to you baby?

Mama tanya doc, bila I boleh bawa baby ke bilik. He said baby tiada vomit lagi since 6X yesterday only, so by today if no other things baby boleh diScharged petang nanti. Mama tunggu baby,  mama peluk baby kuat-kuat. Sedih sangat. Mama tak dapat jaga baby dengan keadaan mama yg masih sakit ketika itu.

Bila baby terjaga, mama dapat feed baby. Kendong baby, cium baby, lihat baby tidur. Then doc datang lagi, nak ambil darah baby. Meroyan mama dengar they wanted to cucuk you again. But I have to follow the procedure.

Mama dengar kamu teriak hebat. Sakit dada mama, if I had a chance, mama rasa nak cucuk the doc all. Haha. Silly me!


Lama they took you away, mama paksa baba intai. Huhu. Geram sangat. Mama still tak puas hati coz I have known you better. Mama percaya kamu sangat sihat.



Then, datang pula doc senior, chinese ladies. Maybe she do for pemantauan, she asked me a lot of questions.

Doc muda : bagi laporan, why my baby need to admit here. He said due to vomiting 6 times yesterday.

Doc ladies: Plan?

Doc muda: give antibiotic, do drip bla bla

Doc ladies : asked mama, what happen, mama story everything. The point is, my baby tak demam, the suhu juz becoz my baby with me all the time. Right after they suntik the antibiotic my baby started to vomit.

Doc ladies : said to doc muda " no need antibiotic, off drip off everything bla bla,

Apa yang mama faham doc ladies scold the doc muda tu, why? The baby is healthy. Discharged and off everything.

Puas hati mama, tak nak percaya instinct seorang ibu.  Jadi ibu dahulu then you can say everything.

Mama masih tunggu lagi, many procedure to discharged. Then came one lady, baik hati, minta permission to do a test kat telinga pula. Mama must follow her into one room, then feed the baby, at that time dia buat test. Everything is fine. Alhamdulillah.
 

Mama and baba bersiap sedia untuk balik ke bilik, but suddenly baby bangun. Mama tak sampai hati tinggalkan kamu. We juz waiting again, bila kamu tidur baru kami balik. Meanwhile, mama snap your picture with baba. Hehe


Balik bilik mama makan, bersihkan diri then terus ke NICU lagi. Excited baby kembali didalam dakapan. Tapi masih rasa tak sedap pula, mama lihat muka baby ada kuning sedikit. :(


Macam-macam dugaan kan, baby? Mama tungu semuanya selesai, bernyanyi riang dapat bawa baby balik bilik. Sampai saja dibilik mama dapat susukan baby sekejap saja. Ada doc ladies muda pula datang, nak ambil baby lagi sebab dikuatiri ada jaundice.

Time ni memang naik darah memuncak-muncak dah, mama tanya everything, mama beritahu we have wait since morning for the procedure and all, then after all kenapa di NICU they discharged my baby, and said baby are fine.

Sakit betul hati mama, rasa nak teriak kuat-kuat juga. They took you away again from me, to take your blood for SB test. Then the doc came again, beritahu baby got jaundice need to do the foto. Haish. Sebal tahu.


Mama perlu lihat baby mama under thE foto light. Dengan mata kena plaster, luruh hati mama. Baby pula teriak lagi, merayu minta dibantu. Mama tak sanggupnya. Dengan sakit yang masih bersisa, mama kuatkan diri untuk kamu, mama minta baba letak foto tu ditepi katil and baby sleep dengan mama. Sampai ke pagi mama and baba jaga kamu sayang.

Awal pagi, the doc came lagi, to take your SB, the result was'nt good. Still need to continue lagi. Sedihnya. Maafkan mama ye sayang.

Till then,
3O Ogos 2011 @ 12am
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

up