Baby Birthday Ticker Ticker

Masak di hari minggu.

Hari minggu selalunya best, sebab mama berdiri buat kerja dari pagi hingga petang, rehat2 sambung sampai malam.

Kadang-kadang je.

Minggu ni best, mama belajar buat sambal belacan.

Belacan sedikit
Bawang besar 1/2 biji dibakar
Cili api segengam
Cili merah 2 biji
Gula 1.5 sudu

Semuanya ditumbuk, kemudian perah air asam limau.

Baby pula, happy bermain-main dengan baba, tak pedulikan mama macam selalu. Main makan, main dan makan.

At last dah kenyang. Mama susukan. Terus tidur sampai sekarang.

Baby, I love u so much.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Resipi Nasi Lemak.

Seronoknya bila cubaan pertama kali menjadi.

Resipi Nasi Lemak.

Bawang merah 5 biji (dihiris)
Sedikit halia 1 inci
Daun Pandan 3 helai (disimpul)
Beras 5 pot (untuk periuk sedang)
Santan 5 cawan ( ikut sukatan beras)
Sedikit garam

Kesemua bahan dicampur dan digaul rata.

Resipi Sambal tumis Ikan Bilis

Ikan bilis 7 gemgam ( digoreng garing)
Minyak (selepas goreng ikan bilis, minyak pastikan banyak, petua untuk sambal cantik)
Bawang Merah (banyak lagi elok) 20 biji
Bawang putih 8 biji
Asam keping 2 kpg
Air satu cawan
Gula 1 1/2 sudu
Bwg besar ( kalau masuk ni, sambal akan jadi kering sedikit)
Cili kering ( 5 senduk )

Bwg merah + bwg putih + belacan + garam 1 sudu kecil di tumbuk lumat.

Goreng ikan bilis, pastikan lebihan minyak cukup untuk menumis (boleh tambah)

Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar. Pastikan juga minyak cukup untuk tumis cili, biar sambal jadi cantik berminyak.

Tumis lama hingga cili pekat, dan masukkan air dan asam keping.

Masukkan gula, kacau rata,
Masukkan ikan bilis goreng.

Ps: nak letak bawabg besar yang dihiris, sambal akan jadi sikit. So tak sesuai untuk buat sambal nasi lemak.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

up