Baby Birthday Ticker Ticker

Dating dengan daddy




Alhamdulillah, seminggu yang agak stress dan tertekan bagi mommy diganti oleh Ahad yang indah. Bangun pagi badan dan pinggang sakit. Namun perut yang membuatkan mommy jalan macam penquin tu dah hilang. Syukur Alhamdulillah. 

Plan pagi tu mommy and daddy mahu ke Clearance Sale Pureen. Mommy dah agak mesti ramai orang, tapi mommy tak expect pun ramai macam semalam. Sudahnya, mommy kena berjalan seorang diri sementara daddy cari parking. Nanti bila parking jauh-jauh dah hilang tenaga mommy. Hehe. Mommy berjalan, pilih dan terus grab barang-barang kamu dan juga mommy. 

At last jumpa daddy, terus minta daddy beratur saja. Pastu first time mommy pegang barang berat-berat. Hehe. Demi kamu anak. Apa saja. Menggeletar tangan dan kaki. Yang paling best, mommy dapat jalan dengan steady. Perut adalah painless. Syukur. 

Kemudian, mommy ajak daddy singgah di BabyJaya Damansara Utama. Best kat situ, macam-macam ada. Banyak yang mommy aimed. Tapi biarlah dulu. Dapat beli barut yang panjang untuk kamu, tapi tak cukup lagi. 

Mommy dah penat dan lapar, teringin makan udang galah bakar. Daddy terus ajak ke Muara, Klang. Mana ada kedai seafood buka jam 4 petang. Kesian mommy kan? Tapi tak apa, maybe boleh ajak daddy this week  ke Jeram pula. 
First time mommy rasa sihat, sepanjang pregnant ni. 

Bulat kan perut ni?



Can't wait to have you in my arms, baby









Untukmu Anak : Laundry

Antara gila bayangan mommy kepada kamu anak. Dapat basuh baju kecil dan super comel ini pun mampu buat mommy rindu bayangan pada anak yang masih dalam kandungan. 

Nampak comel-comel saja baju kamu ni kan sayang? Bersungguh mommy basuh baju kamu sampai boleh buat daddy kamu cemburu. Hiks. Jenuh nak membasuh, semuanya handwash ye sayang. Daddy tolong juga, tolong tinggikan baldi supaya mommy tak perlu tunduk. Hehe. Thank you daddy. Oh daddy harap anak dapat panggil baba. Comel.
Yang ini pertama sekali

Time ni lelah mommy dibuatnya. Lama baru siap.

Basuh malam hari, nenek tolong sidaikan. Mommy capek dah.

When you @26weeks in here


Sambung cerita lepas boleh, nanti mommy dah lupa. Senang untuk masa depan rujuk record kat sini. Bila? Biar Tuhan rancangkan ya sayang.


Rabu. Esok paginya, mommy bangun terasa lemah sangat badan ni. Nak gerak kan badan especially perut ni apatah lagi. Sakit! Takut betul nak bergerak. At last dengan bantuan daddy kamu, mommy gagahkan diri bangun juga. Mata sukar sangat nak dibuka. Im too sleepy. Penangan cucuk kat bam-bam lah tu. Ouch, masih sakit berdenyut disitu. Haha. Masuk mandi, bersiap untuk kerja. Bila mahu berjalan, Ya Allah engkau saja Maha Mengetahui. Duduk dalam kereta pun sakit. Sampai kat ofice rasa moody dan bengang saja, sebab semua serba tak kena. Apa nak jadi ni. Tersenguk-sengguk atas kerusi. Tak boleh jadi ni.

Mommy minta tolong Am jagakan kedai, mommy tidur dibawah. Hanya berlapik sejadah. Prfff sakit badan, first time nak baring memang mengelupur, kekiri salah kekanan tak boleh, semua tak boleh. Ish, apa lah yang tak kena dengan sistem badan ni.

Tidur celik, tidur sampai pengsan. Malam tu balik rumah daddy, bila parking kereta jauh. Prfff, dengan perut penuh selepas makan nya lagi. Mencabar perut. Huhu. Balik mandi bersihkan diri, landing-landing sebab perut masih sakit. Tapi cool lagi lah. Konon.

Khamis. Esoknya macam tu juga, bangun pagi lemah. Oh badan dan pinggang mula sakit. Lawan, jangan lembik. Mommy bersiap pergi kerja. Ok sikit tapi serba tak kena duduknya. Jam berapa dah tak ingat, selamba lalala baring. Tak tahan dah, perut ni. 

Makan pun dah tak berapa selera semula. Minum nescafe ais pun dah tak bererti rasanya. Sedut tak rasa, sedut masih haus. Entah tak tahu. System down! Mood pun down. Very down! Tambahan lagi sepatutnya bolehlah berangan lunch dengan daddy sebab mahu ambil kereta baru. Dah set dah ni. At last dapat message kereta tak dapat disiapkan. Oh, mak buyung ni punya hangin. Haha. Memang menakutkan diri sendiri. Memang rasa nak mengamuk saja ni, dengan sales person kereta tu. Tapi daddy kata, Mommy please sabar ye. Tak agak-agak mak buyung ni nak mencapai kelegaannya. Hehe. Mana taknya janji dari hari Rabu tak siap-siap. 

ini pun tak dapat ubah mood yang sangat menurun pada hari kejadian

Sampai kemalam berlarutan, moody mak buyung. Teruk dirasakan empunya diri. Namun syukur dah dapat kereta untuk menyambut anak-anak. Hee. Baby cepatlah datang, mommy tak sabar nak ukur jalan bersama-sama ni. *___*

Balik malam tu, kerumah nenek kamu. Makan dengan daddy dulu, then perut buat hal lagi. Sakit. Sampai nak ke parking kereta, terasa macam tak boleh berjalan dah. Dalam kereta pun macam tu, macam kene tarik-tarik perut ni. Ya Allah. Terus tumbang di depan, time baring tu datang pula serangan tak cukup nafas, sudahlah tak tahu posisi yang macam mana boleh selesakan diri. Prffff. Nak bangun sebab dah sesak nafas tu, punyalah payah. Jenuh nak adjust macam ni dan macam tu.

Ya Allah anak, payah benar mendapatkan anugerah Illahi ni. Berbagai dugaan dan ranjau kene tempuh dulu. Baru nanti akan dapat kamu. Akan dapat peluk kamu erat. Akan dapat cium kamu semahunya. Baby wangi kan? Haisshh. Rindunya.

Jumaat. Esoknya bertambah lega, tapi awal-awal lagi mak cakap hari ni perlu jumpa pak bidan. Haha. Belasah lah. Oh kepala mula pening dah dua hari. Sakit kat tengkuk sekali. Badan pun sakit-sakit. Perut? tak payah cakap lagilah. semua serba serbi tak kena.

Tanya pak berahim, air ketuban terlebih apakah tandanya? Jawab dia, selalunya nak dekat-dekat bersalin tu. Gulp!


Ditanya pula sekarang dah berapa bulan? Dah 26 minggu. Dah 7 bulan tu. (sambil kira-kira) Mommy pun memang rasa macam tu. Sebab bila baca buku, perkembangan kamu semuanya advance. Hari tu bila doc kamal scan pun katanya 28weeks.

Bila due? Akhir Julai. Rasa pakcik awal ni, 30 Jun macam tu. Mommy berwajah terkedu. Hah. Cepat apakah? Maka mimpi itu ada kaitan kah? Telanlah air liur banyak-banyak.

Kenapa cakap macam tu? Kenapa terlebih awal tu? Sebab kepala baby dah kat bawah sangat tu, sebab tu lah rasa sakit. Haiyoo. Katanya lagi, tak ada masalah keluar awal, sebab baby sihat. Yes, itu memang mommy tak dapat nak sangkal. Sejak mommy sakit, kamu aktif tak kenang mommy pun. Sentap-sentap perut mommy. Mommy tak tahu itu tandanya, kamu aktif sebab riang ke, apa ke. Mommy risau kamu rasa tak selesa saja. Sabar ye sayang. Allah dah tetap sekian-sekian harinya kita akan berjumpa. Kamu sabar, mommy pun bersabar ye. Bersabar ye mommy T___T


Hari ini. Sabtu. Kamu masih aktif, kamu masih buat mommy menjerit tahan sakit, sebab macam disentap ke apa bila kamu bergerak-gerak. Jalan pun macam penquin. Tak comel langsung. Hehe. Namun apa lah semua itu kan, nak dibandingkan dengan seribu indah yang akan mommy rasa nanti. 

Pedih ulu hati

Hai baby,

Pagi semalam perut ni senak semacam saja. Tapi mommy konon-konon kuat, mommy bertahan saja. Menjelang 11 pagi keatas, makin mecucuk-cucuk saja mommy rasa. Kejap pedih, kejap tegang, kejang macam-macm lah. Terus makan tengahari jam 12 tengahari, itupun tak dapat legakan rasa pedih nyeri kat perut ni.

Perut mommy terus bergasak, dibahagian bawah perut bahagian kanan, punyalah rasa sakit pedih, mommy rasa macam kamu mengeras saja, tapi dalam masa yang sama kat bahagian tengah perut, mommy rasa pergerakkan pula. Makin lama makin pedih dan sesak ulu hati. Jam 4 petang, makin serba tak kena. Serasa sakit perut terus ke bilik air. Selepas tu lagi membuak pedih, mommy kena berjalan sambil bongkokkan badan, macam mommy kena period pain dahulu. 

Terus baring dibawah, tapi lagi sakit. Mengelupur dibuatnya. Lama kelamaan baru lega. Bila daddy kamu balik, daddy tolong mommy bangun. Huish sakit betul. Masuk saja dalam kereta, lagi menjadi pula, sesekali datang rasa kejang kat bahagian bawah kanan perut, sambil tu ada semacam rasa menjalar di ulu hati. Bila sampai tempat makan, mommy buat-buat steady lagi. Kejap saja dapat makan, pastu dah serba tak kena lagi. 

Bila masuk dalam kereta, serba sakit dibuatnya. Duduk baring serba tak kena. At last mommy cuba baring mengiring, bila datang sakit tu, mommy pegang belt kuat-kuat, rasa berpeluh-peluh badan mommy ni. At last mommy mengalah juga pergi ke DDMC, mujur Dr Kamal dapat luangkan sikit masa untuk check up mommy, supposed doc dah perlu masuk ke dewan bedah.

Mommy kena baring, hah mengelupur la. Tak boleh baring terlentang macam tu. Doc terus scan, mommy tak tengok kamu kat skrin tapi macam tak nampak apa-apa sebab tahan sakit yang amat. Doc kata baby bergerak aktif, memang pun kamu aktif sangat semalam. Then doc cakap air ketuban mommy terlebih. Tapi mommy lupa nak tanya doc kenapa terlebih. Huhu. Next timelah mommy tanya. 

Doc tanya mommy makan ke? Rasa loya ke? Rasa pedih sampai ke dada ke? Ada gastrik ke? Then doc cakap mommy kena gastrik tapi bukan normal one. Doc cakap ini perkara biasa selalu terjadi pada ibu-ibu hamil. Doc suruh mommy berehat di wad dahulu, tengok macam mana. Oh sebelum tu doc check tekanan darah mommy. Ok saja rasanya.

Mommy ke wad, suspen tahu. Macam dah nak bersalin saja. Ish. Then nurse datang suruh mommy makan ubat dulu. Then a few minutes after, seorang lagi datang untuk cucuk. Cucuk kat bam bam. Sakit, sampai pagi ni sakit tau. 

Kena cucuk terus mommy layu, nurse cakap jangan tahan-tahan ngantuk tau. Mommy terus tertidur, sampai 1030malam. Then nurse check tekana darah lagi, rendah pula. Mommy rasa lega sikit, nurse tanya dah ok ke? If not doc suruh admit saja. Mommy rasa macam dah ok. Tak naklah admit, nanti lagi seram nak bersalin. Hehe. Bila nak bangun dari katil ngeri. sakit bila bergerak-gerak. 

Kesan cucuk tu sampai sekarang, mengantuk sakan. Lembik saja badan mommy ni. Ok lah, mommy nak take  a nap jap. Ngantuk.

Baby, jangan takutkan mommy lagi ye. Oh ya doc cakap yang mengeras tu bukan baby but rahim. Haha. Malu mommy.

Mimpi dipaksa bersalin. Takut!

Pergi ke hospital dengan mak, datang mahu tempah dan bertanya serba sedikit. Apabila nama dipanggil tanpa pemeriksaan detail, nurse kata awak perlu bersalin hari ini. Tapi nurse usia kandungan saya baru 6bulan 1minggu. Awak boleh pergi ke wad ya.

Saya pun masuk ke wad yang sangat penuh dan padat. Suasana bising bingit, hingga binggar seolah-olah sudah jadi tempat sarang perlarian.Saya terus hubungi mak bidan untuk beritahu tolong sambut saya, tak dapat. Saya termanggu-manggu di wad yang binggit tu, ada yang mahu ke bikik air suasana berebut-rebut tak kalah seperti saya sekolah teknik dulu, malah muka-muka yang ada disitu macam kawan-kawan sekolah teknik. Dengan anak kecil umur 2 tahun teriak kuat-kuat lagi.

Kemudian nama saya dipanggil, katanya dah tiba masa. Saya yang ketika itu sedang cuba hubungi mak bidan kelam kabut dibuatnya, satu doa pun saya tak sempat baca. Kawan-kawan saya ada masuk sekali, tapi sampai satu pintu saya ditinggalkan. Waktu itu saya dah dapat hubungi mak bidan, tapi orang lelaki yang jawab, Dia dah on the way.

Masuklah saya dalam bilik tu, tak kalah seperti bilik operation. Bertemu dengan Doktor India lelaki. Saya lupa nama beliau. Friendly, muda, boleh tahan lah. Setelah ditanya itu ini, sampai soalan dirumah bila masanya awak tanpa pakaian. Saya jawablah tak pernah. Bilik operate tadi dekat ada pintu kecil siap ada tembok pagar lagi. Kemudian doktor mahu mulakan procedur, operasi cek bukaan. Saya beritahu dengan baik-baik, doktor kalau boleh saya mahu wanita. Doktor kata maaf hanya saya yang bertugas. Kecut perut tak boleh blah saya dibuatnya time tu. Macam-macam soalan saya lontarkan, doktor betulkan saya perlu beranak hari ini. Kandungan saya tak cukup hari lagi. Oh perut awak ni, dah cukup. Bla bla bla, saya lupa dah.

Kemudian doktor keluarkan mangkuk ada nenas dan carrot, potongan secara membulat sebesar 50sen. Saya, menggelabah dan mengelupur, tak mahu. Ok doktor pasrah, pergi dan kemudian datang lagi bawa ubat apa katanya entah. Sedang. Doktor sediakan ubat tadi, doc ubat tu untuk apa, oh ini saya akan picit dan kamu akan rasa tak senang duduk, macam kaki berdenyut menjalar. Siap ready untuk dicucuk kat bawah tu, saya gelisah. Doc saya tak mahu, takpe pakailah nenas. Time ni doc dah start mengamuk, saya tak pernah jumpa patient yang banyak baca macam you ni. Maaf doc, tapi memang betullah saya tak cukup hari lagi ni, lagipun tiada tanda lagi. Off tiba-tiba doc hilang.

Saya termenung, tiba muncul pula doktor wanita, terus ambil ubat yang doc lelaki nak cucuk tadi untuk terus cucuk kepada saya. Oh keadaan bilik bertukar jadi lain, ada baby jantung lemah dalanm incubator, ada 2 orang lelaki lagak berdiri di besi gaya tunggu bas di Puduraya. Saya berkeras tak mahu juga, gigih melawan, ubat pun tumpah, namun ada orang lain muncul, wanita lagi, ubat yang jatuh tu bewarna kuning, jatuh di permaidani putih IKEA saya, Ya Allah carpet aku. Saya tegur wanita tu, habis karpet saya. Dia jawab bengis tahu carpet mahal belilah lagi. Bla bla ada adengan pertengkaran disitu. Saya masih merayu doc, tanya macam-macam, kemudian saya nampak adik-adik saya masuk tgk baby tadi. 


Pastu, dah lupa apa terjadi. Tengok jam 4:29min pagi. Hari Jumaat 1 minggu nan lepas. 
Sent via BlackBerry from Maxis

Untukmu Anak : Shopping ~KLCC

Hajat di hati, mommy teringin Strwberry Tart. Bila dah sampai di Isetan tu. Haiyoo ada sale la baby. Terus lah grab barang dan baju comel kamu lagi. Mommy jalan terkedek-kedek, sampai at one point tu kena berhenti mengejut, seperti ada yang mengeras dan menegang. Jenuh nak berjalan. Tapi, kamu punya pasal. Mommy redah saja. Hehe.

Isetan : Nenek dan aunty kamu pun pilih, ke nenek yang banyak pilih?

Parkson : Comel, cepat datang pada mommy.

Checkup @ 24 weeks

Baby, Assalammualaikum my little prince charming in the womb.

Bangun awal pagi tadi, badan mommy still rasa penat saja minggu ini. Memanglah mommy tak boleh jalan jauh naik kereta. Sejak zaman anak dara sampai zaman perut membulat ke depan ni. LOL. Hari sabtu lepas mommy ke Seremban, ada majlis tahlil dan kenduri makan. Alhamdulillah dapat sekali tahlil untuk atok tercinta. Mommy masih rindu dia. Ya Allah, engkau kuatkanlah hatiku ini. 

Hari Isnin pula, mommy ke Seremban sekali lagi. Teman nenek dan moyang kamu ke rawatan terapi. Sambil tu mommy pun check sekali, semuanya ok. Bab perut mommy mengeras dan menegang tu perkara biasa katanya. Cuma bila dia usik belakang mommy, katanya mommy tak cukup oksigen. Mommy pun tak paham. Tapi so far so goodlah. 

Bila jumpa tok dan nenek kat seremban pun, mommy tanya juga tentang perut keras dan tegang ni. Pun masih sama jawapan dari orang-orang yang berpengalaman ni. Mommy takut sangat, sebab kadang-kadang tu sampai rasa macam perut mommy sedang terkoyak. Takut. 

Berbalik pada sesi checkup ke 24 minggu

Mula checkup di tempat FREE
Paginya jam 8 pagi, di Klinik Desa. Mommy sampai 7.20 macam tu, dah ramai. Rupanya ramai yang datang untuk minum air gula. Hish, minta jauh kan. Macam biasa, test urine, cucuk jari untuk HB darah, pastu tungu untuk masuk ke bilik 3. Akhirnya dapat juga mommy check dengan nurse yang profesional tu. Dia cakap perut mommy tak pecah, tapi perut mommy cekang. Hah. Memang pun, nak gerak kiri kanan pun mommy kena fikir 40x. Sakit. 

Dia rasa dan tekan perut mommy, katanya kepala baby dah ke bawah badan melintang ke atas. Oh ya berat badan membawa kamu pula 52.8kg, HB : 12.2 tekanan darah pun normal. Pendek cerita, mommy sihat. Nurse tu tanya ubat ada lagi, sebab dia tengok mommy sihat katanya tak perlu sangat pun makan ubat tu. Ok, memang mommy tak makan langsung. Hehe. Cuma dia risau berat mommy naik 2.8kg. Mommy cakap before ni saya kehilangan berat yang banyak. Haha. Mommy tanya dia, kenapa if berat naik macam ni? Katanya pertama mommy dikuatiri ada diabetes, keduanya baby besar. Dan last sekali, mommy ambil ATT. Sakit kena cucuk, cuak semacam. Next month kene ambil os kedua pula. Geram sangat dengan jarum suka cucuk tak semena-mena. HUH.

Dan lagi, mommy harap next time maybe mommy tak mahu lagi ke klinik kerajaan. Ada seorang nurse ni, selalunya semua kat situ baik-baik saja. Kebetulan dia tak berapa sihat, tiada suara. Terjerit-jerit lah panggil ibu-ibu yang perlu minum air gula. Sebelum tu ibu-ibu ini perlu ambil darah tepat jam 8 pagi. Sudahnya nurse ni ambil darah, boleh pula darah tersimbah masuk dalam mulut dia, terkena baju dan terkena tudung dia. Ada nurse lain kat situ, mereka kata buat dont know saja, kerja dia, patut dia tahu. Habislah lepastu, satu klinik diharuknya, terus dipanggil semua ibu-ibu mengandung ni duduk masuk dalam bilik ambil darah tu. Sedih mommy tengok, ibu-ibu ini diperlakukan seperti kanak-kanak tadika. langsung tiada etika dan dasar hormat. Al maklum semuanya free kan. Nasib bukan kena kat mommy. Tolonglah siapa-siapa pun tak boleh ke beri hormat pada insan lain tanpa memandang mata wang dan kedudukan?

Tamat checkup 850 pagi.

Keduanya, checkup di tempat berbayar
Malamnya mommy ke DDMC, tak sabar sebab tahu mesti dapat tengok baby-baby fresh dari oven. Sampai around 750malam. Sambil tunggu giliran, sambil tu mengintai dari jendela newborn yang sangat comel, semuanya mencapai berat 3.4 hingga 3.7kg. Huish. 

perut yang bulat, tapi mommy sangat suka

Dapat jumpa doktor, mommy tanya soalan semua. Penerangan doktor sangat detail. Barulah lega mommy ni. Takdelah buat omongan-omongan yang entah apa-apa di dalam kepala. Doktor scan lagi kali ini, untuk lihat keadaan baby. Semuanya ok. Kepala baby di bawah, keadaan baby adalah buat aksi lipat. Kaki baby juga dibawah. Patutlah sekarang ni mommy dah tak dapat rasa gerakan manja-manja lagi dah. Kepala dan kaki dibawah menekan-nekan macam kena korek urat dalam tu. Janji kamu sihat kan anak. Air ketuban cukup, berat bayi 919gram, doktor kamal kata not so big not so small. It's normal. Alhamdulillah. Paling sweet doktor ingat lagi last checkup kamu duduk songsang. Sekarang kepala sudah dibawah, doktor kata tak gerak dah tu. Dah elok disitu. Yang comel, nampak jelas punai kamu lah anak. Baby, duduk baik-baik kat dalam tu ya, sampai masa nanti kita jumpa ya. Mommy tengok kamu macam montel dan gebu saja. Hehe. Tak sabarnya sayang.

Sempat mommy berborak dengan dua orang kakak ni. Kakak pertama dari Batang Kali, sudah ada 3 anak. Baby boy dia comel sangat. Yang best tu, part jahit katanya 3 jahitan saja. Kalau boleh mommy nanti tak payah lah jahit-jahit ya. Kakak yang kedua (Kak Azreen, Tg. Karang), due awal bulan 7 for baby no 2. Bila borak-borak dengan mereka, mommy macam nak confirm saja akan lahirkan kamu disitu. Tak mahulah hospital kerajaan.




Ayah.... engkaulah rindu itu

Semalam, dapat makan pulut panggang ikan.
Pagi ini dapat makan keropok lekor.
Masyaallah, sedap. Lepas dah hajat!

Syukur Alhamdulillah mommy sudah semakin sihat dan bertenaga. Rasa lain sangat sekarang ini. Baby, apa khabar kat dalam tu? hehe :) Lama dah mommy tak tulis kat sini kan? Busy, seronok buat kerja, seronok atur itu ini sekarang. Semangat jadi lain sedikit, mungkin sebab kamu selalu aktif dalam perut ni. Mula-mula geli-geli, sekarang tersentak-sentak mommy dibuatnya. 

Hari-hari yang sibuk ni, mommy sampai tak terperasan tarikh yang sangat penting. Tarikh mommy kehilangan seorang ayah yang tiada tandingannya. Mommy rindu ayah. Mommy rindu sangat. Mommy nak ayah sekarang. Susah untuk terima kehilangan ayah. He is so amazing! Malam tadi perut ni keras menegang susah nak jalan, sampai rumah terus baring tak gerak-gerak. Takut sakit. Mata terlelap, kemudian terbuka semula. Tiba-tiba mommy teringat ayah, mommy harap sangat dapat jumpa ayah time itu juga. Rasa sakit sangat sebab tak mungkin pun akan jumpa dalam keadaan nyata macam ni kan? Rindu, Tuhan Engkau saja yang Maha Mengetahui. Rindu anak pada ayah. Rindu anak pada pelindung hidupnya. Sungguh mommy rindu secara tersangat!

Bila keluar saja air mata, kamu kuat menendang. Sampai bergerak perut mommy yang keras tu. Kamu pun dapat rasa kerinduan mommy ke? Ya Allah, beratnya rasa rindu ini. 

Segenap kenangan menerjah ruang ingatan, serasa baru sahaja berlaku. Ya Allah, biarlah kenangan itu terus kekal indah didalam hati ini. Hanya itu saja yang dapat kugapai bila rindu. Moga Ayah tenang saja di sana. Moga ayah damai di makam indah itu. Al Fatihah

Esok genap 3 tahun. Amy rindu kasih ayah. Rindu Ayah.

Dulu ayah pernah beritahu, nyamuk seekor pun ayah tak kasi dekat dengan kamu. Oh ayah. Amy rindu.

up