Baby Birthday Ticker Ticker

Pertama; Avakado



Look how happy's you're baby.
Priceless, wordless,

Update: 1100h baby got colic, menjerit dia.

From and including: Saturday, 30 July 2011, 21:08:00
To, but not including : Wednesday, 28 December 2011, 10:00:00
The duration is 150 days, 12 hours, 52 minutes and 0 seconds
Or 4 months, 27 days, 12 hours, 52 minutes


The best way to cook Avocados for Baby Food

Avocado is one of the easiest foods to prepare for homemade baby food because you don't have to cook it! Avocados are served fresh from their peels. There is no need to cook avocados for baby or adult. Give an avocado a gentle roll around your counter to help separate the meat from the shell before you slice.

How to Freeze Avocados for Baby Food:


I freeze in avocado in slices. For the babies, I take out a slice, mash it up and then serve. The browning of the avocado seemed to be less than when I mashed/pureed it and then froze it.

You can also create a bath of:
* 1/2 cup water and
* 2 squeezes-drips of lemon juice
Bathing the slices in mixture will help to retard browning.


source

Breastfeeding dan baby

5 hari saja lagi, baby 4 bulan. (Maaf, hari ini sudah 3hb Disember 2011; anak sudah pun menginjak bulan; esok pula kamu naik buai-itu mungkin-akan-tulis-kemudian))

Cepat masa berlari, tinggalkan mama yang amat rindukan detik pertama lihat baby. Eh, bukan sekarang ini pun kamu masih bayi manis itu kan? Hah, mama.

Sungguh mama rindu kamu yang masih segar.
Kamu bagaikan sebahagian dari nyawa mama.

Breastfeeding. Hmm.
Mama kagum dengan ibu-ibu yang berusaha untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.
Perjalanan breastfeeding mama sangat dilamun ombak. Namun bukanlah Ombak Rindu yang sedang keudara kini. Hoh!

Detik pertama, moment indah mama dan baby. Baby dapat latch dengan baik di minit-minit terawal kelahiran kamu tau. Saat itu doktor pakar pun sedang berseni dengan perut mama. Huh, mama teruja bukan kepalang. Indah!

Hari kedua bagaikan nightmare, saat disedut rakus medela-version-old-old-hospital-yang punya. Fuhh. Macam sedut apa tah. Nekad mama mahu beri kamu minum, itulah. Hmmm.

Hari ketiga, hah ambik ganjarannya. Bengkak-sakit-nak nangis-perit-semua-rasa-himpun-satu. Nekad minta Medela Swing - sekarang memang jadi teman selalu.

Pada awal, dapat kumpul 2oz saja. Kamu minum dengan cawan kecik-sekarang mama lupa apakah namanya cawan plastik itu. Begitulah hingga hari keluar dari hospital.

Hari seterusnya bagai mimpi ngeri, tatkala mahu beri kamu rezeki ini. Perit. Subhanaallah. Bengkak! Perut sakit-kesan-bedah-baby-pula-besar-dan-mama-kecik-luka-pula-sakit.

Berbekalkan semangat, mama teruskan juga; hanya untuk bayi manis kesayangan mama.
Pause; mama sayang kamu tak tahu-tak terhingga. Kasih amat-amat.

Berpantang dirumah banyak cabaran. Mana nak mandi-makan-pumping-breastfeeding-mandi minyak-pilis-and on and on.

Bangun pagi kadang mama sambung tidur bila baby juga sambung tidur. Bila berjaga malam entah beberapa kali, hanya untuk susukan kamu. Jam 5 atau 3 atau 4 atau 6 atau 7pagi. Tidur malam lambat, seingat mama jam 1 pagi masih tahan mata buat pumping session. Kadang-kadang proud dengan diri sendiri. Boleh sekuat ini. Boleh setabah ini, walau mahu nangis sekuat hati tahan penat dan sakit.

Kebilik air, masuk-keluar-boleh pause untuk pump. Air susu laju keluar, setitik pun mama rasa ralat sangat. Belum pula baby nangis. Layan baby dulu, sebab mama tak boleh dengar kamu nangis, mama takut apa-apa terjadi. Terlebih paranoid rasanya.

Kamu pula kuat menyusu. Boleh mama huraikan begini "apa pun kamu hanya mahu susu" tiap masa, demand tinggi.

Minggu awal amatlah mencabar swelling yang amat. Sampai sangat terkejut tiada size mencakupi. Cetek sungguh ilmu didada. Tambah pula one by one, luka. Sampai bila kamu teriak manja, mama mahu pengsan. Takut mahu feed kamu directly, luka parah diluar dan dalam. Kamu pula, habis EBM teriak lagi. Hoh, tak cukup 3oz. Naik 4oz, naik 5oz sampai 7oz. Maaf, mama masih cetek ilmu.

Bila dah teriak manja, tak mungkin mama boleh lihat saja. No! Pastilah mama feed direct pula. Sampai tertidur-tidur kamu dalam pelukan. Seharian pun tak apa, hai anak. Mama, setiap kali kamu latch satu badan direngat. Kepala-perut-betis.
 
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Batuk

Before ni, ada juga kamu buat-buat batuk.
Tapi sejak semalam, kamu batuk like ada something tersekat. But still mama tak boleh agak.
Hari ini kamu batuk lagi, then muntah dengan banyaknya.

110days; 3months, 18days

Dear baby,
Hari ini, checkup for 3months old.
Your weight: 6.65kg

Baby Boo, mama's melted

I love you,
Semoga anak mama and baba, menjadi anak yang bijak dan beramal.

4months tantrum

Baby sudah pandai nangis secara screaming out loud.
Dush!
It's because of;
Maybe,
1) Reach the milestone, no?
2) Environment factor
3) Sort of tired of the long journey, no?
4) Tegur, no?
5) Could be colic, no?
Tantrum started after the rombongan pinangan to Manjung.
Along a night, he becoming too cranky.

Putera hati, naik buai

Putera kecil, tapi dapat tempat besar sampai tak muat; di kalam hati mama. I love you, baby.

4 Disember 2011, hari pengantin baby.

Bersyukur, putera hati sudah pun 4bulan.

Selamat sudah semuanya.

Putera hati, kini semakin bijak pandai.

Pagi hari menjadi pengantin baby, tidur kamu diganggu, jadi haru birulah mama. Kamu tidak selesa usai mandi, tidur pula diganggu. Cubaan memberi susu juga tidak menjadi. Sedikit saja. Sebentar cuma. Kamu alunkan nyanyian syahdu. Sweet.

Pertama kali kamu diletakkan didalam buaian.
Pertama itu juga kamu seperti gelisah tidak selesa, mujur ada andak. Cubaan menenangkan pengantin baby, well done!

Ditingkat atas rumah kampung, bahangnya. Masyaallah, risau mama kamu kepanasan. Mujur kamu OK. Cukup perfect.

Sesekali kamu pandang mama, seperti mahu penjelasan! Hihi.
Sesekali kamu pandang hiasan penuh bunga dibuaian dihiasi anjang.
Sesekali juga kamu mahu lelap.
Ah, semuanya indah saja buat putera hati.

Nanti mama cerita lagi bila ada masa terluang.

Baby, mama love you sangat!

Fruit Heart, mama

Hai baby,


Asslammualaikum fruit-heart; -buah hati, pengarang jantung. *__*

Gambar di bawah, Selasa, 11 Oktober 2011
~pakchuk sedang melayan kamu, ada patut dijoget kan kamu seperti hip hop ketika gambar ini diambil.

Alahai gugur jantung mama, lihat kecomelan kamu.
Syukur, Alhamdulillah.

Hari ini, oh malam semalam kita bertidur dirumah nanny. Sebab hari ini check up 2bulan. Aduh, mama yang tak sanggup lihat jarum cucuk peha kamu.

Cepatnya baby membesar, kadang-kadang saja kamu buat rengekkan bayi seperti meminta susu, di jam 3.30pagi. Hue hue. Letih, tapi lihat kamu kekenyangan terubat!

Sekarang kamu sudah pandai beramah dengan semua, kamu suka senyum,suka bercakap go bulah, apakah itu baby? Comel!

Malam tadi juga, kamu meronta-ronta mahu berpusing. Mahu belajar meniarap, bravo.

Sejak seminggu ni, kamu sudah pandai ditidurkan sendiri, siap saja mama bedung separuh jalan kamu sudah sleep. Sudah tidak banyak membuat tangisan pilu. Mama jadi cepat gelabah bila kamu nangis. Paranoid.


Baby, mama masih belum sedar bahawa Allah telah anugerahkan hadiah terindah buat mama. Selalu, mama memikirkan, Ya Allah, sesungguhnya inilah hadiah teragung buatku. Mama sangat bersyukur adanya kamu.

Bila lihat muka kamu, kemudian pula kamu beri senyuman indah. Ya Allah, tak terhitung hati ini bersyukur. Maha Besar Allah, kurniakan buat mama.
Terima kasih baby, hadir dalam hidup mama.

Terima kasih, menjadi matahari mama ketika siang.
Terima kasih, menjadi bulan mama ketika malam,
Terima kasih, menjadi bintang mama selalu.
Terima kasih baby, hadir dalam hidup mama.
Subhanallah, terima kasih Allah.

Baby, kasih sayang mama buat kamu tidak akan mampu kamu hitung. Mama sayang dan kasih pada kamu.

Note:
10/10/2011- mama's weight, 43kg(berat ketika anak dara); berat selepas kahwin, 45kg

3/10/2011 - baby's weight, 5.5kg
Checkup with dr zarin zain, checked for your breathing, rashes, and fungus inside your mouth.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Bau mama, baby merengek manja



Bila mama dekat,
Bila mama kissed,
Bila mama hug yiu tight,

Then you will be merengek manja.
Ah comel, my heart melted.

Syukur Alhamdulillah.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Cukur habis

2 Oktober 2011, 4.15pm

Mama dan baba lihat rambut kamu dicukur habis,
Syukurlah semua berjalan dengan baik.

Tok ayah bersedia untuk membotakkan kamu. Ish, ngeri mama lihat. Pada permulaannya kepala bulat kamu dilumurkan dengan air kelapa, sejukkan sayang? Kemudian itu barulah tok mula cukur kan kepala sampai botak licin.

Habis selesai, tok panggil kamu "Haji" then tok haji, then tok haji zakaria.


Ok, then mama happy sangat.

Note : hari ini birthday pakngah kamu, baby.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Ujian, untuk menguji


Just a short note; perhaps.
I love you baby, I can't describe the deepest feeling inside. One distance day, you will know the feels.

Mama feels guilty when you had a trouble or something happens to you. :(

Last 2 days;
Tidur malam, baby with nanny and your untie and of coz' mama not feeling well to treat you, to feed you, that night (kamu kuat mengempeng) jadi untie feed you through bottle. And of coz' it was mama's milk. Jangan risau, selagi mampu mama berikan yang terbaik buat baby yang sangat mama cintai.
Then bila muncul pagi esoknya, mama terus breasfeed kamu, seperti biasa sendawa and all. But! Suddenly baby mama acting macam nak vomit and tercungap. Juz that!

Then sampai tidur malamnya, mama and baba mesti terjaga untuk lihat kamu. Beberapa kali juga tu, jadi lagi. Even sudah burp secara besar. Baby buat mama tak tentu. Mama takut sangat.
Esoknya pun jadi lagi, around 7pm after mama feed you, and after a big burp. Jadi lagi that thing.

As today,
Mama called first Klinik Desa as they may know more about baby's things and all. The nurse advise to bring you to the hospital.
As that, mama terus brought you to meet up with a doktor baby.

Alhamdulillah.
1) Bout the vomit but not, and tercungap.
2) Perut baby, sometime if usap at perut, baby act like mengelinting macam sakit.
3) Pernafasan di hidung, bunyi nafas kuat.
4) Baby demand susu for moreeeeee ;)
All and all.

Doc terus put baby on the bed, buka barut baby, usap your perut as well. Baby start crying. Doc try to hear your breathing, and try to comfort you with his finger in your mouth.

Baby, doc said that you suck too hard. And of coz kan. Like sometime mama rasa you already have a teeth. Sakit.

Doc beritahu mama,
1) Nothing to do with your lung.

2) The little problem only on your nose, doc said that baby need a time to learn how to breath, how to swallow; so that doc try to spray your nose to help you clear up your nose. Kamu teriak kuat, tak sampai hati mama tengok. And terus, keluar the mucus juz a little. Alhamdulillah.
Then doc juz sedut with nose frida.
(Cara guna; juz pegang like a pen, pastikan baby did'nt move, then sedut)

3) Doc suggest, after bf hold you for 15-20min. Letakkan baby mengiring, tinggikan bantal.

4) Perut if baby got colic; juz usap.

5) Baby demand susu; boleh feed baby 5oz selagi baby mahu and if perut baby tak keras!

6)If ingat mama sambung lagi....

Oh, starting minggu ni. Baby dah selalu senyum, pantang mama tegur. Before ni kamu juz senyum after bangun tidur and dalam mimpi. But now, pantang mama bercakap dengan kamu. I love that. Cair hati mama, hilang sekejap semua sakit dan penat.

Baby, mama still tak percaya. But one thing, mama bersyukur dengan anugerah indah ini.
Ya Allah, Engkau lindungilah bayiku ini.

**start semalam ada putih2 bulat2 di dinding pipi inside your mouth. Ish, mama lupa nak tanya doc!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

my baby boo, 51 days

Mama love you too much.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kelahiran kamu, Seribu Manis


31 July 2011

Saat mama bertarung nyawa melahirkan kamu, ketika itu mahu saja mama minta doktor pakar bius "bawa suami saya masuk. Saya perlukan dia sekarang, sebab hati saya jiwa saya lemah sangat saat itu. Saya hanya rasa takut yang teramat-amat sangat", badan ini lemah longlai menahan segala rasa sakit perit yang ada. Tika itu mama seakan-akan mengalah kerana tak terperi menahan sakit.

Tapi saat mama mahu ucapkan semua itu, mama dengar suara manja baby menangis perlahan, sayup saja. Saat itu mama pandang disebelah kanan didalam bilik bedah, mama lihat kamu baby. Putih gebu, bulat. Subhanallah. Kamu pula sedang didukung untuk ditimbang, mama dengar "Big baby boy".

Kemudian ada nurse beritahu mama, saat mama menggelabah haru biru, seakan mahu apa pun mama tak tahu mahu ungkap sebagaimana. "Nak, dengar tak baby kamu nangis?" Mama terus lihat mereka bersihkan kamu, balut kamu dengan kain.

Mama tanya pada nurse, anak saya dah keluar? Subhanallah, menitik laju air mata mama, tak tergambar rasa seribu manis bergelar ibu. Lihat bayi yang dikendong selama ini keluar melihat dunia.

Terus mama jadi tak keruan selepas itu, mama muntah, azab sangat mama takut sangat. Takut perut terburai.

Nurse yang baik hati dan doktor pakar bius terus menemani mama, " Nak, muntah saja, jangan takut"

Habis saja muntah, terus lega. Mujur masih tak terasa sebahagian badan,


"Saya mahu baby saya, "
Sekejap ye.

Terus mereka letak baby, di bahagian kanan mama sambil selak untuk biar baby melekap didada, namun amazing nya, baby mama terus latch dengan bagus. Alhamdulillah baby dapat kolustrum. Syukur sangat. Saat ini, mama rasa bahagia sangat dapt beri baby minum dari badan mama.

Siap semua prosedur, mereka ambil baby letak di baby cot. Baby mama nangis saja mahu melekap dengan mama. Mama rasa sebal sangat lihat kamu nangis begitu.

Saat segala prosedur bedah selesai, mereka perlu alihkan mama ke katil untuk dibawa ke bahagian pemulihan. Disitu, baby mama nangis dengan kuat, sampai kelam kabut nurse disitu buat kerja laju-laju. Mereka bersihkan mama, suruh mama gerakkan ibu jari. Panic juga sebab masih tak rasa apa-apa. Malah tak dapat gerak pun.

Setelah selesai barulah, mereka letak kamu disisi mama. Mama dapat beri kamu susu lagi ketika itu. Seronok sangat. Dalam menahan sakit dan lelah, mama kuatkan diri demi hanya memeluk kamu erat-erat. Subhanallah. Mama bagaikan tak percaya dapat rasa seribu manis ini.

Doktor beritahu mama, "your uterus contract, bleeding during operation" " it's because your baby are very big, then your uterus became big" "your baby was 3.85kg, not suitable with your uterus". Mama juz dengar, and tak fikir apa dah. Hanya fikir kamu. Mahu peluk kamu erat-erat.

Dari jam 8.45 malam mama berada di bilik bedah, hingga hampir jam 10 lebih malam barulah mama ditolak semula ke Labour Room bersama kamu, untuk pemerhatian lanjut.

Saat keluar saja dari pintu OT, mama lihat semua yang mama sayang ada menunggu diluar. Semua teruja tak sabar lihat kamu. Makcik kamu mahu saja mendukung kamu, namun nurse tak benarkan, mahupun ambil gambar.

Mama happy sangat dapat lihat semula baba, mak, dan adik-adik mama. Semuanya happy sambut kamu wahai anak.

Perit juga saat ditolak, terasa perut ditoreh.

Sampai di LR, mak masuk lihat kamu dan mama. Mak pun mahu dakap kamu, namun kamu teriak dengan hebat bila siapa saja mahu pisahkan kamu dari mama. Sudahnya mak dapat cium kamu saja.

Kemudian itu baba pula masuk, mama pandang baba. Rasa nak peluk saja baba. Sebab dapat lihat baba. Mama jadi heppy. Baba pun cuba ambil untuk peluk kamu, cium kamu, namun baby mama teriak hebat lagi. Comelnya. Mama minta baba azankan ditelinga kamu saja.

Nurse datang mahu ambil kamu, katanya nak bersihkan. Rindu sangat, mama pun tak sanggup kamu tiada dalam dakapan. Jenuh juga mama tunggu.

Baba keluar dulu untuk jumpa family lain, kemudian baba masuk semula. Baba kata doktor suruh baba tunggu didalam bilik wad saja. Mama pesan suruh baba datang awal pagi sebab mama tak larat lagi.

Baby tidur dalam dakapan mama, disebelah kanan, sambil menyusu. Sebelum baba balik ke wad untuk rehat, mama minta baba air suam. Mama minum laju-laju sebab haus, akhirnya mama rasa nak muntah. Bertarung nyawa mama tahan untuk muntah, mama lupa untuk tahan perut. Lalu membuak muntah keluar, perut pula bagaikan explode, mujur tiada apa, walau rasa seperti direntap jahitan di perut. Peritnya. 
Bau kamu harum manis, badan kamu gebunya, putih bersih, bibir comel kamu merah mekar seperti delima. Bila dakap kamu, Ya Allah syurga kah itu?

Sehabis boleh mama jaga kamu, dakap erat kamu sepanjang malam hingga ke pagi. Mama sungguh terharu sebab anak mama pandai latch dengan baik.

Around 6 pagi macam tu, baba datang. Teman kita berdua. Sepanjang malam juga mama kehausan. Mujur nurse yang menjaga baik hati. Sentiasa tukarkan pad, sebab darah keluar tanpa henti. Kamu pula lena didalam dakapan. Tiada tangis mahu teriak. Sepanjang malam walau tak berdaya, mama hanya tidur tak tidur, sebab mahu lihat kamu, mahu bau manis kamu, terima kasih Allah diatas kurnian manis ini.

Awal pagi doktor dah datang, periksa mama. Yang bestnya, doktor kata at 9am nurse hantar you ke wad. And continue breast feed.

At one point, ada nurse datang cek suhu mama, mama demam. Mama kata tiada apa, maybe coz saya tak tidur semalaman jaga baby. Then dia cek suhu baby, baby pun suhu tinggi. Mama tak percaya sebab mama tahu anak mama very healthy. Mama beritahu nurse, maybe sebab saya peluk baby, then bahang badan saya go into my baby. Then dia buka semua balutan baby tinggal pampers saja, then biar for 20min, ambil suhu lagi, then confirmed baby mama tak demam.


Tunggu punya tunggu, jam dah turn to 11am, nurse busy sambut kelahiran. And mama disappointed sangat, ada doc muda bahagian baby datang mahu beri baby suntikan antibiotik coz risau baby demam and kene virus. Namun mama tak berjaya halang.

Then after waktu nurse tolak mama ke wad they give back my baby, baby teriak kuat. Entah apa yang dorang check.

Sampai saja di wad, supposed mama perlu feed baby, but datang lagi doktor muda asked the same, want to give antibiotic to baby. She took away my baby. Mama down sangat time tu.

Bila baby dihantar semula ke bilik, mama tengok baby nangis then started to vomit. Keluar cairan merah + brownish. Mama rasa nak pengsan. Rasa takut sangat. What had happen to my dear baby! Baby terus vomit, bila mama beritahu doktor, they took back my baby to nursery untuk pemerhatiaan. So since early morning mama tak dapat feed baby.

Sampai ke petang baby vomit sampai enam kali, jam 6pm ++, datang doktor muda beritahu baby need to charged in NICU. Mama dah mengamuk time tu, I know my baby, after kene cucuk all off this crap terjadi. I know my baby tak demam. So why they need to cucuk him with those crap!

Mama makin sakit sebab stress, risau baby tak lapar ke? Sampai ke petang apa yang anak aku minum.


Malamnya mama cuba bangun dari katil, azab tapi mama nak juga bangun untuk pam susu supaya baby dapat minum susu mama. Sampai kat bilik pam, nurse tunjuk ajar, then terus pam tu sedut breast dengan kuat. Ya Allah, mama rasa macam lihat orang perah lembu. Haha. Sakit nipple mama, susu pun dapat sedikit sangat 1 sudu kecil saja. Mama berkeras suruh baba hantar juga susu sedikit tu.

Paginya, perkara pertama mama fikirkan baby. Tapi perut mama sakit. Nak bangun tu, fikir banyak kali. Mama bersiap-siap jumpa baby, lambat tapi asalkan dapat jumpa baby mama.

Baba tolak wheelchair untuk mama, sampai NICU. Di wad baby mama kena bangun untuk masuk kedalam tu, bersusah payah mama gagahkan diri, terbongkok-bongkok. Sebak sangat tengok baby tengah tidur.  Bila mama lihat dikaki baby dicucuk untuk drip air, lagi mama rasa marah sangat. Apa yang baby rasa? Mama risau sangat.

Yang paling mama tak dapat terima, kamu sudah semakin kecil. Hilang tubuh bulat gebu kamu. Terus mama lihat catitan berat kamu hanya tinggal 3.66kg. Damn. What they have done to you baby?

Mama tanya doc, bila I boleh bawa baby ke bilik. He said baby tiada vomit lagi since 6X yesterday only, so by today if no other things baby boleh diScharged petang nanti. Mama tunggu baby,  mama peluk baby kuat-kuat. Sedih sangat. Mama tak dapat jaga baby dengan keadaan mama yg masih sakit ketika itu.

Bila baby terjaga, mama dapat feed baby. Kendong baby, cium baby, lihat baby tidur. Then doc datang lagi, nak ambil darah baby. Meroyan mama dengar they wanted to cucuk you again. But I have to follow the procedure.

Mama dengar kamu teriak hebat. Sakit dada mama, if I had a chance, mama rasa nak cucuk the doc all. Haha. Silly me!


Lama they took you away, mama paksa baba intai. Huhu. Geram sangat. Mama still tak puas hati coz I have known you better. Mama percaya kamu sangat sihat.



Then, datang pula doc senior, chinese ladies. Maybe she do for pemantauan, she asked me a lot of questions.

Doc muda : bagi laporan, why my baby need to admit here. He said due to vomiting 6 times yesterday.

Doc ladies: Plan?

Doc muda: give antibiotic, do drip bla bla

Doc ladies : asked mama, what happen, mama story everything. The point is, my baby tak demam, the suhu juz becoz my baby with me all the time. Right after they suntik the antibiotic my baby started to vomit.

Doc ladies : said to doc muda " no need antibiotic, off drip off everything bla bla,

Apa yang mama faham doc ladies scold the doc muda tu, why? The baby is healthy. Discharged and off everything.

Puas hati mama, tak nak percaya instinct seorang ibu.  Jadi ibu dahulu then you can say everything.

Mama masih tunggu lagi, many procedure to discharged. Then came one lady, baik hati, minta permission to do a test kat telinga pula. Mama must follow her into one room, then feed the baby, at that time dia buat test. Everything is fine. Alhamdulillah.
 

Mama and baba bersiap sedia untuk balik ke bilik, but suddenly baby bangun. Mama tak sampai hati tinggalkan kamu. We juz waiting again, bila kamu tidur baru kami balik. Meanwhile, mama snap your picture with baba. Hehe


Balik bilik mama makan, bersihkan diri then terus ke NICU lagi. Excited baby kembali didalam dakapan. Tapi masih rasa tak sedap pula, mama lihat muka baby ada kuning sedikit. :(


Macam-macam dugaan kan, baby? Mama tungu semuanya selesai, bernyanyi riang dapat bawa baby balik bilik. Sampai saja dibilik mama dapat susukan baby sekejap saja. Ada doc ladies muda pula datang, nak ambil baby lagi sebab dikuatiri ada jaundice.

Time ni memang naik darah memuncak-muncak dah, mama tanya everything, mama beritahu we have wait since morning for the procedure and all, then after all kenapa di NICU they discharged my baby, and said baby are fine.

Sakit betul hati mama, rasa nak teriak kuat-kuat juga. They took you away again from me, to take your blood for SB test. Then the doc came again, beritahu baby got jaundice need to do the foto. Haish. Sebal tahu.


Mama perlu lihat baby mama under thE foto light. Dengan mata kena plaster, luruh hati mama. Baby pula teriak lagi, merayu minta dibantu. Mama tak sanggupnya. Dengan sakit yang masih bersisa, mama kuatkan diri untuk kamu, mama minta baba letak foto tu ditepi katil and baby sleep dengan mama. Sampai ke pagi mama and baba jaga kamu sayang.

Awal pagi, the doc came lagi, to take your SB, the result was'nt good. Still need to continue lagi. Sedihnya. Maafkan mama ye sayang.

Till then,
3O Ogos 2011 @ 12am
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Mama dah penat

Mama dah tak kuat nak lawan semua ini,

Redha saja pada ketentuan Allah.

Cukup sudah segala ujian demi ujian, mama pasrah dan berserah.

Entahlah. Mama dah cukup meluat dengan segala tekanan yang ada, meluat!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Semalam due kamu baby

Mama kurang senang bila time due dah cukup pun tiada tanda langsung mendatang.
Segala kaki bengkak, contraction and what so not, semua tiada. Mama dan baba ke klinik desa, harapnya buat kali terakhir. Berat badan mama turun lagi, 57.3kg dari 58kg minggu lepas.
Pemeriksaan biasa saja, cek urine, ambil bp dan cek heartbeat. Nanti 3 Ogos datang ke KD semula, if mama tak bersalin lagi. Then KD akan rujuk ke KK.
Mama dan baba terus ke DDMC, jumpa Dr. Kamal. Dalam 1pm baru dapat jumpa, cek urine terus masuk jumpa doc. Doc tanya apa yang patut, then terus beritahu dia akan scan perut mama, then akan buat VE.
Once doc start scan, dia tunjuk kepala baby, then buat kiraan ukur lilit kepala baby. Doc terkejut berat extimated kamu 4kg. Mama dan baba lagilah terkejut. Huhu.
Mama rasa sebak sangat, doc beritahu uri dah turun, kedudukan uri diatas tali pusat, then doc tunjuk bahaya if kedudukan dah jadi macam itu. Doc warnakan that part tunjukkan pada mama, peredaran darah ditali pusat.
Then doc tunjukkan dot dot di scrin which is air ketuban, selalunya jernih which is fine, but semalam, the dotted showed that air ketuban dah keruh, which mean : baby dah tua dalam perut. Or something else, wheter baby sudah poo inside. Normally nak tahu details if air ketuban pecah. Then we can say.
Bila doc start for VE, auwww, agak sakit sebab badan mama mengeras, doc suruh tarik nafas n lepas nafas pun mama tak tahu. Haha.
But after, tak sakit pun. Haha
Doc suruh buat CTG, then sister suruh mama tekan 1 button if babu gerak. But, baby mama tak gerak pun. Finally bila dah habis do ctg matter, doc beritahu that the ctg is suspicious which mean, either baby tidur or baby got problem inside. :(
Doc suruh mama take a lunch first, then bring the copy of ctg to hospital.
Bila sampai hospital, ok this point mama memang rasa sebal sangat. doc kat situ tak reti nak hormat others. Bila tanya what the point mama came here, mereka treat kita like donkey yg pandai berkata. Anything yang mama cakap about babu inside, they juz.... where is the referral letter.
Oh mg. Dr kamal dah ckp, when they look at the copy of the ctg, they'll know what to do. Bila mama cakap, there are no dilation, and risau that baby are big, air ketuban keruh n what bla bla bla,
You know what they do? Sorang masuk seluk, tunjuk pandai and tunjuk bagus, then another one masuk and seluk tunjuk kurang bijak, they juz pretend usik2 perut mama as I said tempat yang dorang using tu sakit, buat bodo je. Benci. Time ve, sakit nak mati, sampai satu malam sakit. Mama dengar 3.2 and 3.4kg estimated via they own hand. Sudahlah sakit perut aku dikerjakan.
Bila dah settle the ctg takes around 30min, alhamdulillah the graph shown baby are juz fine. But no matter it is, what hapPen if we need to wait for 7days after. What will be to my baby?
Ya Allah, janganlah Kau uji diriku ini dengan apa yang tidak aku mampu.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Mama masih menanti my little baby

 Tasik Titiwangsa @ 39weeks 4days



Update checkup 36th weeks

30 Jun lepas, paginya mama dan baba ke Klinik Desa. Ada gangguan stress mama dapat pagi-pagi tu. Mama tunggu turn, sampai baru perasan sudah 5 orang potong que. Geram betul, gara-gara seorang perempuan tak panjang akal habis semua buku pink berterabur. Grrrrr!


KK checkup ;
Mommy weight : 57.4kg

Bila masuk bilik nombor 3 lagilah tension, nurse macam moody. Macam tak cukup mandi saja datang kerja dengan pe'el macam tu. Benci betul. Dan yang lagi mama tension, katanya heartbeat baby just 126 which is normal tapi agak scary coz of biasanya heartbeat kamu around 140++. Terus dia suruh mama rujuk pada Klinik Kesihatan, which is lagilah mama tantrum pergi kesitu. Doktor-doktor yang sombong dan bongkak. Haish.

Klinik Kesihatan
Directly masuk satu bilik, mujur baik nurse yang melayan mama. Then nurse check heartbeat, its normal. Turn back to 148. Alhamdulillah. Tahu tak baby, 2 days before that, perut mama merenyam sangat-sangat. At last, mama garu by jari sampai tersembul urat-urat dan macam ada percikan darah sekeliling tu, after that perut mama jadi sakit rasa macma dah koyak rabak. Ya Allah, takutnya mama time tu.

Then nurse yang baik hati tu rujuk pada doc, so mama tak perlu jumpa doc. Then ada pulak nurse yang lebih senior, cakap tak reti nak perlahan. Kalau boleh nak satu Klinik dengar. 

Nurse senior berlagak :"Yang gatal-gatal tu, kamu gatal-gatal macam mana?"

Mama : before ni memang ada gatal-gatal, but sekarang ni saya tak dapat tahan gatalnya

Nurse senior berlagak : Gatal ni biasa, memang semua orang rasa. bersabarlah ya, so tak perlulah saya   highlight ke doktor, hari ni sibuk handle patient. Habis you pergi KD tadi dorang tak bagi ubat?

Mama : KD risau heartbeat baby lemah tadi ada effect with perut gatal yang teramat ni, coz of perut saya nipis. sebab tu KD suh datang sini.

Nurse senior berlagak : Awak cari sajalah ubat sapu. 

Mama : ok terima kasih. (macam tu lah layanan dari percuma, padahal kita bayar cukaikan)

Mama harap, nurse-nurse yang suka tunjuk pandai macam ni, berhenti sajalah. Berborak-borak boleh, nak layan patiet berkira. bengong, apa istilah kerja bagi kau sebenarnya?




Malamnya, after maghrib mama jumpa Cik Lah dan Pak Berahim. Cik Lah tolong betul-betulkan sikit perut mama. Pak Berahim pula bagi air selusuh.

Then terus ke DDMC, sampai around 9.30pm camtu, tunggu turn lama sangat. Sampai baba bisik, "ni last, ni last". Haha. No way, mama tak nak harapkan pemantauan dari Klinik Desa saja for the first baby ni. Mama risau, sebab tiada pengalaman.

DDMC checkup ;
Mommy weight : 57kg
Baby weight : 2.8kg
Uri : fine
Air ketuban : banyak lagi

Dapat jumpa doc. Kamal. Terus tanya macam-macam,

  • yang sakit bagai dihiris di private part : that was baby's head yang sedang cari laluan keluar. Tak sama rasa bagi semua orang.
  • gatal diperut : biasa, but mama minta ubat sebab tak tahan, so doc bagi ubat tahan gatal dan cream
As for now; gatal-gatal pun dah makin kurang. Mama dah dapat bertahan.

Semalam, baba bawa mama jalan-jalan ke Putrajaya. Panas buat mama lembik. Haha. Dari start mama naik kereta sampailah ke Putrajaya, aktif kamu bergerak menekan-nekan kat bawah tu.

Terus tak terlarat nak bawak perut.
Dalam kereta survive saja layan baba berborak, padahal mama tak tahan nak lelap.

Seronok lagi bila ada kamu nanti. Lagi ++ seronak baba dan mama kan?

Baby, kamu sangat bijak kan? Bila bergerak kat dalam tu, bila mama or baba ready ti capture, confirm you duduk diam-diam kan?

Checkup @ 35weeks

Assalammualaikum baby, 

Oh kamu sudah punya nama. Comel nama kamu. Minggu lepas hari Ahad. Confirmed. Mama tersangatlah suka. Dengan maksud nama yang baik-baik ini, mama harap kamu dapat menjalani kehidupan yang baik bila sahaja kamu melewati dunia baru ini. Seronok ke duduk dalam rahim mama, dah tak larat mama nak bawa. Cepat-cepat keluar ya, mama tak sabar. Geram tengok kaki comel kamu terbonjol-bonjol kick mama. Fuhhh, bukan main hebat lagi anak mama and baba ni bagi tendangan padu di rusuk kanan. Sakit.

Banyak perkara yang mama nak ceritakan, tapi mood untuk menulis adalah tidak lancar.


Mama buat rumusan sajalah, easy peasy kan?

Pagi hari tadi, jam 8 pagi mama dan baba ke Klinik Desa. Berat badan mama turun. Sekarang hanya 56.7kg saja. Tiga kali mama timbang. Selera makan memang teruk. Sangat teruk. Bukan tak boleh makan, tapi entahlah. Mama selalu nak makan ikan jenahak goreng, makan dengan nasi panas tambah kicap. Itu pun dah cukup menyelerakan.

Semalam mama muntah lagi, tengaharinya cuma dapat jamah 3 suap nasi dan malamnya hentam makan nasi lemak.

Nurse pesan banyakkan rehat, tarik nafas dan lepaskan perlahan. Jantung baby normal, HB mama pun OK, cuma kaki mama nampak firm katanya. Satu saja mama tanya, berat mama turun, adakah berat baby pun turun? Katanya tiada kesan. Alhamdulillah. Risau mama.

Terus ke rumusan..

Masuk saja trimester ketiga, mama rasa seronok sebab makin sihat dan cergas. Tapi tak lama bertahan.

31 minggu :: baba perasan ada tanda strechmark pada tepi pinggang mama, seterusnya bermukin di bahagian bawah perut. Mama tak dapat tengok, sebab rumah kamu besar. Hehe. Bila dapat lihat melalui cermin, aduhai cantiknya rumah kamu itu sayang. Dan seterusnya, perut mama mengenyam gatal, pabila tersarung saja seluar menutupi perut. Tak tertanggung gatalnya.

32 minggu :: mama dah start rasa contraction di bawah tu sejak bulan ke 7 lagi. Sakit tak terhingga. Baba kata   mama pegang lengan dia, macam nak terpatah. Kuatnya mama tahan sakit.

34 minggu :: mama diserang penyakit susah tidur. Semua posisi kamu marah, meronta dalam tu. Macam padang ragbi kamu buat perut mama ni, risau mama. Sakit yang teramat sangat. Kemudian hingga mama lupa bagaimana cara yang betul untuk bernafas, tersekat nafas mama. Nauzubillah. Dengan perut yang berombak-ombak, menahan sakit, dengan kekerapan pee. Kamu sudah 2.6kg. Comelnya.

35 minggu :: kalau tidur atau baring, mama mesti sendalkan bantal sebelah kiri dan kanan. Ramai orang tegur perut mama besar. 

32weeks

Semalam mommy checkup @ KD. Alhamdulillah berjalan lancar. But nurse beritahu perut mommy cekang. Ini tanda dah dekat untuk melahirkan kamu. Kaki mommy pun sembab.

Dan kamu, terlalu aktif didalam ini. Harapnya kamu tak apa-apa. Harapnya kamu sihat sempurna ye.

Mommy loves you. Baba pun sayang kamu.

Have fun : Learning

Mommy bought this for you. Nanti mommy tunjuk and we can have fun together. How I wish to gomol-gomol you baby.

I'm so in love with you my little baby. Muah.

Sent via BlackBerry from Maxis

Trimester Ketiga

Trimester Ketiga



Emosi masih macam itu, cepat emo. Tak tahu nak sumbat suplement apa lagi untuk imbang hormon celaru ni. 
Selalu dikelilingi oleh emosi. Kadang rasa longlai dengan emosi yang memang tak mahu stabil ni. Tak kira masa, pagi, siang dan malam. Tak terkira melayan emo. Cepat marah, cepat melenting, garang. Sampai nak bertabur air mata. Sampai sakit dada tahan air mata yang mahu turun. Masalahnya kenapa? Adakah macam ini, pembawakkan anak? 

Pelik sebab sudah berlarutan dari trimester kedua lagi, susah untuk pusing kekiri dan kekanan. Sakitnya, Ya Allah mohon dibantu. Bila diperiksa doktor, mujur baby sihat sentiasa. Alhamdulillah.

Update checkup at Klinik Desa, 5 Mei 2011 - 8 pagi
Berat mommy : 54.8kg (buat muka tak malu naik scale tu berkali-kali, sebab tak percaya)
Kali kedua ditusuk jarum lagi, untuk cegah kancing gigi. Phew... Bila check degupan jantung baby, normal. Nurse periksa kedudukan baby, katanya kepala dibawah. Yang lain, alhamdulillah. Mommy sihat.

Update checkup at DDMC, 5 Mei 2011 - 8 malam
Berat mommy : 55.5kg (lagi pening tengok bacaan scale tu, sekejapan saja)
Beritahu doc sakit untuk pusing kekiri atau kekanan bila mana mahu bangun dari pembaringan, rasa sakit bila berjalan terasa seperti berjalan sambil ada sesuatu yang dikepit, jadi seperti biasa doc buat imbasan. Part ni memang mommy suka sangatlah. Dapat lihat baby di dalam tu. Hello, darling baby *__*

Kedudukan baby; kepala dibahagian atas perut di bahagian kanan. Kaki baby dibawah. Oh now mommy tahu bila mommy jalan rasa perit sikit tu maybe sebab tendangan kaki comel kamu kan? Subhanallah. Sekarang ini baby duduk songsang, doc cakap tidak perlu risau sebab ruang yang masih luas buat baby berpusing-pusing kat dalam tu. Doc cuba kira air ketuban, nampaknya air ketuban mommy sedikit lebih paras normal 18. Mommy : 21. Dengan pemeriksaan lanjut doc cek lagi, takut ada masalah lain. Air ketuban lebih menunjukkan tanda baby ada masalah atau uri yang besar atau bersalin awal. Bila diperiksa tulang belakang baby, semua alhamdulillah. Cantik kejadian Allah.

Tapi kan, baby bergerak dan berpusing sampai tali pusat dah belit leher dia. Doc beritahu jangan risau. it's normal. Ya Allah, bantulah anakku. Semoga sihat sempurna dia. Purata age baby waktu itu adalah 29w 3d (28w 1d-Pregnancy Wheel) dan sudah mencapai berat 1.3kg.

Subhanallah, mommy dengan daddy baba dapat lihat wajah kamu. Mommy hilang arah bila terlihat kamu didalam screen tu. Boleh tanpa disedari akal, mommy terfikir mahu grab saja kamu di screen. Oh no, mujur mommy sedar lagi. Heee. Look, how you make me feel gila bayang? Phew.

Berita baik on this phase: Mommy makin sihat dan cergas. Sikit-sikit sakit itu biasa, mommy tak tahu apa yang tak cukup dimakan. But selera makan, kadang-kadang mahu makan, kadang-kadang sampai tak tahu mahu makan apa. Sampai kadang tu mommy lemah longlai, sebab tak lalu makan. Cari penyakit. Maafkan mommy ye sayang. 

Dengarlah anak

Mommy sudah selesai download bacaan Al-Quran, untuk kita dengar bersama.
Mommy mahu kamu kenal Al-Quran.

Untuk download seluruh surahhttp://www.alafasy.co.nr/

Merdu suaranya. Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Semoga anak mommy ini, akan dilindungi Allah senantiasa.

Ya Allah, Engkau rahmatilah kedua ibu bapaku. Engkau sayangi dan kasihi mereka seperti mana mereka mengasihani diriku sejak dari kecil hinggalah dewasa. Semoga ibu bapa ku memperolehi rahmat dan kebahagiaan dariMu Allah. Aku mohon Engkau rahmatilah dan limpahilah mereka dengan zatMu.





Kasihmu MAK

Selamat Hari Ibu, Mak.

Mak tak pernah kenal penat.
Mak tahu saja apa yang anak-anak mak suka.
Mak masak best sangat.
Mak tak penat kan bercakap, membebel kat anak-anak. Hehe.
Mak superwoman.
Mak kuat sangat.
Mak tabah.
Mak redha bila ayah dijemput Illahi.

Apa saja yang mampu seorang anak ini balas segala jasa dan pengorbanan mak.


Hanya minta pada Tuhan,
Bahagiakanlah mak sehingga keakhirnya
Kurniakanlah mak kesihatan yang baik
Janganlah beri mak kesakitan
Berikanlah segala rahmatMu kepada Mak.


Semoga segala kebaikan didunia ini milik mak. 

~Amy sayang mak.

Esok my baby 28weeks

Assalammualaikum baby,

Entah kenapa hati mommy begitu gusar sekali. Murung. Walau cuaca diluar terik dan panas.
Mommy sebolehnya mahu lepaskan empangan air yang berkaca-kaca. 

Kamu aktif. Sangat aktif. Namun tak berdaya buat hati mommy berkilau saat ini. 
Mommy pusing sayang, mommy sangat tertekan. 

Haraf tiada efek kepada diri kamu.
Mommy love you so much.

Dating dengan daddy




Alhamdulillah, seminggu yang agak stress dan tertekan bagi mommy diganti oleh Ahad yang indah. Bangun pagi badan dan pinggang sakit. Namun perut yang membuatkan mommy jalan macam penquin tu dah hilang. Syukur Alhamdulillah. 

Plan pagi tu mommy and daddy mahu ke Clearance Sale Pureen. Mommy dah agak mesti ramai orang, tapi mommy tak expect pun ramai macam semalam. Sudahnya, mommy kena berjalan seorang diri sementara daddy cari parking. Nanti bila parking jauh-jauh dah hilang tenaga mommy. Hehe. Mommy berjalan, pilih dan terus grab barang-barang kamu dan juga mommy. 

At last jumpa daddy, terus minta daddy beratur saja. Pastu first time mommy pegang barang berat-berat. Hehe. Demi kamu anak. Apa saja. Menggeletar tangan dan kaki. Yang paling best, mommy dapat jalan dengan steady. Perut adalah painless. Syukur. 

Kemudian, mommy ajak daddy singgah di BabyJaya Damansara Utama. Best kat situ, macam-macam ada. Banyak yang mommy aimed. Tapi biarlah dulu. Dapat beli barut yang panjang untuk kamu, tapi tak cukup lagi. 

Mommy dah penat dan lapar, teringin makan udang galah bakar. Daddy terus ajak ke Muara, Klang. Mana ada kedai seafood buka jam 4 petang. Kesian mommy kan? Tapi tak apa, maybe boleh ajak daddy this week  ke Jeram pula. 
First time mommy rasa sihat, sepanjang pregnant ni. 

Bulat kan perut ni?



Can't wait to have you in my arms, baby









Untukmu Anak : Laundry

Antara gila bayangan mommy kepada kamu anak. Dapat basuh baju kecil dan super comel ini pun mampu buat mommy rindu bayangan pada anak yang masih dalam kandungan. 

Nampak comel-comel saja baju kamu ni kan sayang? Bersungguh mommy basuh baju kamu sampai boleh buat daddy kamu cemburu. Hiks. Jenuh nak membasuh, semuanya handwash ye sayang. Daddy tolong juga, tolong tinggikan baldi supaya mommy tak perlu tunduk. Hehe. Thank you daddy. Oh daddy harap anak dapat panggil baba. Comel.
Yang ini pertama sekali

Time ni lelah mommy dibuatnya. Lama baru siap.

Basuh malam hari, nenek tolong sidaikan. Mommy capek dah.

When you @26weeks in here


Sambung cerita lepas boleh, nanti mommy dah lupa. Senang untuk masa depan rujuk record kat sini. Bila? Biar Tuhan rancangkan ya sayang.


Rabu. Esok paginya, mommy bangun terasa lemah sangat badan ni. Nak gerak kan badan especially perut ni apatah lagi. Sakit! Takut betul nak bergerak. At last dengan bantuan daddy kamu, mommy gagahkan diri bangun juga. Mata sukar sangat nak dibuka. Im too sleepy. Penangan cucuk kat bam-bam lah tu. Ouch, masih sakit berdenyut disitu. Haha. Masuk mandi, bersiap untuk kerja. Bila mahu berjalan, Ya Allah engkau saja Maha Mengetahui. Duduk dalam kereta pun sakit. Sampai kat ofice rasa moody dan bengang saja, sebab semua serba tak kena. Apa nak jadi ni. Tersenguk-sengguk atas kerusi. Tak boleh jadi ni.

Mommy minta tolong Am jagakan kedai, mommy tidur dibawah. Hanya berlapik sejadah. Prfff sakit badan, first time nak baring memang mengelupur, kekiri salah kekanan tak boleh, semua tak boleh. Ish, apa lah yang tak kena dengan sistem badan ni.

Tidur celik, tidur sampai pengsan. Malam tu balik rumah daddy, bila parking kereta jauh. Prfff, dengan perut penuh selepas makan nya lagi. Mencabar perut. Huhu. Balik mandi bersihkan diri, landing-landing sebab perut masih sakit. Tapi cool lagi lah. Konon.

Khamis. Esoknya macam tu juga, bangun pagi lemah. Oh badan dan pinggang mula sakit. Lawan, jangan lembik. Mommy bersiap pergi kerja. Ok sikit tapi serba tak kena duduknya. Jam berapa dah tak ingat, selamba lalala baring. Tak tahan dah, perut ni. 

Makan pun dah tak berapa selera semula. Minum nescafe ais pun dah tak bererti rasanya. Sedut tak rasa, sedut masih haus. Entah tak tahu. System down! Mood pun down. Very down! Tambahan lagi sepatutnya bolehlah berangan lunch dengan daddy sebab mahu ambil kereta baru. Dah set dah ni. At last dapat message kereta tak dapat disiapkan. Oh, mak buyung ni punya hangin. Haha. Memang menakutkan diri sendiri. Memang rasa nak mengamuk saja ni, dengan sales person kereta tu. Tapi daddy kata, Mommy please sabar ye. Tak agak-agak mak buyung ni nak mencapai kelegaannya. Hehe. Mana taknya janji dari hari Rabu tak siap-siap. 

ini pun tak dapat ubah mood yang sangat menurun pada hari kejadian

Sampai kemalam berlarutan, moody mak buyung. Teruk dirasakan empunya diri. Namun syukur dah dapat kereta untuk menyambut anak-anak. Hee. Baby cepatlah datang, mommy tak sabar nak ukur jalan bersama-sama ni. *___*

Balik malam tu, kerumah nenek kamu. Makan dengan daddy dulu, then perut buat hal lagi. Sakit. Sampai nak ke parking kereta, terasa macam tak boleh berjalan dah. Dalam kereta pun macam tu, macam kene tarik-tarik perut ni. Ya Allah. Terus tumbang di depan, time baring tu datang pula serangan tak cukup nafas, sudahlah tak tahu posisi yang macam mana boleh selesakan diri. Prffff. Nak bangun sebab dah sesak nafas tu, punyalah payah. Jenuh nak adjust macam ni dan macam tu.

Ya Allah anak, payah benar mendapatkan anugerah Illahi ni. Berbagai dugaan dan ranjau kene tempuh dulu. Baru nanti akan dapat kamu. Akan dapat peluk kamu erat. Akan dapat cium kamu semahunya. Baby wangi kan? Haisshh. Rindunya.

Jumaat. Esoknya bertambah lega, tapi awal-awal lagi mak cakap hari ni perlu jumpa pak bidan. Haha. Belasah lah. Oh kepala mula pening dah dua hari. Sakit kat tengkuk sekali. Badan pun sakit-sakit. Perut? tak payah cakap lagilah. semua serba serbi tak kena.

Tanya pak berahim, air ketuban terlebih apakah tandanya? Jawab dia, selalunya nak dekat-dekat bersalin tu. Gulp!


Ditanya pula sekarang dah berapa bulan? Dah 26 minggu. Dah 7 bulan tu. (sambil kira-kira) Mommy pun memang rasa macam tu. Sebab bila baca buku, perkembangan kamu semuanya advance. Hari tu bila doc kamal scan pun katanya 28weeks.

Bila due? Akhir Julai. Rasa pakcik awal ni, 30 Jun macam tu. Mommy berwajah terkedu. Hah. Cepat apakah? Maka mimpi itu ada kaitan kah? Telanlah air liur banyak-banyak.

Kenapa cakap macam tu? Kenapa terlebih awal tu? Sebab kepala baby dah kat bawah sangat tu, sebab tu lah rasa sakit. Haiyoo. Katanya lagi, tak ada masalah keluar awal, sebab baby sihat. Yes, itu memang mommy tak dapat nak sangkal. Sejak mommy sakit, kamu aktif tak kenang mommy pun. Sentap-sentap perut mommy. Mommy tak tahu itu tandanya, kamu aktif sebab riang ke, apa ke. Mommy risau kamu rasa tak selesa saja. Sabar ye sayang. Allah dah tetap sekian-sekian harinya kita akan berjumpa. Kamu sabar, mommy pun bersabar ye. Bersabar ye mommy T___T


Hari ini. Sabtu. Kamu masih aktif, kamu masih buat mommy menjerit tahan sakit, sebab macam disentap ke apa bila kamu bergerak-gerak. Jalan pun macam penquin. Tak comel langsung. Hehe. Namun apa lah semua itu kan, nak dibandingkan dengan seribu indah yang akan mommy rasa nanti. 

Pedih ulu hati

Hai baby,

Pagi semalam perut ni senak semacam saja. Tapi mommy konon-konon kuat, mommy bertahan saja. Menjelang 11 pagi keatas, makin mecucuk-cucuk saja mommy rasa. Kejap pedih, kejap tegang, kejang macam-macm lah. Terus makan tengahari jam 12 tengahari, itupun tak dapat legakan rasa pedih nyeri kat perut ni.

Perut mommy terus bergasak, dibahagian bawah perut bahagian kanan, punyalah rasa sakit pedih, mommy rasa macam kamu mengeras saja, tapi dalam masa yang sama kat bahagian tengah perut, mommy rasa pergerakkan pula. Makin lama makin pedih dan sesak ulu hati. Jam 4 petang, makin serba tak kena. Serasa sakit perut terus ke bilik air. Selepas tu lagi membuak pedih, mommy kena berjalan sambil bongkokkan badan, macam mommy kena period pain dahulu. 

Terus baring dibawah, tapi lagi sakit. Mengelupur dibuatnya. Lama kelamaan baru lega. Bila daddy kamu balik, daddy tolong mommy bangun. Huish sakit betul. Masuk saja dalam kereta, lagi menjadi pula, sesekali datang rasa kejang kat bahagian bawah kanan perut, sambil tu ada semacam rasa menjalar di ulu hati. Bila sampai tempat makan, mommy buat-buat steady lagi. Kejap saja dapat makan, pastu dah serba tak kena lagi. 

Bila masuk dalam kereta, serba sakit dibuatnya. Duduk baring serba tak kena. At last mommy cuba baring mengiring, bila datang sakit tu, mommy pegang belt kuat-kuat, rasa berpeluh-peluh badan mommy ni. At last mommy mengalah juga pergi ke DDMC, mujur Dr Kamal dapat luangkan sikit masa untuk check up mommy, supposed doc dah perlu masuk ke dewan bedah.

Mommy kena baring, hah mengelupur la. Tak boleh baring terlentang macam tu. Doc terus scan, mommy tak tengok kamu kat skrin tapi macam tak nampak apa-apa sebab tahan sakit yang amat. Doc kata baby bergerak aktif, memang pun kamu aktif sangat semalam. Then doc cakap air ketuban mommy terlebih. Tapi mommy lupa nak tanya doc kenapa terlebih. Huhu. Next timelah mommy tanya. 

Doc tanya mommy makan ke? Rasa loya ke? Rasa pedih sampai ke dada ke? Ada gastrik ke? Then doc cakap mommy kena gastrik tapi bukan normal one. Doc cakap ini perkara biasa selalu terjadi pada ibu-ibu hamil. Doc suruh mommy berehat di wad dahulu, tengok macam mana. Oh sebelum tu doc check tekanan darah mommy. Ok saja rasanya.

Mommy ke wad, suspen tahu. Macam dah nak bersalin saja. Ish. Then nurse datang suruh mommy makan ubat dulu. Then a few minutes after, seorang lagi datang untuk cucuk. Cucuk kat bam bam. Sakit, sampai pagi ni sakit tau. 

Kena cucuk terus mommy layu, nurse cakap jangan tahan-tahan ngantuk tau. Mommy terus tertidur, sampai 1030malam. Then nurse check tekana darah lagi, rendah pula. Mommy rasa lega sikit, nurse tanya dah ok ke? If not doc suruh admit saja. Mommy rasa macam dah ok. Tak naklah admit, nanti lagi seram nak bersalin. Hehe. Bila nak bangun dari katil ngeri. sakit bila bergerak-gerak. 

Kesan cucuk tu sampai sekarang, mengantuk sakan. Lembik saja badan mommy ni. Ok lah, mommy nak take  a nap jap. Ngantuk.

Baby, jangan takutkan mommy lagi ye. Oh ya doc cakap yang mengeras tu bukan baby but rahim. Haha. Malu mommy.

Mimpi dipaksa bersalin. Takut!

Pergi ke hospital dengan mak, datang mahu tempah dan bertanya serba sedikit. Apabila nama dipanggil tanpa pemeriksaan detail, nurse kata awak perlu bersalin hari ini. Tapi nurse usia kandungan saya baru 6bulan 1minggu. Awak boleh pergi ke wad ya.

Saya pun masuk ke wad yang sangat penuh dan padat. Suasana bising bingit, hingga binggar seolah-olah sudah jadi tempat sarang perlarian.Saya terus hubungi mak bidan untuk beritahu tolong sambut saya, tak dapat. Saya termanggu-manggu di wad yang binggit tu, ada yang mahu ke bikik air suasana berebut-rebut tak kalah seperti saya sekolah teknik dulu, malah muka-muka yang ada disitu macam kawan-kawan sekolah teknik. Dengan anak kecil umur 2 tahun teriak kuat-kuat lagi.

Kemudian nama saya dipanggil, katanya dah tiba masa. Saya yang ketika itu sedang cuba hubungi mak bidan kelam kabut dibuatnya, satu doa pun saya tak sempat baca. Kawan-kawan saya ada masuk sekali, tapi sampai satu pintu saya ditinggalkan. Waktu itu saya dah dapat hubungi mak bidan, tapi orang lelaki yang jawab, Dia dah on the way.

Masuklah saya dalam bilik tu, tak kalah seperti bilik operation. Bertemu dengan Doktor India lelaki. Saya lupa nama beliau. Friendly, muda, boleh tahan lah. Setelah ditanya itu ini, sampai soalan dirumah bila masanya awak tanpa pakaian. Saya jawablah tak pernah. Bilik operate tadi dekat ada pintu kecil siap ada tembok pagar lagi. Kemudian doktor mahu mulakan procedur, operasi cek bukaan. Saya beritahu dengan baik-baik, doktor kalau boleh saya mahu wanita. Doktor kata maaf hanya saya yang bertugas. Kecut perut tak boleh blah saya dibuatnya time tu. Macam-macam soalan saya lontarkan, doktor betulkan saya perlu beranak hari ini. Kandungan saya tak cukup hari lagi. Oh perut awak ni, dah cukup. Bla bla bla, saya lupa dah.

Kemudian doktor keluarkan mangkuk ada nenas dan carrot, potongan secara membulat sebesar 50sen. Saya, menggelabah dan mengelupur, tak mahu. Ok doktor pasrah, pergi dan kemudian datang lagi bawa ubat apa katanya entah. Sedang. Doktor sediakan ubat tadi, doc ubat tu untuk apa, oh ini saya akan picit dan kamu akan rasa tak senang duduk, macam kaki berdenyut menjalar. Siap ready untuk dicucuk kat bawah tu, saya gelisah. Doc saya tak mahu, takpe pakailah nenas. Time ni doc dah start mengamuk, saya tak pernah jumpa patient yang banyak baca macam you ni. Maaf doc, tapi memang betullah saya tak cukup hari lagi ni, lagipun tiada tanda lagi. Off tiba-tiba doc hilang.

Saya termenung, tiba muncul pula doktor wanita, terus ambil ubat yang doc lelaki nak cucuk tadi untuk terus cucuk kepada saya. Oh keadaan bilik bertukar jadi lain, ada baby jantung lemah dalanm incubator, ada 2 orang lelaki lagak berdiri di besi gaya tunggu bas di Puduraya. Saya berkeras tak mahu juga, gigih melawan, ubat pun tumpah, namun ada orang lain muncul, wanita lagi, ubat yang jatuh tu bewarna kuning, jatuh di permaidani putih IKEA saya, Ya Allah carpet aku. Saya tegur wanita tu, habis karpet saya. Dia jawab bengis tahu carpet mahal belilah lagi. Bla bla ada adengan pertengkaran disitu. Saya masih merayu doc, tanya macam-macam, kemudian saya nampak adik-adik saya masuk tgk baby tadi. 


Pastu, dah lupa apa terjadi. Tengok jam 4:29min pagi. Hari Jumaat 1 minggu nan lepas. 
Sent via BlackBerry from Maxis

Untukmu Anak : Shopping ~KLCC

Hajat di hati, mommy teringin Strwberry Tart. Bila dah sampai di Isetan tu. Haiyoo ada sale la baby. Terus lah grab barang dan baju comel kamu lagi. Mommy jalan terkedek-kedek, sampai at one point tu kena berhenti mengejut, seperti ada yang mengeras dan menegang. Jenuh nak berjalan. Tapi, kamu punya pasal. Mommy redah saja. Hehe.

Isetan : Nenek dan aunty kamu pun pilih, ke nenek yang banyak pilih?

Parkson : Comel, cepat datang pada mommy.

Checkup @ 24 weeks

Baby, Assalammualaikum my little prince charming in the womb.

Bangun awal pagi tadi, badan mommy still rasa penat saja minggu ini. Memanglah mommy tak boleh jalan jauh naik kereta. Sejak zaman anak dara sampai zaman perut membulat ke depan ni. LOL. Hari sabtu lepas mommy ke Seremban, ada majlis tahlil dan kenduri makan. Alhamdulillah dapat sekali tahlil untuk atok tercinta. Mommy masih rindu dia. Ya Allah, engkau kuatkanlah hatiku ini. 

Hari Isnin pula, mommy ke Seremban sekali lagi. Teman nenek dan moyang kamu ke rawatan terapi. Sambil tu mommy pun check sekali, semuanya ok. Bab perut mommy mengeras dan menegang tu perkara biasa katanya. Cuma bila dia usik belakang mommy, katanya mommy tak cukup oksigen. Mommy pun tak paham. Tapi so far so goodlah. 

Bila jumpa tok dan nenek kat seremban pun, mommy tanya juga tentang perut keras dan tegang ni. Pun masih sama jawapan dari orang-orang yang berpengalaman ni. Mommy takut sangat, sebab kadang-kadang tu sampai rasa macam perut mommy sedang terkoyak. Takut. 

Berbalik pada sesi checkup ke 24 minggu

Mula checkup di tempat FREE
Paginya jam 8 pagi, di Klinik Desa. Mommy sampai 7.20 macam tu, dah ramai. Rupanya ramai yang datang untuk minum air gula. Hish, minta jauh kan. Macam biasa, test urine, cucuk jari untuk HB darah, pastu tungu untuk masuk ke bilik 3. Akhirnya dapat juga mommy check dengan nurse yang profesional tu. Dia cakap perut mommy tak pecah, tapi perut mommy cekang. Hah. Memang pun, nak gerak kiri kanan pun mommy kena fikir 40x. Sakit. 

Dia rasa dan tekan perut mommy, katanya kepala baby dah ke bawah badan melintang ke atas. Oh ya berat badan membawa kamu pula 52.8kg, HB : 12.2 tekanan darah pun normal. Pendek cerita, mommy sihat. Nurse tu tanya ubat ada lagi, sebab dia tengok mommy sihat katanya tak perlu sangat pun makan ubat tu. Ok, memang mommy tak makan langsung. Hehe. Cuma dia risau berat mommy naik 2.8kg. Mommy cakap before ni saya kehilangan berat yang banyak. Haha. Mommy tanya dia, kenapa if berat naik macam ni? Katanya pertama mommy dikuatiri ada diabetes, keduanya baby besar. Dan last sekali, mommy ambil ATT. Sakit kena cucuk, cuak semacam. Next month kene ambil os kedua pula. Geram sangat dengan jarum suka cucuk tak semena-mena. HUH.

Dan lagi, mommy harap next time maybe mommy tak mahu lagi ke klinik kerajaan. Ada seorang nurse ni, selalunya semua kat situ baik-baik saja. Kebetulan dia tak berapa sihat, tiada suara. Terjerit-jerit lah panggil ibu-ibu yang perlu minum air gula. Sebelum tu ibu-ibu ini perlu ambil darah tepat jam 8 pagi. Sudahnya nurse ni ambil darah, boleh pula darah tersimbah masuk dalam mulut dia, terkena baju dan terkena tudung dia. Ada nurse lain kat situ, mereka kata buat dont know saja, kerja dia, patut dia tahu. Habislah lepastu, satu klinik diharuknya, terus dipanggil semua ibu-ibu mengandung ni duduk masuk dalam bilik ambil darah tu. Sedih mommy tengok, ibu-ibu ini diperlakukan seperti kanak-kanak tadika. langsung tiada etika dan dasar hormat. Al maklum semuanya free kan. Nasib bukan kena kat mommy. Tolonglah siapa-siapa pun tak boleh ke beri hormat pada insan lain tanpa memandang mata wang dan kedudukan?

Tamat checkup 850 pagi.

Keduanya, checkup di tempat berbayar
Malamnya mommy ke DDMC, tak sabar sebab tahu mesti dapat tengok baby-baby fresh dari oven. Sampai around 750malam. Sambil tunggu giliran, sambil tu mengintai dari jendela newborn yang sangat comel, semuanya mencapai berat 3.4 hingga 3.7kg. Huish. 

perut yang bulat, tapi mommy sangat suka

Dapat jumpa doktor, mommy tanya soalan semua. Penerangan doktor sangat detail. Barulah lega mommy ni. Takdelah buat omongan-omongan yang entah apa-apa di dalam kepala. Doktor scan lagi kali ini, untuk lihat keadaan baby. Semuanya ok. Kepala baby di bawah, keadaan baby adalah buat aksi lipat. Kaki baby juga dibawah. Patutlah sekarang ni mommy dah tak dapat rasa gerakan manja-manja lagi dah. Kepala dan kaki dibawah menekan-nekan macam kena korek urat dalam tu. Janji kamu sihat kan anak. Air ketuban cukup, berat bayi 919gram, doktor kamal kata not so big not so small. It's normal. Alhamdulillah. Paling sweet doktor ingat lagi last checkup kamu duduk songsang. Sekarang kepala sudah dibawah, doktor kata tak gerak dah tu. Dah elok disitu. Yang comel, nampak jelas punai kamu lah anak. Baby, duduk baik-baik kat dalam tu ya, sampai masa nanti kita jumpa ya. Mommy tengok kamu macam montel dan gebu saja. Hehe. Tak sabarnya sayang.

Sempat mommy berborak dengan dua orang kakak ni. Kakak pertama dari Batang Kali, sudah ada 3 anak. Baby boy dia comel sangat. Yang best tu, part jahit katanya 3 jahitan saja. Kalau boleh mommy nanti tak payah lah jahit-jahit ya. Kakak yang kedua (Kak Azreen, Tg. Karang), due awal bulan 7 for baby no 2. Bila borak-borak dengan mereka, mommy macam nak confirm saja akan lahirkan kamu disitu. Tak mahulah hospital kerajaan.





up