Baby Birthday Ticker Ticker

Wordless Wednesday : Vol 4

My little baby :: in the making :: 22 weeks

Journey together

Esok, you're 22 weeks in the making sayang. Maka genaplah 5 bulan setengah kan? Alhamdulillah. All things getting better seiring dengan cepatnya masa yang berlalu. Lagi cepat lagi mommy suka. Seriously indeed, mommy sangat teruja menanti kehadiran kamu hari demi hari. Daddy pun, mungkin. (He is more relax than me, tenang saja menanti kamu) Selalu suruh mommy bertenang, jangan fikirkan sangat terlalu akan kamu. Biar masanya tiba. Oh so, selalu mommy jadi geram sedikit. Hee. Mommy teruja. Lama tahu, terimpi dan berimpian mempunyai kandungan dan anak sendiri.


Hai lah anak, nanti satu masa kamu pasti mengerti.



Sudah lebih kurang 2 minggu, mommy balik kampung. Kampung daddy, best makan durian baru luruh. Uish, terkulat-kulat mommy makan. Daddy tak bagi. Hee. Daddy oh daddy. Dalam perjalanan ke kampung malam sabtu tu, dengan hujan lebat, dengan kereta bertaburan, dengan nak berhenti makan tak dapat, akhirnya mommy diasak dengan kaki kanan yang cramped. Huh, sakitnya. Then, bila cuba adjust seat untuk baring sesuatu pula di ulu hati. Tahanlah sakit sampai tertidur. Bangun pagi di subuh hari, terasa tak bermaya pula. Satu badan bagai nak runtuh. Kaki dari peha sampai ke bawah berdenyut-denyut, lenguh, entah apa nak rasa. Tangan exspecially tapak tangan, lenguh saja. Ya Allah. Esoknya bila selesai saja majlis tunang pakcik kamu, mommy flaten out. Malu saja pada kakak-kakak ipar semua, tak dapat nak duduk-duduk berbual. Mommy lemah sangat dah.


Lepas maghrib. Mommy tumbang lagi, minta daddy urutkan sampai tak tahu bila mommy tertidur. Akhirnya 130 pagi kejutkan daddy sebab sakit perut. Padan muka kan? Sedap sangat mommy makan durian. Haha. Sampailah esoknya mommy sakit perut. Kelakar sangat, bila mana mommy terlihat perut sendiri, jadi takut. Sebab nampak macam nak pecah dah. Besar dan keras.


Minggu seterusnya, mommy still sakit lenguh-lenguh kaki. Kat bahagian atas tapak tangan kiri, terasa seperti kena hempuk dengan besi. Sakitnya. Sekarang pula musim hujan, musim sejuk selepas saja tsunami terbesar di Jepun. Alhamdulillah, cousin kamu selamat berada di bawah jagaan keluarga di sini. Mujurkan? Itu lah perancangan Tuhan. Kita tak tahu perancanganNYA. Namun itulah yang terbaik.



Motherhood Expo di Mid Valley, Jumaat lepas. Dalam keadaan kaki yang lenguh bukan kepalang, tapi kerana keterujaan mommy. Kerana itu mommy berjaya gagahkan diri. Sampai juga disana. Bagai nak gila, tapi tak gila. Haha. Mommy borong banyak barang kamu. Nanny and makcik kamu pun tak kalah teruja, sebab barang baby sangat comel. Macam-macam mommy beli dalam masa yang singkat tu. Berpusing-pusing macam sihat sangat. Hehe. Habis saja shopping, huh nak jalan pun rasa nak nangis. Kena pegang perut, jalan terkengkang-kengkang. Kejap-kejap mengeras je perut mommy ni, rasa macam perut nak jatuh. Kamu pun nakal juga ye, kat dalam tadi time mommy shopping. Elok saja, bila habis terus buat-buat keras ye. Ke kamu penat? Haha. Macam-macamlah yang mommy fikir. Mana satu betul, Tuhan saja yang tahu. KebesaranNya.



Seksa nak sampai car park, sampai saja dalam kereta tak tahu nak letak kaki macam mana, sakitnya. Ya Allah. Serba duduk tak kena. Padan muka. Jalan tak ingat sakitkan!


Teman mak makan di old town, air cendul tak sedap langsung. Tak payah masuk dah. Crap. Mommy lapar, tapi tak berdaya makan. Jenuh nak habiskan roti telur 2 keping je pun. Sampai rumah, ambil barang landing atas katil. Nak gerak pun sakit. Lemah longlai, 15 minit berdiam atas katil mencari kekuatan untuk hanya buka tudung! Nah gelak lah. Haha. Dapat saja bangun, terus bersihkan badan tampal "koyok" seluruh kaki. Borak-borak bertiga beranak, tengok pamplet. Berangan lagi nak itu ini untuk kamu. Mommy oh mommy. Makan ubat, minum susu Anmum coklat sedap tapi separuh saja. Jadilah tu anak. Tidur dengan posisi bantal tinggi, kaki pun tinggikan. Terus tidur.

Terjaga dari mimpi, entah mimpi apa. Kaki kanan di bahagian bawah pelipat lutut, ada lingkaran bulat berdenyut-denyut macam kena hiris ke apa. Bila mommy gerak, sakit tu menjalar. Maha sakit, tak pernah hadap pun sakit macam tu. 3 kali, macam kene heart attack, ok padahal tak pernah kena. Seakan lah tu. Sumpah, mommy nak daddy time tu. Sumpah takut tidur seorang tanpa teman lagi. Sampai merintih, jerit sakit bagai. Lebih kurang 5 lebih pagi waktu itu.


Mommy kuatkan diri pergi kerja macam biasa, berdenyut tu tanggunglah sendiri. Akhirnya beransur sedikit. Lepas maghrib. mommy singgah berurut. Sakitnya. Fuh. Rasakan.



Laundry time : Pertama Kali

Mommy dah semakin sihat, alah setakat lenguh sedikit tu malas nak ambil peduli lagi dah. Mommy do loundry. Daddy tolong bilas baju mommy. Mommy pula buat baju kecil comel kamu. Seronok. Lagilah tergila bayang mommy. Bila lah mommy dapat dakap kamu kuat. Hee.



Shopping time : Kali ke 4
Semalam lah, terpaling seronok. Nanny dan auntie kamu teman. Mula-mula ke KK, cari bakul pakaian. Ah sudahnya, tidak ada apa disana. Terus ke Mid Valley, tapi parking di Gardens. Kami tak tahu, officially boleh kira pergi kesini. Dapat macam-macam kat sana. *nak dancing*


Daddy, emm dia nak denda mommy sebab sudah berlebih-lebihan dengan kamu. Daddy oh daddy

Tahu tak sayang apa jadi dengan mommy di gardens and mid valley. Sampai saja mommy kena serangan sakit perut, pedih ulu hati. Kemudian rasa mahu berkejaran mencari toilet. Oh, tak suka. Jalan lagi nak pee pulak, macam-macam hal. Sudahnya mommy sampai penat jelajah toilet. :(

Jalan-jalan shopping barang kamu BEST giler! Tapi, after isi perut di Nando's. Mommy tak boleh jalan, mengeras saja dibahagian perut ni. Kejap-kejap mommy stuck, tertunduk-tunduk tahan serangan bertubi. Jalan apatah lagi. Terkengkang-kengkang you.

Tapi sempat lagi singgah Petaling Street, kuatkan mommy? Haha. Sampai di kedai, daddy dah tunggu. Balik rumah, mommy terus kemas rumah walau jalan pun tak berapa nak cun. Hee. Excited. Sebab lepas saja selesai kerja, mommy nak telek belek satu persatu barang comel kamu. Ya Allah, mommy teruja lagi.

Rasanya stok baju kamu sudah cukup. Cuma mommy perasan banyak belikan kamu rompers. Hee. Seronok betul pengalaman ni. Sakit suka duka. Namun mommy tahu ada ganjaran hebat menanti pasti. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk mommy lahirkan kamu nanti.


Note: Mak dan adik-adik terima kasih. Kasih sayang ini biarlah sampai daku tutup mata. Suami : kamulah yang paling Ok. :) 

Shopping for baby

Ahad Pertama kali membasuh baju kecil comel kamu en baby.

Kiri : First time membeli belah barang baby di Motherhood Expo 2011, Mid Valley. Mommy bersama nenek dan aunty kamu saja. Daddy? Daddy kena tinggal sebab banyak kerja. Mommy tak berapa sihat tapi bersungguh-sunghuh teruja mahu pergi. Sudahnya tidur malam tu, first time mommy kena cramp yang terlampau sakit dalam tidur.

Kanan : Sesudah membasuh buat kali pertama.

Kiri : Mothercare @ Mid Valley - nenek kamu suka dengan Rompers with hood tu *___*
Kanan : Pumkin Patch @ The Gardens Mid Valley - nenek kamu memang pandai memilih.

Kiri: Lupalah MotherLove ke apa @ Mid Valley
Kanan : Mamours @ Mid Valley

Semuanya milik kamu, aduhai baby RINDUnya mommy.

Mak, terima kasih

Hari Khamis, 17 Mac 1983.


Lahirlah mommy. Jadi hari ini adalah ulangtahun yang ke-28. Bagaimana entah mak lahirkan mommy dahulu, dalam keadaan amat susah ketika itu. 

Mak bercerita selalu, tidak dapat pun menyediakan satu kelengkapan apa pun untuk mommy lahir ke dunia. Ayah masih membanting tulang mencari rezeki. Alhamdulillah, apabila lahir saja mommy ke dunia, Tuhan itu Maha Kaya, Maha Agung. Datang seorang makhluk di bumi Tuhan ini, seorang tauke Cina memberi wang ringgit sebanyak 500. Syukur, rezeki kan. 

Indah, nyaman sejak bangun tidur awal subuh tadi. Segarnya. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmatMu, mommy dapat terus bernyawa malah ada pula kendong satu nyawa kecil didalam rahim ini. Subhanallah. ~Nikmat tahu ada kamu di dalam ini~. Walau banyaknya mommy tanggung sakit, tapi demi kamu mommy redha. Namun terkadang, tersasar juga mommy. Mujur ada daddy, selalu membantu ringankan apa yang patut. Hee.

Usai usia mommy kali ini, moga mommy dapat melahirkan kamu dengan selamat dan dipermudahkan segalanya. Cepatlah lahir, anakku
Mommy excited lebih, mahu tunjuk juga kamu semasa berada di alam rahim.



Nah, gambar di bawah untuk tatapan kamu nanti. Macam inilah mommy kamu bila hati tenang dan syukur pada nikmat Allah beri. Hee. Tidaklah, mommy hanya mahu tunjuk bagaimana glowingnya wajah mommy kandungkan kamu hampir 5 bulan ini. Sebelum ini, aduh pucat lesi muka mommy. 



Ingatlah anak, bukan mudah menjalani hidup di dunia ini. Saat apa pun datang, ujian mahupun rezeki dari Yang Maha Esa, terimalah seadanya. Syukurilah nikmat tuhan itu sayang. Walau jerih perit yang datang, hadaplah ia. Bukan semua kemahuan kita, kehendak kita dapat dilunaskan. Tuhan beri satu, kemudian ambil lagi yang satu. Syukurilah semua nikmat, sebelum semuanya pergi sayang. Mommy selalu sayang kamu.

Wordless Wednesday : Vol 3

My little baby :: in the making :: 21 weeks

Ayah dan Mak

Ayah dan Mak 
kasih sayang kedua duanya, tingginya melangit,
taruh lah apa pun, tiada mungkin yang bisa diberi sebagai ganti.


@ 10.17pm

Assalammualaikum baby,

Hai darling, mommy sayang you so much. Comel la you gerak gerak, cuit cuit, terkaih kaih dalam ni (it's that the word baby, hmm mommy belasah je)

Malam ni, mommy rindu sangat dengan dua orang insan yang amat besar peranannya dalam hidup mommy. Dua orang insan yang jaga mommy dari dalam perut, sampai mommy ada kamu pula sekarang ni.

Mommy rindu ayah (pada kamu panggilannya Atok maybe) tapi atok hanya akan ada dalam kenangan kamu saja, sebab atok sudah pergi ke makamnya sendiri. Al fatihah. (Mommy miss him so deeply)

Mommy juga rindu mak, walau selalu tak sebulu. Hee. Ah, mommy rindu family sebenarnya. Rindu semuanya. Sekarang mommy ada kamu yang sedang membesar setiap hari dalam rahim ni. Makin kuat rindu  pada mak (nenek-nanny-maktok-opah kamu, sayang). Segenap lingkup rasa pedih, perit, sakit, mual, indah, senyum segalanya yang mommy rasa saat hormon-hormon baru bergerak segenap ruang tubuh ini, membuatkan rindu ini makin membuak-buak

Baru sekarang mommy dapat rasa bagaimana mak menanggung selama ini. Hati ini jadi sayu, mengenangkan apa saja yang dapat mommy balas untuk mak. Memang tidak akan terbalas. Sebal rasanya, bila mana mengenangkan semua itu. Mommy menulis kerana rasa yang tidak terhingga ini, kerana rasa ini baru sekarang dapat mommy mengertikan. Mana tahu pula, kalau kamu membaca ruang rasa mommy ini kelak kan sayang? Mungkin kamu dapat mengerti akan serba sedikit.

Sekarang kamu makin aktif mencuit-cuit sana sini di dalam tu, kadang jelas kuat cuitan itu. Kadang itu, hanya seperti angin sepoi-sepoi bahasa. Pandai sajalah ibu kamu ini kan anak? Hari-hari, atau lebih tepat tiap waktu mommy fikirkan kamu. Macam-macam yang terlintas, yang lebih mengancam mommy, bagaimana kelak untuk mommy membesar dan mendidik kamu menjadi khalifah di bumi Tuhan ini. Tentang siapakah kamu? Macam-macam tentang. Mommy cuma mampu berdoa, saban waktu agar lahirlah kamu dengan sihat dan sempurna. Mommy juga harap agar Tuhan meniupkan segala sifat baik kepada kamu wahai anak.

Walau jelas, kehadiran kamu ditunggu-tunggu seluruh keluarga, lebih-lebih lagi mommy dan daddy sangatlah tidak bersabar terutamanya. Setiap hari mommy nantikan kamu. Indahnya detik ini, tak tahu mommy mahu tulis yang bagaimana. Semuanya dengan kuasa Allah, memberi dan menurunkan rezeki kepada kita. Mommy bersyukur dan menghargai saat indah ini. 

Dari saat mommy bagaikan mahu melompat dan teriak dengan hebat, sebab dapat tahu ujian kehamilan adalah positif. Sampai saat doktor mengesahkan mommy hamil 5 minggu, kemudian pada minggu ke-11 pula, mommy buat imbasan. Mommy lihat kamu, aktif sangat, tangan dan kaki kamu sudah terbentuk, saat dilihat kamu bagaikan mahu memberitahu mommy dan daddy bahawa kamu ok didalam ini, keriangan mungkin bila kami melihat kamu buat kali pertama, saat itu bagaikan magis dari Allah.

Mahu tidak menjerit, mujur ada doktor disitu. Kalau tidak memang mommy mahu jerit sakan, melompat suka tidak terhingga. Comel ok, magis yang indah pernah mommy ada dalam kehidupan ini. Kemudian pula saat minggu ke-20, mommy buat imbasan lagi. Rindu tahu, mahu lihat kamu. Mahu lihat bagaimana cepat kamu membesar. Resah gundah mahu lihat kamu, tidak dapat bersabar pun. Hee. Ya Allah waktu itu, kamu sudah membesar, tidak sekecil yang mommy lihat dulu. Semua sudah ada, hidung, mata, mulut, tulang belakang, semuanya lengkap. Alhamdulillah. Rasa mahu beli alat imbasan itu bawa balik rumah, tengok kamu selalu bila rindu. Hee.

En baby. You're so precious.
Mommy sangat sayang kamu.
Nanti kelak, pasti kamu juga akan sayang mommy dan daddy banyak-banyak.



You dont see, what i saw

Syukur Alhamdulillah, semuanya sihat.
Masyaallah, indahnya ciptaan Mu.

Indah tak terkata, semuanya sudah ada. Semuanya lengkap, Alhamdulillah. So you were XY, baby. Hee. Kepala kamu di bahagian kanan perut mommy, kaki kamu pula dibahagian tengah dibawah pusat. Kamu duduk serong, tapi doktor kata tidak mengapa. Sangat exaggerate. 

Baby, semoga perjalanan kamu ke alam ini dipermudahkan sayang. Mommy sayang kamu banyak sangat.


Yang penting sekarang, senanglah mommy pilih barang barang untuk kamu. Selalu sihat ye sayang. 






P.S: Mak, anakmu ini minta ampun dan maaf sebab kene bohong sunat. Suami suruh rahsiakan dahulu. Suprised katanya. Mak, kuatnya instinct mak kan? Keluar saja dari bilik doktor, mak terus call bertanya. Hee. Ampun mak. Mak, I love you so much. 

First Checkup DDMC


Karangan pendek, sebab mommy terlebih excited tengok newborn comel-comel ini.

Had a first checkup here. Kalau Tuhan beri daddy rezeki lebih-lebihan dari biasa, kalau mommy tiada apa mahu dirisaukan tentang bersalin yang dibedah-bedah itu. Insyaallah, di sinilah nanti tempat kamu lahir baby.

Hari ini mommy berasap sakan. Anak janganlah diturunkan kepada kamu sifat tidak sabar mommy ini. Sampai migrain dari siang tadi, mujur terlihat newborn yang super cantik-cantik ini. - Karya Allah. Hilang terus migrain, dari mata boleh buka sikit saja, sampai boleh buka besar-besar. Sumpah, newborn adalah terapi paling menyenangkan. Rindu betul bau baby

Baby, mommy love you so much.
Sent via BlackBerry from Maxis

Checkup 20 weeks

Pagi hari ni, fresh je. Awal mommy sampai hari ini. Habis checkup tadi 8.30 pagi.
Wow, 2 kali mommy timbang berat sebab terkejut. 50kg! What!
Asal saja kamu sihat, syukur alhamdulillah.
I love u baby.
Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday : Vol 2

My little baby :: in the making :: 20 weeks

Baby teman mommy sepanjang hari

Semalam genap 19 minggu, 5 hari.
Baby aktif je cuit cuit manja, buat aksi kuak lentang ye kat dalam ni.
Dari malam tadi around 8 sampai la saat sekarang ni.
So sweet, aktifnya anak mommy ni.

Baby Bumb : 17 weeks, 2 days

i love seeing you inside, every single time.

Wordless Wednesday : Vol 1

My little baby :: in the making :: 19 weeks





up