Baby Birthday Ticker Ticker

Checkup @ 35weeks

Assalammualaikum baby, 

Oh kamu sudah punya nama. Comel nama kamu. Minggu lepas hari Ahad. Confirmed. Mama tersangatlah suka. Dengan maksud nama yang baik-baik ini, mama harap kamu dapat menjalani kehidupan yang baik bila sahaja kamu melewati dunia baru ini. Seronok ke duduk dalam rahim mama, dah tak larat mama nak bawa. Cepat-cepat keluar ya, mama tak sabar. Geram tengok kaki comel kamu terbonjol-bonjol kick mama. Fuhhh, bukan main hebat lagi anak mama and baba ni bagi tendangan padu di rusuk kanan. Sakit.

Banyak perkara yang mama nak ceritakan, tapi mood untuk menulis adalah tidak lancar.


Mama buat rumusan sajalah, easy peasy kan?

Pagi hari tadi, jam 8 pagi mama dan baba ke Klinik Desa. Berat badan mama turun. Sekarang hanya 56.7kg saja. Tiga kali mama timbang. Selera makan memang teruk. Sangat teruk. Bukan tak boleh makan, tapi entahlah. Mama selalu nak makan ikan jenahak goreng, makan dengan nasi panas tambah kicap. Itu pun dah cukup menyelerakan.

Semalam mama muntah lagi, tengaharinya cuma dapat jamah 3 suap nasi dan malamnya hentam makan nasi lemak.

Nurse pesan banyakkan rehat, tarik nafas dan lepaskan perlahan. Jantung baby normal, HB mama pun OK, cuma kaki mama nampak firm katanya. Satu saja mama tanya, berat mama turun, adakah berat baby pun turun? Katanya tiada kesan. Alhamdulillah. Risau mama.

Terus ke rumusan..

Masuk saja trimester ketiga, mama rasa seronok sebab makin sihat dan cergas. Tapi tak lama bertahan.

31 minggu :: baba perasan ada tanda strechmark pada tepi pinggang mama, seterusnya bermukin di bahagian bawah perut. Mama tak dapat tengok, sebab rumah kamu besar. Hehe. Bila dapat lihat melalui cermin, aduhai cantiknya rumah kamu itu sayang. Dan seterusnya, perut mama mengenyam gatal, pabila tersarung saja seluar menutupi perut. Tak tertanggung gatalnya.

32 minggu :: mama dah start rasa contraction di bawah tu sejak bulan ke 7 lagi. Sakit tak terhingga. Baba kata   mama pegang lengan dia, macam nak terpatah. Kuatnya mama tahan sakit.

34 minggu :: mama diserang penyakit susah tidur. Semua posisi kamu marah, meronta dalam tu. Macam padang ragbi kamu buat perut mama ni, risau mama. Sakit yang teramat sangat. Kemudian hingga mama lupa bagaimana cara yang betul untuk bernafas, tersekat nafas mama. Nauzubillah. Dengan perut yang berombak-ombak, menahan sakit, dengan kekerapan pee. Kamu sudah 2.6kg. Comelnya.

35 minggu :: kalau tidur atau baring, mama mesti sendalkan bantal sebelah kiri dan kanan. Ramai orang tegur perut mama besar. 

32weeks

Semalam mommy checkup @ KD. Alhamdulillah berjalan lancar. But nurse beritahu perut mommy cekang. Ini tanda dah dekat untuk melahirkan kamu. Kaki mommy pun sembab.

Dan kamu, terlalu aktif didalam ini. Harapnya kamu tak apa-apa. Harapnya kamu sihat sempurna ye.

Mommy loves you. Baba pun sayang kamu.

Have fun : Learning

Mommy bought this for you. Nanti mommy tunjuk and we can have fun together. How I wish to gomol-gomol you baby.

I'm so in love with you my little baby. Muah.

Sent via BlackBerry from Maxis


up