Hai baby,
Asslammualaikum fruit-heart; -buah hati, pengarang jantung. *__*
Gambar di bawah, Selasa, 11 Oktober 2011
~pakchuk sedang melayan kamu, ada patut dijoget kan kamu seperti hip hop ketika gambar ini diambil.
Alahai gugur jantung mama, lihat kecomelan kamu.
Syukur, Alhamdulillah.
Hari ini, oh malam semalam kita bertidur dirumah nanny. Sebab hari ini check up 2bulan. Aduh, mama yang tak sanggup lihat jarum cucuk peha kamu.
Cepatnya baby membesar, kadang-kadang saja kamu buat rengekkan bayi seperti meminta susu, di jam 3.30pagi. Hue hue. Letih, tapi lihat kamu kekenyangan terubat!
Sekarang kamu sudah pandai beramah dengan semua, kamu suka senyum,suka bercakap go bulah, apakah itu baby? Comel!
Malam tadi juga, kamu meronta-ronta mahu berpusing. Mahu belajar meniarap, bravo.
Sejak seminggu ni, kamu sudah pandai ditidurkan sendiri, siap saja mama bedung separuh jalan kamu sudah sleep. Sudah tidak banyak membuat tangisan pilu. Mama jadi cepat gelabah bila kamu nangis. Paranoid.
Baby, mama masih belum sedar bahawa Allah telah anugerahkan hadiah terindah buat mama. Selalu, mama memikirkan, Ya Allah, sesungguhnya inilah hadiah teragung buatku. Mama sangat bersyukur adanya kamu.
Bila lihat muka kamu, kemudian pula kamu beri senyuman indah. Ya Allah, tak terhitung hati ini bersyukur. Maha Besar Allah, kurniakan buat mama.
Terima kasih baby, hadir dalam hidup mama.
Terima kasih, menjadi matahari mama ketika siang.
Terima kasih, menjadi bulan mama ketika malam,
Terima kasih, menjadi bintang mama selalu.
Terima kasih baby, hadir dalam hidup mama.
Subhanallah, terima kasih Allah.
Baby, kasih sayang mama buat kamu tidak akan mampu kamu hitung. Mama sayang dan kasih pada kamu.
Note:
10/10/2011- mama's weight, 43kg(berat ketika anak dara); berat selepas kahwin, 45kg
3/10/2011 - baby's weight, 5.5kg
Checkup with dr zarin zain, checked for your breathing, rashes, and fungus inside your mouth.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network