Baby Birthday Ticker Ticker

Balik kampung, visit Ipoh 9months

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

9months old

My sexy baby a, turn to 9months old today.

By the way, the picture taken below; 31 August 2011.
That was baby a at his 1 months age. So manja. I love u baby.

Mama doakan segala kebaikan dunia ini, menjadi bulatan dan kitaran didalam hidup kamu sayang. Semoga terus sihat, dijauhi segala kemungkaran, dilimpahi rezeki, dikurniakan akal fikiran yang bermanfaat buat kamu dan umat Islam sejagat.

Mama doakan agar kamu sentiasa bawa kasih sayang mama, baba, nanny, mommy ly, pakcuk, pakngah. Serta kaum keluarga yang lain.

Mama sentiasa berharap agar kamu sentiasa mendapat setinggi-tinggi rahmat dari Allah.

Tuhan tolong, lindungi anak kecilku ini. I love u, baby.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Salmon

Menu hari ini


Dah duduk la

macam best ni
happy
KLCC, redeem Shieseido.
Awal bulan ni or last month, duduk depan baba. Senget-senget.
This 2 weeks dalam rocker duduk saja. Susah mama nak suap makan tau.

Hari Isnin tu ke Ikea, mama teringin meatball dan almond choc. Mama duduk kan dalam high seat tu, suke dia. Cuba mama beli, for sure nangis minta dukung. Nak lepas.

Hari ni kita gi jumpa tok nyang. Rindu sangat mama ngan tok, semoga Allah melimpahkan setinggi-tinggi rahmat kepada atok. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dan murah rezeki selalu. Banyak sangat jasa tok, tak mampu mama balas. Hanya panjatkan syukur dapat terlebih-lebih kasih sayang dari tok dari kecil hingga dah tua ni.

Minggu ni mama dah buntu sikit nak masak untuk kamu, last week mama masak chicken with pumkin, apple, apricot, chicken stock, and tomato puree. Dapat around 4 days-meals. Masuk hari ketiga, nanny suap kamu menolak. Esoknya mama cuba pun macam tu,
Jadi this week, mama buat puree apple, roasted pumpkin, carrot, makan dengan oat. Hmm, suka dia. Hampir penuh mangkuk dia. So sweet la, boring rupanya.

Hari ni kita berdua saja tidur rumah nannny, baba kena tinggal sebab banyak kerja-luar. Nak balik kampung this coming Saturday-Sunday. Juz a short day. Sebab mama tak boleh tinggal kan office lama-lama.

Jadi esok, mama nak masak porridge brown rice, salmon+milk(fresh farm)+broccoli. Masak apa tengah fikir lagi, tengoklah bahan apa yang ada. Snek, pear saja.
Lain-lain, milk, milk,milk. Direct through mama's. Hik.

Oh semalam, mama tak boleh bangun lepas balik kerja. Dari pagi berdenyut-denyut kat pinggang ni. Tak larat sayang, 24/7 jaga putera hati. (Kamu)

Tapi happy tengok kamu besar depan mata, macam tak rela nak hadap bila kamu tiada depan mata. Dari dulu memang mama dah fikir, akan buat all out untuk kamu. Plus, kamu jadi bayi kecil-manis mama hanya buat seketika kan? So mama akan amati dan hayati moment enak ni. Tak lama lagi nak jadi toddler. Ish, rindunya baby-manis.

Kamu masih lagi tak reti using bottle. Tak suka juga minum air masak, always susu fresh mama.
Meniarap-combat lajunya. Ke dapur, nak duduk sebelah mama. Boleh pegang-pegang kaki mama.
Mulut ringan, dah macam-macam boleh sebut. Tapi tak pernah dengar satu patah pun yang mama sering lagukan dari bayi-manis sampailah bayi-masam. Heh!

Pandai tepuk tangan, pantanglah bunyi pok-amai-amai.

Bila buat-buat marah, Amboi, dia boleh tepuk tangan sambil senyum nakal. Noty!

Dah berjaya berdiri sambil pegang meja.

Manja, subhanallah. The power of love.
Boleh buat mama sedih tau. Air mata bertakung terus berlinang, heh, kamu lelaki tau. Dah besar tak mau buat macam tu ok?

Kalau sedang tido mama keluar dari bilik, bangun mencari. Nauzubillah, kasihnya mama pada kamu. Sayang tak da belah bagi. Sayang yang sangat sayang. Kamu ajar mama, macam-macam. Berbagai erti dan pengertian.

Baba selalu gelakkan mama, bila mama nak kamu sentiasa jadi bayi-kecil-manis mama. Tiap kali kamu capai apa jua milestones yang menunjukkan kematangan kamu, mama terharu. Walau badan dah macam retak-retak dibuatnya, berjaga malam, (oh, minggu akhir-akhir ni hanya bangu 2x) menjaga kamu, menatangi kamu, macam-macamlah emak-emak ni kena buat.

Mama tetap puas hati bila mana, anak mama hanya demam yang biasa-biasa saja. Sekali saja dilanda selsema, itupun yang biasa-biasa aja. Terhasil juga penat-lelah-pengorbanan.

Mama susukan kamu sudah hampir 9 bulan, genap 30 April ini. Alhamdulillah, moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat kamu. Semoga dengan kebaikkan yang kamu terima menjadikan kamu seseorang yang mencintai Ilmu, penuh kasih sayang to mama, baba, nanny dan semua kaum keluarga serta sahabat. Nanti, semoga kamu menjadi anak yang baik budi perkerti. Hormat dan patuh.
Semoga segala kebaikkanNYA, tersemat di hati kamu.

Oh semalam dapat fotobook kamu, tunjuk gambar baba. Rindu ye!

Jom doa, semoga baba dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kasih sayang yang tidak terhingga untuk kita, dijauhi segala hasad dengki dan perkara buruk-buruk. Amin. We love u, baba.
Baba, layan kamu. Sungguh la sweet. Gomol kamu cium banyak-banyak pun tak pernah. Lemah lembut melayani kamu. Bila mama tanya kenapa? Takut kamu sakit. Hehe.
Sweet kan, untung kamu.

Mama manjakan kamu sangat, risau juga. harap sangat cara mama didik kamu dengan kelembutan membuat kan kamu bahagia selalu.

Anak, mama dan baba kasih akan kamu. Sampai bila pun.

Bonding

mama sakit belakang ye, meh baby urut. 
Ruang tamu dah jadi playground untuk baby mama ni. Nampak tak gambar tu, baba selalu jealous. Baby tak buat baba macam tu.

Poor baba.

Bila mama join baring-baring mesti baby datang main kat tepi mama. Tak pergi jauh.

Belum pun setahun jagung


Baru 8bulan 17hari today.

Hari-hari mama rindukan kamu yang masih segar. Enak sangat bau kamu ketika itu.

Sekarang pun masih tiap ketika lagi diulit mama.
Makin hari makin manja. Kadang-kadang buat mama sayu, kalaulah ajal menjemput mama, dapat ke baby bertahan juga. Ya Allah, peliharalah bayiku
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

My little baby boy

I love u, baby.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Forget the Mr baby Bee

mood merundum, menjerit nangis berlinang mama mama
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Foto baby shoot

1.30pm till 3.18pm.

Lelah, nak buat baby senyum. Heee.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Salmon; Pumpkin; Broccoli

7 April 2012, selesai siapkan makanan baby.

Last week, that was on Sunday mama sediakan chicken meat. Untuk pertama kali. Hari ini stok makanan semua dah habis. Alhamdulillah, baby suka. Poo poo pun ok, no allergic and all. Syukur lah. Mama renjis juga Organic Extra olive virgin oil.

8 April 2012, midnite

Salmon, pumpkin, dan broccoli potong kecil-kecil
Panaskan minyak olive.
Masukkan salmon, pumpkin dan broccoli.
Kacau sebati dgn minyak.
Aroma salmon naik time ni, masukan susu ducth lady full cream lebih krg 200ml, atau ikut secukupnya.
Kacau, tutupkan, hingga mendidih. Lebih kurang 10-15min.

Sejukkan, blender add on sekali cheese. Utk 8bulan ni mama juz blendkan a minutes. That is ok, supaya baby biasa dgn struktur kasar.

Done, biarkan sejuk, then after masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.

Terus simpan didalam freezer.

Pagi esoknya, 9 April 2012.
Panaskan food,

Suap kat baby, terus ada merah-merah disekeliling mulut, but not to panic. Sebab 30min after dah hilang.

Lunch, makan salmon. Sama, merah-merah keluar lagi. But then hilang.

Dinner, dah tiada merah-merah. Alhamdulillah.

Ayah { Rindu dalam-dalam }

4 tahun dah.

2 April 2008 - 2 April 2012m

Hai la rindu, menyapa tak kenal penat.
Rindu datang, bertamu air mata dalam hati.
Kadang terenjis merembes keluar dari takungan yang dalam,

Apa jua kalam, tak kan mampu buat rindu jadi bahagia.
Rindu hanya bawa derita hati sengsara.

Namun itu fitrah.

Ayah, senyum mu lekat dalam hati.
Lelah mu, berjalan sealiran urat.

Pergimu tak akan kembali,
Pasti nanti anak mu datang bertamu nanti.

Bayi kecil sudah 8 bulan.
Sudah bijak.

Persis datuknya.
Banyak perkara.

Amy rindu ayah sangat-sangat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

up