Baby Birthday Ticker Ticker

Baby running nose and still dedar

Hate those thing. Kesian baby. Running nose larilah tempat lain. Pergi kat awan ke, turunkan hujan. Biar pokok tumbuh banyak, bumi pun jadi sejuk.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Party time, mama going crazy

Hari yang baby demam panas, hari yang sama mama got running nose and cough.

Kepala pun berat dan rasa sakit.
Tapi kena gagahkan jugalah, baby dah start mengerang and a bit cranky.

Lepas saja emergency ke klinik awal pagi tu, baby makin manja. Mama nak minta ubat tapi bila fikir nanti ngantok, lupakan saja. Siapa nak berjaga bila baby nak susu kan?

Sampai rumah baby tidur, panas pun mula slowly cool. Mama set alarm 340am, untuk bagi ubat. Alhamdulillah, baby semakin ok. Dan takda demam dah. Syukur.

Pagi tu, waktu mama mamai ngantok. Baby main koyak tisu, then mama amek, nangis.

Bila dah bangun tu, mama tengok banyak tisu dicarik halus-halus. Mean time mama tido baby ada party tisu ye?

Baba cuba bagi tisu, nak tengok baby masuk mulut tak. Depan mata ni memang taklah.

Hari ni, baru ok sikit badan dan kepala mama. Mama jadi cepat marah. Dengan semua termasuk kamu. Tak elok benar, sedih. Bila pandang mata kamu, nampak yang kamu terlalu percaya mama akan bersikap lembut, layan kamu lemah lembut seperti selalu.

Mama minta maaf hilangkan rasa selamat itu. Pandangan mata kamu, buat mama sedih sangat. Mama akan cuba, simpan marah tu. Be nice tau.

Mama memang tak boleh tolerate bile sakit belakang dan kepala yang memuncak. Badan mama bahagian belakang macam kene hempuk dengan batu. Kepala mama berat macam tak tahu nak rasa apa.

Kamu pula dah semakin aktif, suka datang kat mama, buat lasak, renyah badan mama. Bayanglah tangan kecil kamu tekan mama pun dah rasa sakit sangat.

Mama harap sangat baby sentiasa sihat. Amin.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Chicken Pie

Sedapnya kentang lenyek digaul dengan cheese brand bega. Dah rasa macam makanan yang mama suka.

Hope baby mama suka.

Demam dah kebah hari Isnin pagi tu. Tengahari demam semula tapi tak tinggi.

Mama pula yang macam dah demam-tapi tak demam.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Demam lagi

Diary semalam that time mama bawa baby masuk bilik dan tidurkan, mama dah rasa badan panas, mama fikir bahang panas cuaca. Bila bf, panas badan makin ok. Tinggal kepala saja yang panas.

Mama terfikir demam ke? Sebab baby aktif macam biasa, makan dan susu macam biasa. Patutlah bila tidur tahu saja mama nak bangun tinggalkan dia.

Baby maybe start demam around 3pm. Around 4pm till 530pm nap sekejap. That time mama masuk bilik, dengan muka sedih, air mata mangalir berpusing-pusing cari mama. Kesian sayang mama.

Time tu mama terkejut badan baby panas tiba-tiba. MaMa terus lap-lapkan. Terus siap nak ambil ubat kat umah kita then singgah ofis untuk ambil thermometer.

Cek suhu, 38.6 c memah dah demam. Sampai rumah lap-lap lagi, buka baju baby, then lekap-lekap kan kain basah. Rasa reda sikit @8pm. Bacaan 37.1 dah tak demam.

Mama buat puding karemel, baby main-main. @9++ mama rasa badan macam panas semula. Bacaan 36.8c, ok tak demam.

Baba sampai tak lama tu, main-main excited giggles. Kesian baby rindu ye. Then after baby demam semula 37.8c. Tapi baby still active. Bravo, anak mama kuat kan?

Sementara nak tunggu 1245am untuk ambil ubat, demam baby naik lagi. Tapi still nak bermain dengan semua orang. Laju duduk, meniarap macam combat.

selepas bagi ubat, semua orang masuk tidur mama masih duduk atas kerusi nak lap dengan kain sambil bf kamu. Makin panas dan mengerang pula. Risaunya.

Sepanjang malam muka merah dengan bibir merah. Kesian.

Mama tak sedap hati, sukat lagi 39c terus ke klinik.

Dr punyalah tak membantu. Dia suruh mama tengok tekak baby merah. Suhu 39.3C. Kene masuK ubat pcm tu kat bonbon, ish. Poor baby.

Dr pesan after 2hrs masukan lagi, tapi time tu badan baby dah ok.

Pagi ni bangun, badan baby masih panas.


Sekarang baby mengempeng dan tak mahu mama lepaskan dia.

Cepat sihat ye sayang.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, baba not coming home yet

Malam tadi after a few trial put you to sleep, at last mama masuk bilik susukan kamu then buat-buat tidur. Tidurlah si putera hati mama ni.

Bukan main susah nak tidur, if dapat bermalam rumah nanny kan. So much fun here, ye? Ramai lagi tempat kamu untuk bermanja. Beruntungnya anak mama ni. Mama pun cukuplah beruntung ada kamu temani mama every seconds.
I love you baby.

Baba call malam tadi, beritahu dah sampai kampung after a long trip. Sadly kamu dah pun tidur.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Night 2 without baba, KL Festival City

Balik kerja, after maghrib terus heading to The Kitchen Shop. Mama nak cari barang baking, but tak memenuhi impian pun.

Baby happy saja, terkekek dalam parkson yang sunyi. Giggles with mommy and nanny.

Mama naikkan baby atas zebra, hehe. Suka. Tersenyum-senyum.

Masuk dalam kereta nangis nak main stereng. Bagi sekejap macam bawak treler. Then mama pujuk bagi susu, terus lena. Siang kamu tidur sekejap saja. Risau mama. Active!

Sampai kedai makan pun kamu tidur lagi, walaw berpas tangan yang memeluk. Penat ye?

Sampai rumah puin masih terlenagi, bila standby letak atas toto, kamu senyum-senyum. Mimpi barangkali, no? Rupanya tidur ayam. Haha. Noty.

Terus kamu bangun, main tak nak tido around 3 pagi.
Sekarang mama ting tong berat kepala, macam kena hempuk.

Mama mengadu hal kamu pada baba, baba call bila baba cakap dengan kamu, diciumnya skrin bb mama. Aduhai, rindu ya?


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Baby miss baba, Perlis, Kedah, Penang

This handsome baby, rindu baba dia.

Menangis tak ketahuan. At last mama call baba, hmm buat muka merajuk, and crying lagi.

After that, baru ok. Terus habis 1 mangkuk bubur brown rice+roasted pumpkin+beef+and broccoli. Alhamdulillah.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

up