Baby Birthday Ticker Ticker

Masak di hari minggu.

Hari minggu selalunya best, sebab mama berdiri buat kerja dari pagi hingga petang, rehat2 sambung sampai malam.

Kadang-kadang je.

Minggu ni best, mama belajar buat sambal belacan.

Belacan sedikit
Bawang besar 1/2 biji dibakar
Cili api segengam
Cili merah 2 biji
Gula 1.5 sudu

Semuanya ditumbuk, kemudian perah air asam limau.

Baby pula, happy bermain-main dengan baba, tak pedulikan mama macam selalu. Main makan, main dan makan.

At last dah kenyang. Mama susukan. Terus tidur sampai sekarang.

Baby, I love u so much.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Resipi Nasi Lemak.

Seronoknya bila cubaan pertama kali menjadi.

Resipi Nasi Lemak.

Bawang merah 5 biji (dihiris)
Sedikit halia 1 inci
Daun Pandan 3 helai (disimpul)
Beras 5 pot (untuk periuk sedang)
Santan 5 cawan ( ikut sukatan beras)
Sedikit garam

Kesemua bahan dicampur dan digaul rata.

Resipi Sambal tumis Ikan Bilis

Ikan bilis 7 gemgam ( digoreng garing)
Minyak (selepas goreng ikan bilis, minyak pastikan banyak, petua untuk sambal cantik)
Bawang Merah (banyak lagi elok) 20 biji
Bawang putih 8 biji
Asam keping 2 kpg
Air satu cawan
Gula 1 1/2 sudu
Bwg besar ( kalau masuk ni, sambal akan jadi kering sedikit)
Cili kering ( 5 senduk )

Bwg merah + bwg putih + belacan + garam 1 sudu kecil di tumbuk lumat.

Goreng ikan bilis, pastikan lebihan minyak cukup untuk menumis (boleh tambah)

Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar. Pastikan juga minyak cukup untuk tumis cili, biar sambal jadi cantik berminyak.

Tumis lama hingga cili pekat, dan masukkan air dan asam keping.

Masukkan gula, kacau rata,
Masukkan ikan bilis goreng.

Ps: nak letak bawabg besar yang dihiris, sambal akan jadi sikit. So tak sesuai untuk buat sambal nasi lemak.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Ramadhan 1433 Hijrah

2012
2011
2010
2009
2008

Sudah 5 kali bertamu dan berlalu Ramadhan nan mulia. Sungguh rinduku tak bertepi akan Ayah tercinta.
Sungguh sungguh ku merindui kehadiran Ayah tersayang.

Walau masih punya mak,
Sudah ditemani suami,
Telah bergelar mama,
Masih ada adik beradik.

Namun masih ada kekosongan, tak kan ada galang ganti.
Tiada apa yang boleh menutup luka rindu ini.

Rindu Ayah...
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Baby running nose and still dedar

Hate those thing. Kesian baby. Running nose larilah tempat lain. Pergi kat awan ke, turunkan hujan. Biar pokok tumbuh banyak, bumi pun jadi sejuk.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Party time, mama going crazy

Hari yang baby demam panas, hari yang sama mama got running nose and cough.

Kepala pun berat dan rasa sakit.
Tapi kena gagahkan jugalah, baby dah start mengerang and a bit cranky.

Lepas saja emergency ke klinik awal pagi tu, baby makin manja. Mama nak minta ubat tapi bila fikir nanti ngantok, lupakan saja. Siapa nak berjaga bila baby nak susu kan?

Sampai rumah baby tidur, panas pun mula slowly cool. Mama set alarm 340am, untuk bagi ubat. Alhamdulillah, baby semakin ok. Dan takda demam dah. Syukur.

Pagi tu, waktu mama mamai ngantok. Baby main koyak tisu, then mama amek, nangis.

Bila dah bangun tu, mama tengok banyak tisu dicarik halus-halus. Mean time mama tido baby ada party tisu ye?

Baba cuba bagi tisu, nak tengok baby masuk mulut tak. Depan mata ni memang taklah.

Hari ni, baru ok sikit badan dan kepala mama. Mama jadi cepat marah. Dengan semua termasuk kamu. Tak elok benar, sedih. Bila pandang mata kamu, nampak yang kamu terlalu percaya mama akan bersikap lembut, layan kamu lemah lembut seperti selalu.

Mama minta maaf hilangkan rasa selamat itu. Pandangan mata kamu, buat mama sedih sangat. Mama akan cuba, simpan marah tu. Be nice tau.

Mama memang tak boleh tolerate bile sakit belakang dan kepala yang memuncak. Badan mama bahagian belakang macam kene hempuk dengan batu. Kepala mama berat macam tak tahu nak rasa apa.

Kamu pula dah semakin aktif, suka datang kat mama, buat lasak, renyah badan mama. Bayanglah tangan kecil kamu tekan mama pun dah rasa sakit sangat.

Mama harap sangat baby sentiasa sihat. Amin.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Chicken Pie

Sedapnya kentang lenyek digaul dengan cheese brand bega. Dah rasa macam makanan yang mama suka.

Hope baby mama suka.

Demam dah kebah hari Isnin pagi tu. Tengahari demam semula tapi tak tinggi.

Mama pula yang macam dah demam-tapi tak demam.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Demam lagi

Diary semalam that time mama bawa baby masuk bilik dan tidurkan, mama dah rasa badan panas, mama fikir bahang panas cuaca. Bila bf, panas badan makin ok. Tinggal kepala saja yang panas.

Mama terfikir demam ke? Sebab baby aktif macam biasa, makan dan susu macam biasa. Patutlah bila tidur tahu saja mama nak bangun tinggalkan dia.

Baby maybe start demam around 3pm. Around 4pm till 530pm nap sekejap. That time mama masuk bilik, dengan muka sedih, air mata mangalir berpusing-pusing cari mama. Kesian sayang mama.

Time tu mama terkejut badan baby panas tiba-tiba. MaMa terus lap-lapkan. Terus siap nak ambil ubat kat umah kita then singgah ofis untuk ambil thermometer.

Cek suhu, 38.6 c memah dah demam. Sampai rumah lap-lap lagi, buka baju baby, then lekap-lekap kan kain basah. Rasa reda sikit @8pm. Bacaan 37.1 dah tak demam.

Mama buat puding karemel, baby main-main. @9++ mama rasa badan macam panas semula. Bacaan 36.8c, ok tak demam.

Baba sampai tak lama tu, main-main excited giggles. Kesian baby rindu ye. Then after baby demam semula 37.8c. Tapi baby still active. Bravo, anak mama kuat kan?

Sementara nak tunggu 1245am untuk ambil ubat, demam baby naik lagi. Tapi still nak bermain dengan semua orang. Laju duduk, meniarap macam combat.

selepas bagi ubat, semua orang masuk tidur mama masih duduk atas kerusi nak lap dengan kain sambil bf kamu. Makin panas dan mengerang pula. Risaunya.

Sepanjang malam muka merah dengan bibir merah. Kesian.

Mama tak sedap hati, sukat lagi 39c terus ke klinik.

Dr punyalah tak membantu. Dia suruh mama tengok tekak baby merah. Suhu 39.3C. Kene masuK ubat pcm tu kat bonbon, ish. Poor baby.

Dr pesan after 2hrs masukan lagi, tapi time tu badan baby dah ok.

Pagi ni bangun, badan baby masih panas.


Sekarang baby mengempeng dan tak mahu mama lepaskan dia.

Cepat sihat ye sayang.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, baba not coming home yet

Malam tadi after a few trial put you to sleep, at last mama masuk bilik susukan kamu then buat-buat tidur. Tidurlah si putera hati mama ni.

Bukan main susah nak tidur, if dapat bermalam rumah nanny kan. So much fun here, ye? Ramai lagi tempat kamu untuk bermanja. Beruntungnya anak mama ni. Mama pun cukuplah beruntung ada kamu temani mama every seconds.
I love you baby.

Baba call malam tadi, beritahu dah sampai kampung after a long trip. Sadly kamu dah pun tidur.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Night 2 without baba, KL Festival City

Balik kerja, after maghrib terus heading to The Kitchen Shop. Mama nak cari barang baking, but tak memenuhi impian pun.

Baby happy saja, terkekek dalam parkson yang sunyi. Giggles with mommy and nanny.

Mama naikkan baby atas zebra, hehe. Suka. Tersenyum-senyum.

Masuk dalam kereta nangis nak main stereng. Bagi sekejap macam bawak treler. Then mama pujuk bagi susu, terus lena. Siang kamu tidur sekejap saja. Risau mama. Active!

Sampai kedai makan pun kamu tidur lagi, walaw berpas tangan yang memeluk. Penat ye?

Sampai rumah puin masih terlenagi, bila standby letak atas toto, kamu senyum-senyum. Mimpi barangkali, no? Rupanya tidur ayam. Haha. Noty.

Terus kamu bangun, main tak nak tido around 3 pagi.
Sekarang mama ting tong berat kepala, macam kena hempuk.

Mama mengadu hal kamu pada baba, baba call bila baba cakap dengan kamu, diciumnya skrin bb mama. Aduhai, rindu ya?


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Baby miss baba, Perlis, Kedah, Penang

This handsome baby, rindu baba dia.

Menangis tak ketahuan. At last mama call baba, hmm buat muka merajuk, and crying lagi.

After that, baru ok. Terus habis 1 mangkuk bubur brown rice+roasted pumpkin+beef+and broccoli. Alhamdulillah.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Happy 10th months old Hensem

Mama sayang kamu. 

Almost 10months

Hai sayang,

Mama cooked Puding Oat with yogurt and raisin.
Balik kerja, siap-siap food baby. Terus baba suapkan.

Sedapkan, comel. Baby makan siap buat muka and ketap-ketap sudu.

Then mama also cooked

Chiken + puree broccoli + puree apple + chicken stock + tomato sauce. And 2 diced garlic with half onions.

Then baked for 20min, top up with cheese.

Happy bila u enjoy the food.

I love u so much.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Melekap

A lots. Sekarang bila bf, tak mahu lepas.
Bila letak, merengek-rengek.

Buat mama terharu sangat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

My favorite in every steps

Semoga kamu membesar dengan banyaknya kasih mama dan baba, untuk kamu bawa didalam hati kemana saja.

Semoga dilindungi dibawah lindungan rahmat Allah.

Mama dan baba, sayang kamu amat!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

I love u, baby boo

I love baba,
I love u munchkin..

Kamu dah semakin lasak, a bit nakal too.
But jangan risau, mama sayang kamu banyak. Always and stay forever baby!


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Happy Mothers Day

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

My love for you baby, always

Besar dan panjang dah anak mama seorang ni.

# bijak sangat
# breakfast lambat sikit tadi, while eating fall asleep
# naik kereta mesti main steering, sometimes tak mahu lepas
# lasak, laju saja meniarap keliling ofice mama.
# sejak minggu ni, tidur malam awal macam infant dulu.
# manja

I love u, darling baby
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sakit teruk hati mama

Bukan dengan baby.
Baby mama alhamdulillah, dah laju saja makan.
Hari ni mama ada sediakan sweet potato sebagai snek.
Laju saja dia makan.
Yang mama masak malam semalam pun, semangat baby mama.

Mama sedh sangat tengok video, bayi didera. Tergamaknya disakiti tubuh kecil yang comel tu. Luruh hati mama. Hanya mampu berdoa agar bayi itu dilindungi Allah, cukuplah derita yang ditanggung.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Introduce meat

Alhamdulillah.

1. Start 7 Mei 2012, mama kena cooking at nite right after balik visit tok-moyang saya dihospital.
2. Daging hiris kecil hingga hancur.
3. Bawang putih 1 biji, cincang.
4. Heat oil leave add on unsalted butter sekali, add garlic tumis hingga naik bau.
5. Masukkan beef supaya bau garlic+butter blend sekali. Wangi
6. Masukkan air. (Ikut keperluan)
7. Hingga daging empuk.

8. Second, porridge.
9. Tumis garlic+onion, with unsalted butter, sampai naik bau.
10. Masuk halia, masuk brown rice.
11. Tambah air.
12. Masuk sikit sikit air rebusan daging.
13. Bubur dah jadi, masuk carrot + kacang peas + bayam.

14. Oh sambil tu, mama baked pumpkin.
15. Tambah semuanya. Sedap.

16 tiada allergic, baby pun makan dengan happy.

Alhamdulillah.

Note: mama pening teruk siang tadi, mood mama pun tak stabil, sebab belakang mama pun sakit sama. Mama stress sedikit bila saya terlampau manja, mama jadi nak marah dan termarah saya. Saya menangis jerit-jerit. Protes!

Berulang kali mama minta maaf dan minta saya tolong mama. Sebab mama tak tahan rase beban dikepala dan badan. Kesian mama saya.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Hujung minggu yang pendek

Setiap bulan, atau setiap dua minggu. Mama gelisah cari resipi baru untuk cuba. Dulu sikit pun saya tak bazirkan apa saja yang mama masak.

Tapi sekarang mama stress genap 9 bulan makin menjadi selera saya hilang. Saya excited dengan food, tapi bila mama suap. Saya akan menunjukkan food tu sangat yakky (tak sedap). Mama tak mahu paksa, tapi mama cuba lagi pujuk saya. Mama sendiri rasa kesian untuk suap saya.

Semalam baba suap saya kek kramel, mama berdoa saja, pujuk diri, secebis saja. Mungkin tiada effect. Sekali merah sekeliling mulut. Hee.

Pagi tadi, mama suap roti telur bahagian kuning, mama redha saja, dalam hati doa dan bertawakal supaya tiada apa kemudaratan pada saya.

Oh pagi tadi mama masak, brown rice + beef + pumpkin + carrot. Sedap tapi saya tak mahu.

Sakit belakang mama masih tak kurang, malah menjadi. Sekali package sakit kepala.

Tok nyang saya sakit, kejang kaki malam semalam. Siangnya semput.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Oat with apricot and raisins

Mama dah siapkan sarapan untuk esok.

Rolled oat (organic)
Dried apricot (organic)
Raisin (organic)


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

9months sangat lain

Sejak masuk 9 bulan, saya buat mama a bit tiring. Sikit saja.

Saya dah pandai nangis sebab mama nak dukung saya saja, mama sometimes tak bagi saya play kat lantai. Saya a bit noty, berpusing-pusing sampai mama lembik tak larat nak bertahan lama dukung saya. Tangan mama sampai sekarang lenguh dan tergeliat.

Bila dalam kereta, setiap pagi baba akan let me drive. Eh tak test drive saja, pegang steering, pastu sekarang dah pandai picit button kiri kanan dengan sekuat hati.

Bila kena tunggu dalam kereta dengan mama, kesian mama. Saya nangis-nangis nak juga main steering. Mama pujuk dengan lagu ABC. Tak layan dah.

Sejak balik dari kampung, saya dan mama duduk rumah nanny pula. Jadi mama kenalah masak everyday, porridge with sweet potato and broccoli. Saya tak lalu makan, I want puree. Hee. Kesian kat saya. Mama pun sedih tengok saya tak lalu makan.

Hari ni dah balik rumah, mama janji nak masak oat. Yeah. I love.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Balik kampung, visit Ipoh 9months

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

9months old

My sexy baby a, turn to 9months old today.

By the way, the picture taken below; 31 August 2011.
That was baby a at his 1 months age. So manja. I love u baby.

Mama doakan segala kebaikan dunia ini, menjadi bulatan dan kitaran didalam hidup kamu sayang. Semoga terus sihat, dijauhi segala kemungkaran, dilimpahi rezeki, dikurniakan akal fikiran yang bermanfaat buat kamu dan umat Islam sejagat.

Mama doakan agar kamu sentiasa bawa kasih sayang mama, baba, nanny, mommy ly, pakcuk, pakngah. Serta kaum keluarga yang lain.

Mama sentiasa berharap agar kamu sentiasa mendapat setinggi-tinggi rahmat dari Allah.

Tuhan tolong, lindungi anak kecilku ini. I love u, baby.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Salmon

Menu hari ini


Dah duduk la

macam best ni
happy
KLCC, redeem Shieseido.
Awal bulan ni or last month, duduk depan baba. Senget-senget.
This 2 weeks dalam rocker duduk saja. Susah mama nak suap makan tau.

Hari Isnin tu ke Ikea, mama teringin meatball dan almond choc. Mama duduk kan dalam high seat tu, suke dia. Cuba mama beli, for sure nangis minta dukung. Nak lepas.

Hari ni kita gi jumpa tok nyang. Rindu sangat mama ngan tok, semoga Allah melimpahkan setinggi-tinggi rahmat kepada atok. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dan murah rezeki selalu. Banyak sangat jasa tok, tak mampu mama balas. Hanya panjatkan syukur dapat terlebih-lebih kasih sayang dari tok dari kecil hingga dah tua ni.

Minggu ni mama dah buntu sikit nak masak untuk kamu, last week mama masak chicken with pumkin, apple, apricot, chicken stock, and tomato puree. Dapat around 4 days-meals. Masuk hari ketiga, nanny suap kamu menolak. Esoknya mama cuba pun macam tu,
Jadi this week, mama buat puree apple, roasted pumpkin, carrot, makan dengan oat. Hmm, suka dia. Hampir penuh mangkuk dia. So sweet la, boring rupanya.

Hari ni kita berdua saja tidur rumah nannny, baba kena tinggal sebab banyak kerja-luar. Nak balik kampung this coming Saturday-Sunday. Juz a short day. Sebab mama tak boleh tinggal kan office lama-lama.

Jadi esok, mama nak masak porridge brown rice, salmon+milk(fresh farm)+broccoli. Masak apa tengah fikir lagi, tengoklah bahan apa yang ada. Snek, pear saja.
Lain-lain, milk, milk,milk. Direct through mama's. Hik.

Oh semalam, mama tak boleh bangun lepas balik kerja. Dari pagi berdenyut-denyut kat pinggang ni. Tak larat sayang, 24/7 jaga putera hati. (Kamu)

Tapi happy tengok kamu besar depan mata, macam tak rela nak hadap bila kamu tiada depan mata. Dari dulu memang mama dah fikir, akan buat all out untuk kamu. Plus, kamu jadi bayi kecil-manis mama hanya buat seketika kan? So mama akan amati dan hayati moment enak ni. Tak lama lagi nak jadi toddler. Ish, rindunya baby-manis.

Kamu masih lagi tak reti using bottle. Tak suka juga minum air masak, always susu fresh mama.
Meniarap-combat lajunya. Ke dapur, nak duduk sebelah mama. Boleh pegang-pegang kaki mama.
Mulut ringan, dah macam-macam boleh sebut. Tapi tak pernah dengar satu patah pun yang mama sering lagukan dari bayi-manis sampailah bayi-masam. Heh!

Pandai tepuk tangan, pantanglah bunyi pok-amai-amai.

Bila buat-buat marah, Amboi, dia boleh tepuk tangan sambil senyum nakal. Noty!

Dah berjaya berdiri sambil pegang meja.

Manja, subhanallah. The power of love.
Boleh buat mama sedih tau. Air mata bertakung terus berlinang, heh, kamu lelaki tau. Dah besar tak mau buat macam tu ok?

Kalau sedang tido mama keluar dari bilik, bangun mencari. Nauzubillah, kasihnya mama pada kamu. Sayang tak da belah bagi. Sayang yang sangat sayang. Kamu ajar mama, macam-macam. Berbagai erti dan pengertian.

Baba selalu gelakkan mama, bila mama nak kamu sentiasa jadi bayi-kecil-manis mama. Tiap kali kamu capai apa jua milestones yang menunjukkan kematangan kamu, mama terharu. Walau badan dah macam retak-retak dibuatnya, berjaga malam, (oh, minggu akhir-akhir ni hanya bangu 2x) menjaga kamu, menatangi kamu, macam-macamlah emak-emak ni kena buat.

Mama tetap puas hati bila mana, anak mama hanya demam yang biasa-biasa saja. Sekali saja dilanda selsema, itupun yang biasa-biasa aja. Terhasil juga penat-lelah-pengorbanan.

Mama susukan kamu sudah hampir 9 bulan, genap 30 April ini. Alhamdulillah, moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat kamu. Semoga dengan kebaikkan yang kamu terima menjadikan kamu seseorang yang mencintai Ilmu, penuh kasih sayang to mama, baba, nanny dan semua kaum keluarga serta sahabat. Nanti, semoga kamu menjadi anak yang baik budi perkerti. Hormat dan patuh.
Semoga segala kebaikkanNYA, tersemat di hati kamu.

Oh semalam dapat fotobook kamu, tunjuk gambar baba. Rindu ye!

Jom doa, semoga baba dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kasih sayang yang tidak terhingga untuk kita, dijauhi segala hasad dengki dan perkara buruk-buruk. Amin. We love u, baba.
Baba, layan kamu. Sungguh la sweet. Gomol kamu cium banyak-banyak pun tak pernah. Lemah lembut melayani kamu. Bila mama tanya kenapa? Takut kamu sakit. Hehe.
Sweet kan, untung kamu.

Mama manjakan kamu sangat, risau juga. harap sangat cara mama didik kamu dengan kelembutan membuat kan kamu bahagia selalu.

Anak, mama dan baba kasih akan kamu. Sampai bila pun.

Bonding

mama sakit belakang ye, meh baby urut. 
Ruang tamu dah jadi playground untuk baby mama ni. Nampak tak gambar tu, baba selalu jealous. Baby tak buat baba macam tu.

Poor baba.

Bila mama join baring-baring mesti baby datang main kat tepi mama. Tak pergi jauh.

Belum pun setahun jagung


Baru 8bulan 17hari today.

Hari-hari mama rindukan kamu yang masih segar. Enak sangat bau kamu ketika itu.

Sekarang pun masih tiap ketika lagi diulit mama.
Makin hari makin manja. Kadang-kadang buat mama sayu, kalaulah ajal menjemput mama, dapat ke baby bertahan juga. Ya Allah, peliharalah bayiku
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

My little baby boy

I love u, baby.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Forget the Mr baby Bee

mood merundum, menjerit nangis berlinang mama mama
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Foto baby shoot

1.30pm till 3.18pm.

Lelah, nak buat baby senyum. Heee.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Salmon; Pumpkin; Broccoli

7 April 2012, selesai siapkan makanan baby.

Last week, that was on Sunday mama sediakan chicken meat. Untuk pertama kali. Hari ini stok makanan semua dah habis. Alhamdulillah, baby suka. Poo poo pun ok, no allergic and all. Syukur lah. Mama renjis juga Organic Extra olive virgin oil.

8 April 2012, midnite

Salmon, pumpkin, dan broccoli potong kecil-kecil
Panaskan minyak olive.
Masukkan salmon, pumpkin dan broccoli.
Kacau sebati dgn minyak.
Aroma salmon naik time ni, masukan susu ducth lady full cream lebih krg 200ml, atau ikut secukupnya.
Kacau, tutupkan, hingga mendidih. Lebih kurang 10-15min.

Sejukkan, blender add on sekali cheese. Utk 8bulan ni mama juz blendkan a minutes. That is ok, supaya baby biasa dgn struktur kasar.

Done, biarkan sejuk, then after masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.

Terus simpan didalam freezer.

Pagi esoknya, 9 April 2012.
Panaskan food,

Suap kat baby, terus ada merah-merah disekeliling mulut, but not to panic. Sebab 30min after dah hilang.

Lunch, makan salmon. Sama, merah-merah keluar lagi. But then hilang.

Dinner, dah tiada merah-merah. Alhamdulillah.

Ayah { Rindu dalam-dalam }

4 tahun dah.

2 April 2008 - 2 April 2012m

Hai la rindu, menyapa tak kenal penat.
Rindu datang, bertamu air mata dalam hati.
Kadang terenjis merembes keluar dari takungan yang dalam,

Apa jua kalam, tak kan mampu buat rindu jadi bahagia.
Rindu hanya bawa derita hati sengsara.

Namun itu fitrah.

Ayah, senyum mu lekat dalam hati.
Lelah mu, berjalan sealiran urat.

Pergimu tak akan kembali,
Pasti nanti anak mu datang bertamu nanti.

Bayi kecil sudah 8 bulan.
Sudah bijak.

Persis datuknya.
Banyak perkara.

Amy rindu ayah sangat-sangat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

8 months {30 Mac 2012}

banyaknya milestones kamu yang mama skip.

nantilah mama edit kemudian

Tantrum; growth spurt

Genap 28 RabiulAkhir ada bunga-bunga growth spurt.

Semalam menangis, mahu mama saja melayan dia. Hee
Hari ini, nangis suka-suka, tidur pun sekejap sangat.

Bulan lepas lebih kurang 1 minggu bunga bunga tantrum ni. Bulan ini?

Apa saja untukmu, little baby A.
Mama akan sentiasa sayang kamu.

Homemade Solid Food

Baby dah 7months +,

Apple ; Red Delicious, Royal Gala Apple
Pear   ; Williams pear atau Bartlett pear
#1 Red Delicious Apple, Bartlett Pear, Brocolli and Plum
#2 Silicone tray with lid; containing pear pure / Applesouce   
#3 The cube of apple puree (little A's heart this so much)

Cara masak puri.
1. Potong buah (buang kulit, buang biji dan segala yang keras)
2. Masuk air sedikit (1 cawan, ikut sesuai *lebih air, puri jadi cair)
3.Kukus 15minit
4. Biar sejuk sekejap.
5.Blender hingga halus.
6. Tapiskan (supaya, dapat struktur puri yang halus tanpa sebarang benda kasar/hampas) #elak sembelit
7. Air rebusan simpan (#tambah di dalam menu rolled oat)
#1 The tupperware containing cube of apple puree and brocolli  #2 cube of apple puree
#3 
cube of   brocolli  
Cara simpan stok puri;
1.Gunakan silicone tray with lid.
2. Puri siap beku, transfer ke bekas simpan, labelkan.
#1 rolled oat (blended) 1/2 cup of oat + 1 cup of water/applesouce
#2 oat puree ready for little A
Cara sediakan puri, untuk feed baby;
1. Simpan di dalam bekas kecil, ikut keperluan.
2. Simpan di dalam cold bag.
3. Panaskan guna warmer 5-7minit.
4. Siap, baby sedang menunggu anda menyuapnya dgn tambahan KASIH SAYANG sepenuh jiwa *__*

I... LoVe YOU my little A "I... L..... Uu"

Note;
Mama selalu buat puri epal, pear, broccoli, carrot+rice, carrot+brokoli(8months)+potato(good for 8months)+rice

Rice vs rolled oat; vote for rolled oat.

Leap Year 29 Febuary 2012


Baby darling mama's genap 7 bulan.
Pagi hari happy, sampai membawa ke malam.
Siangnya aktif, membawa ke malam bergelak tawa riang.
Sejuk hati lihat baby, riang ria.
Genap 7 bulan, skill combat ke depan jadi gear 6, Laju.

Pandai buat mama mengeletek geli, #hisap lengan mama, dan tawa happy#
Hari ini buat drama dengan pakngah, menangis nak ikut. Sampai tidur tersedu-sedu sedih.
#pandai buat wave kat mommy. Semalam.

Hari ni buat wave kat baba, minta baba yang baru pulang dukung.

Demam Kedua Kali

Routine checkup; mama

Berat badan : 44kg.

Rahim pun ok, tiada apa-apa didalam.

Tapi;
#perut jadi nyilu
# area jahitan sometimes masih sakit


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Baby Moon


6 bulan 28 hari; hello darling baby!

#Foto; sewaktu berumur 6bulan.

Selepas saja babymoon trip ni, milestones baby berubah sangat drastik.
#screaming
#tak-mahu-salam-kiss-tangan-lagi
#ingat-main-saja
#kurang-minum-susu-even-mahu-susu
#tido-nak-mama-dakap-bile-letak-nangis-mama-kene-peluk-lagi
#growth spurts -sampai mama rasa idontevenknowmybabybehavioranymore

(Paling memuncak last week)
26 Feb 2012; baba dah belikan walker. Baby suka sangat.

Blessing Sunday with baba

I love when you're happy.
Syukur.

Little A; fall asleep a second

Hello horlidays,
Baba always with us, love.
Hari ni mama masak Bubur Brokoli+Kentang
Hmm, bau sedap. Baby makan banyak. Alhamdulillah.

::foto:: 24 Jan 2012,
Air panas dah ready, mama pun dah ready buka baju baby, and pampers, dan baby poo poo secubit, hee.
Mama tungu for a minute, boleh baby buat aksi tido secara pantas. Was like... Ek ek ek..... Then suddenly silent. So comel. I love u, baby.

Heroes;

Beyond words; Love #2

10days before little love pop out.

Beyond words; Love #1

2 days, before 2012

Baby demam, 39.
timbang 7.8kg.

up